Pandanglah ke langit malam

260042.22.8_m

Tanyakan pada diri
Apa yang kau tahu tentang dia

Yang baik-baik mungkin
Dapat kau tuliskan satu-satu
Yang buruk dan tak baik
Adakah kau tahu walaupun satu?

Jika begitu mengapa terlalu setuju
Bahawa dia yang terbaik buatmu

Kau selalu berkata
Pada Tuhan diserahkan urusan
Namun tanpa sedar kau tak benarkan
Jawapan selain yang kau mahu

Jangan tertunduk lagi
Pandanglah ke langit malam

Bintang bukan satu
Ada yang dicipta untukmu
Yang lebih indah
Daripada yang kau mahu

Bukakan hati, jangan saja fikirkan dia
Lihat yang benar-benar menanti.


3 comments

  1. emosi manjang kalau baca blog budak yg sorang ni.. Apa-apa pun, moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan di langit dan di bumi :)

    ReplyDelete
  2. Tak faham. Moga tenang.
    Harap kita selisih tepi jalan, belok ke kanan dan terus ke depan.

    Err, merepek. My bad.

    ReplyDelete