tuahmohdbakheet
tuahmohdbakheet
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Travel

Fashion

Contact


Kadang-kadang kita ada impian, tapi tak berani pun untuk terfikirkannya dengan jauh. 

Malah kalau termimpi pun buatkan kita rasa takut. Tapi suka. Takut sebab ia bagai memberikan harapan. Suka sebab.. ya, itulah yang kita harapkan.

Aku pun sama. Ada impian yang terbuku jauh.. lama. Rasa tak mampu dicapai. Hingga aku pernah tulis di twitter, "4-1". 

Ehmm.. aku peminat tegar bola sepak. Dan kalau sebut istilah 4-1 itu maknanya hampir mustahil untuk menanglah. 4 itu ada merujuk kepada sesuatu. Aku tak mahu tulis. Tapi yang 1 itu, adalah hati. Kalau bola sepak, walau cantik macamana pun sesuatu gol itu, tetap dikira 1 gol. Dan walaupun hatilah yang paling penting dalam hidup ini, ia tak boleh menang jika hanya sendiri.

Tapi dalam takut untuk terfikirkan jauh-jauh itu, sempat juga aku menulis cerita tentang perasaan dan impian itu. Ya, salah satu cerpen dalam blog ini. 2 episod.

Aku luahkan impian dalam cerpen itu, dengan sedikit sebanyak olahan daripada personaliti sebenar. Dan hakikatnya aku menulis hanya untuk meluahkan, langsung tiada berharap untuk ianya menjadi kenyataan. Seperti yang ditulis di atas, aku tak berani berharap.

Tapi benarlah, sungguh Allah lebih berhak ke atas kita. Perancangan dan jangkauan masa depan kita, juga milik Allah.


Aku juga tak sangka, apa yang ditulis dalam cerpen itu, hari ini menjadi kenyataan. 90% jalan ceritanya benar-benar berlaku. Maaf aku tak mampu tuliskan secara detail. Ada hati yang perlu dijaga. Dalam kegembiraan ini, aku tetap dan akan diselubungi rasa bersalah kerana telah mengecewakan seseorang. 

Aku tak pasti adakah aku membuat kesilapan dalam hal ini. Mungkin ya. 

Namun seperti yang aku katakan, perancangan dan jangkauan masa depan kita hanyalah sekadar mana yang Allah berikan. Dan aku yakin pasti ada hikmahnya pertemuan kami. Aku membuat keputusan dulu atas dasar itu, dan lansung tidak terfikir akan kemungkinan yang selainnya. Akhirnya hari ini ia tidak berlaku. Tiada jodoh kami.

Mujur dia menerima dengan hati terbuka. Aku hanya mampu selalu doakan agar dia diganti dengan seseorang yang jauh lebih baik dan sesuai untuknya. Saat aku menerima berita gembira daripadanya, mungkin ketika itu baru hilang rasa bersalah ini. Sehingga itu baru aku berhenti doakan dia.

It was the most difficult decision in my life. Mengecewakan adalah suatu perasan yang sangat teruk. Tapi harus dibuat juga.

Kepada diaa, kepada ustazah, kepada makcik... Saya benar-benar minta maaf.



270949.14.6_t


Beza kami setahun. Ditemukan di universiti oleh tarbiyah yang sama. Dan bermula daripada usrah kedua di sini, kami ditakdirkan berusrah dalam grup yang sama. Takdirnya juga, kami belajar kos yang sama. Jadi tersangat rapat dan selalu bersama.

Aku ini kurus orangnya. Jadi tak la berat sangat. Lol. Aku masih ingat dia kerap juga angkat aku. Maklum la, ringan.. Dan dia pun lebih besar sikit badannya. Antaranya masa mandi dekat Star Hill. Rakan-rakan ikhwah UTM insyaAllah sangat familiar ngan tempat tu.

Pendek cerita, entahkan bila dan bagaimana, hubungan kami makin lama makin dingin. Puas juga aku fikir di mana titik mulanya. Mungkin ketika kami mula punya masuliah (jawatan).. Wallahualam.

Dan sangat tak sangka, ia berlanjutan saaaangat lama. Hingga ke titik kami masing-masing tinggalkan UTM. Ramai ikhwah yang dapat hidu. Naqib kami apatah lagi. Tapi entahlah, ia ditakdirkan berlanjutan sehingga bagi aku, kelancaran tarbiyah dan masuliah kami sangat terganggu. Siapa nak jadi macam tu?

Tapi part main futsal insyaAllah kami profesional. Bila dia kat depan, aku tetap akan long pass kat dia (time menjadi la. Biasa x sampai haha). Sebab dia pandai jaringkan gol. Dan bila dia jaringkan gol, aku akan tetap menepuk tangan! Btw, aku pula bukanlah akh yang pandai sangat main futsal. Selalu dia pass bola kat aku pun jarang menghasilkan gol. Mihmihmih.

Tempoh hari dia akhirnya graduate. Hanya Allah yang tahu betapa aku risau tentang pelajaran dia. Sebab situasi kami lebih kurang sama, tak dapat grad on time. Tambah lagi ikhwah dan usrahmate long term kita. Natural la tu kot.

Dan hanya Allah yang tahu betapa aku merasa sangat lega dan bersyukur saat itu.

Kemudian aku ingin mengambil kesempatan itu. Pada hari konvokasyennya, aku mahu belikan bunga untuknya. Aku mahu hadiahkan bunga itu, dan memeluk dia. Moga-moga hubungan kami akan menjadi lebih baik.

Tapi sayang, dalam perjalanan ke arah dewan, aku terlihat susuk tubuhnya tanpa mengenakan jubah konvo. Mamat ni tanak konvo la pulaaaaakk! Aduheh.

Aku tegur dia, dan telahan aku betul. Dia tak nak naik stage. Frust sangat dalam hati. Aku ter-blur seketika dan akhirnya tak jadik beli bunga. Time tu awal sangat lagi, jadi blum beli bunga.

Aku frust, dan berlalu blah seolah-olah macam biasa. Rasa frus orang lain tak tahu. Sebab itulah moment dan kesempatan terbaik untuk baiki hubungan kami.

Kini kami dah terpisah dengan haluan masing-masing. Tak tahu lah bila pula akan bertemu. Paling aku gembira tentang dia, tarbiyah dan sumbangan dia untuk dakwah sangat kencang. Alhamdulillah. Moga apapun urusannya sentiasa dipermudahkan. Dan aku sentiasa yakin, suatu hari nanti pasti ada titik pertemuan dan kejernihan untuk hubungan kami ini.. InsyaAllah.


26









260042.22.8_m

Tanyakan pada diri
Apa yang kau tahu tentang dia

Yang baik-baik mungkin
Dapat kau tuliskan satu-satu
Yang buruk dan tak baik
Adakah kau tahu walaupun satu?

Jika begitu mengapa terlalu setuju
Bahawa dia yang terbaik buatmu

Kau selalu berkata
Pada Tuhan diserahkan urusan
Namun tanpa sedar kau tak benarkan
Jawapan selain yang kau mahu

Jangan tertunduk lagi
Pandanglah ke langit malam

Bintang bukan satu
Ada yang dicipta untukmu
Yang lebih indah
Daripada yang kau mahu

Bukakan hati, jangan saja fikirkan dia
Lihat yang benar-benar menanti.


"Bang, sila2.. Jadik Imam", sapa pakcik sebelum.

"Arreee.. Xpe2, pakcik baju koko tu nampak lebih sesuai je..", balas Joe. Sebab nampak pakcik baju koko tu berpakaian yang paling complete a.k.a. ada kopiah.

Lama tolak-menolak, pakcik baju koko tu ke depan jugak, jadik Imam. Hmmm, selamat aku!

"ALLAAAAHUAKBAR!!", laung pakcik baju koko tersebut memulakan solatnya.

...

Usai solat, Joe termenung kejap. Pastu bingkas bangun keluar daripada saf. Dia paling awal blah tanpa segan silu. Yup, dalam hati dia rasa segan.

Bertuah punye budak! Orang suruh jadik Imam pun tak nak. Dia pandang je muka pakcik yang offer tadi, lagi le rasa segan. Tu yang dia cepat-cepat blah. Blah bukan keluar surau terus, tapi ke belakang untuk solat rawatib pula. Ececece..

Setel solat rawatib, kali ni dia termenung lagi. Mengenangkan betapa dah lama dia tak jadik Imam solat. Aisehh..

Dulu zaman dok universiti, kadang-kadang Joe jadik Imam kat surau kolej, kadang-kadang jadik Imam kat suru fakulti, kadang-kadang jadik Imam time bawak usrah adik-adik. Banyak kali punya kadang-kadang tu, kiranya kerap jugak la oi oi.

Bila balik kampung, selalu dia Imamkan solat ngan adik-adik. Maklum la anak sulung lelaki (tulis cerpen ni kena ade unsur penipuan sikit). Walaupun hangat-hangat bila awal-awal balik kampung je. Masuk hari ke-4 seterusnya, dah mula nak ngelat solat sendiri-sendiri lak.. Ishkk ishkk Joe ni, tak konsisten tol.

Tapi lepas kakak dia kawin, tugas Imam sekarang diambil alih oleh si abang ipaq Joe pulak. So solat jemaah kat rumah tu makin konsisten cuma dah bukan Joe yang jadik Imam. Utamakan yang dah kawin, pahala double!, katanya.

Kat rumah sewa? Mane ade solat jemaah kat rumah.. Sume housemate Joe kaki surau kot. Solat selalu kat sana aje. Subuh pun. Joe aje yang asyik miss.. Err.

Teruknya Joe. Bukan ape, bila lama tak buat, rasa kaget. Lalu dia teringat akan suatu statement, "boleh mengimamkan solat". Masa tu selamber aje cakap boleh. Haa sekarang, Surau Nasuha menanti.








Ramai yang menyebut bahawa aku ini hensem. Justeru post ini bukanlah bertujuan untuk menyiakan, atau memuji diri sendiri. Post ini lebih kepada meluahkan apa sebenarnya yang selalu aku selalu rasa.

Ya, aku akui bahawa aku turut merasakan diri ini hensem. Namun bukanlah level 'hensem giler' @ level artis-artis. Selalu orang sebut bahawa wajah aku mirip Yusri KRU tapi jujur sejujurnya, bila memandang cermin aku tak pernah rasa begitu. Adapun aku ini kurus giler orangnya, jauh daripada BMI yang ideal. Malah mata pun yang putih tak lagi putih.

Dari segi kepercayaan konvensional pula, orang kata kalau hensem atau cantik pasti perwatakannya menarik dan tak membosankan. Lagi la aku merasakan memang tak hensem sangat kerana aku ni agak membosankan orangnya. Ohoho.

Justeru yang selalu aku pandang pada diri sendiri adalah 'I'm good looking', not 'ridiculously hensem looking'. Bukan cuba menidakkan anugerah Tuhan. Nauzubillah. Sekadar persepsi begitu membuat aku lebih selesa.

Kenapa dok sembang pasal hensem ke tak ni? Sebab daripada wajah akhirnya mengalirkan rasa suka.

Dulu masa zaman sekolah, aku selalu berdoa agar Allah kurniakan rasa sayang semua orang pada diriku, in the sense that semua orang merasa selesa ketika bersamaku. Itu saja. Especially keluarga, cikgu-cikgu dan kawan sekelas. Yep, everyone wants to be loved. Same goes to me.

Tapi semakin menginjak dewasa ni, bila ada yang punya perasaan lebih daripada suka dan selesa, aku menjadi kaget. Terutama terhadap mereka yang aku tahu bahawa aku tidak mampu memenuhi hajat hati mereka. Atas alasan tertentu bagi situasi tertentu. Berbagai perasaan aku rasa.. rasa bersalah, serba salah, tak sampai hati, menyesal atas sekadar apa yang pernah aku lakukan, simpati.. dan akhirnya aku hanya mampu berdoa..

"Ya Allah, janganlah Engkau sampaikan perasaan cinta dalam hati sesiapapun terhadap diriku, melainkan untuknya telah Kau takdirkan adalah bakal jodoh untukku.. Amiin.

Disappointment is when you have to disappoint others. It hurts you even more. I'll always pray for them, to be gifted with a much better person than me.

Akhir kata, teruskan berdoa selagi apa-apa belum terjadi.. selagi masih ada kemungkinan untuk terjadi apa yang dihajati.

262145.1.8_m
AMARAN 1: Citer ini langsung tade kaitan ngan penulis, kecuali sebagai orang yang menuliskan citer ni.

.........

261103.8.6_a

"Bit, aku ade permintaan lah. Ni permintaan dua orang sebenarnye.", Norman memulakan skrip.

"Huh, mintak ape Man? Sape mintak? Kalu ade, aku bagi.. Hahah", jawab aku.

Norman ni nak mintak duit ke? Untuk dua orang? Lol. Suatu agakan yang mungkin kurang tepat.

"Kau rapat ngan adik aku kan?", tup tup Norman kembali bertanya.

"Err...", aku terkezut.

"RAPAT TAK?", Norman bernada makin seyes.

"Aaa, Siti ke? Mane ade rapat.. Kawan gitu-gitu aje boh. Tak caye ko tengok wasep aku ni. Ape aje la yang aku wasep-wasep ngan dia. Nah!", jawab aku jujur sambil menghulurkan henset BBZ20 aku kat Norman.

aplikasi populer 'wasep', kau hado?

Dia tenung je kat aku, bukan nak tengok henset aku. Tapi lama sikit baru dia baca wasep tu. Satu-satu. Tapi naseb baik tak banyak pun.

"Ko ada rasa suka tak kat dia?", Norman sambung bertanya. Macam ade skrip aje ni.

Aku buat muka pelik kat dia. Padehal dah macam dapat agak soalan tu tapi tak tahu nak jawab ape.

"Suka yang macamane ni Man? Suka nak buat kau jadi abang ipar aku ke?", aku tanya balik kat Man. Direct aje.

"Haah!", simple and speedy answer daripada Man.

Suasana tetiba terasa seyes dan tegang. Tak terkelip mataku dibuatnya. Sunyi kejap. Lantas bunyi kucing bernafas pun kedengaran. Takde la tipu je.

"Ok jap Man.. So yang permintaan kau tadi tu ape? Mintak aku jangan berangan nak jadik adik ipar kau ke? Siti sendiri pun mintak camtu ek? Tau pulak dia kalau aku ade hati kat dia?", tanya aku sedikit beremosi dan rendah diri.

Eh eh banyak pulak soalan aku.

"Eh eh banyak pulak soalan kau. Satu-satu lah!". Aik, sebijik ayat dia dengan ape dalam fikiran aku.

"Bukaaannnnn...", sambung Man lagi.

Woah. Macam masih ade harapan aje ni. Luls~

"Owh.. Pastu?", aku kembali normal daripada sedikit emo tadi.

"Eh jap jap Man...", aku mencelah dulu sebelum Norman sempat menjawab.

"Man, aku tahu yang Siti tu dah ade pakwe. Walaupun x hensem cam aku. Dari mula-mula aku kenal, aku da tahu. So kau takyah risau la.. Aku anggap dia cam adik sendiri je. Kalau ade ape-ape yang aku boleh tolong dia, aku akan tolong. Lagipun aku kenal abang dia (Norman la), mak dia.. Itu aje Man."

Alamak sedey pulak ayat aku.

"Haaa.. tau pun. Mak aku kenal kau kan?", Norman tanya balik.

"So?", tanya aku balik. Pelik.

"Mak aku bekenan kat kau", selamba aje Norman bagitau. Dia tak sedar kot ape yang dia cakap tu bakal memberi bibit-bibit serba salah kat aku.

"Eh? Jap jap Man..", aku cuba potong dia cakap buat kali kedua. Macam tak nak abis cakap lagi tu.

"Bila kau dah babitkan mak ni, aku macam dah dapat tangkap je ape yang kau nak cakap lepas ni.", berpeluh halus aku nak potong cakap Norman.

"Dengar la dulu Bit. Dengar aje dulu, lepas ni tak kisah la ape jawapan kau nak bagi.", rayu Norman.

".."

Norman citer, dia tahu adik dia tu da ade balak. Sama cantik sama padan. Mak dia pun tahu. Tapi Norman ngan mak dia cakap, diorang lebih 'prefer' aku, kalau aku pun suka kat Siti.

Fehh, sasuke hati je diorang.

Mungkin sebab dia rasa adik dia cantik kot, itu yang berani kemukakan 'offer' ni. Btw, memang cantik pun.. Wikiki.

"Tapi Man..", ok tiba giliran aku bagi jawapan.

"Takpe Kit..," (eh kantoi skrip sebenar).

"Takpe Bit, itu incase kalu kau belum ade calon la. Tapi mesti kau da ade calon kan?", potong si Man. Dia macam tahu ape yang aku nak cakap.

"Ehmmmmm..", mengeluh panjang aku. Bukan apa, serba salah. Macamana mak dia boleh bekenan kat aku ni? Abang dia ni lain la, selalu nampak. Dan apa agaknya dalam hati si Siti, aku tak rasa nak ambik tahu. Dah ada pakwe tu, moga berbahagia sentiasa.

"Man, serba salah dowh aku.. Haha", jujur je aku luah kat dia.

Sambung aku lagi, "dah takdir kan aku kenal korang sekeluarga. Jujur aku cakap, aku gembira dapat kenal ngan family kau. Baik-baik, kiut-kiut sume. Hehe. Kalau boleh setiap hari raya nak datang rumah (tapi sogan). Dan aku harap hubungan aku ngan family kau sentiasa rapat walaupun tade apa-apa ikatan oleh Tok Kadi. Seyesly Man!".

Eh, macam penah sebut je ayat ni.

Kenapa aku terpaksa menolak? Sejujur;

Kerana aku ini akh fragile,
Iya, terasa x layak untuk ukhti yang hebat gile,
Namun lebih x berani mencari selain kalangan mereka,
Moga dipertemu dengan yang terbaik untuk semuanya.

......................

Dua tahun berlalu. kini Siti dah pun berkahwin dan punya seorang baby yang sangat kiut-miut. Suke tol post kat fb. Alhamdulillah, aku gembira untuknya.

.. abes daa ..

....................

AMARAN 2: Hanya kerana citer ini ditulis dalam bahasa melayu, tidak bermaksud penulis cuba meniru gaya penulisan orang lain. Wikiki. 

[kredit]

Aku luahkan hasrat kat akh Tariq,

"Akhi, ana rasa nak pindah kawasan la".

Memandangkan aku kini bekerja di bandar yang jaraknya sekitar 30 km daripada Taman Universiti ni, aku mula rasa penat untuk berulang alik setiap hari. Tambahan pulak musim hujan. Aku punya pilihan untuk pindah ke rumah ikhwah yang terletak betul-betul kat tengah bandar jugak. Jadi jarak perjalanan yang hampir 30 minit boleh dikurangkan kepada 10 minit mungkin.

Kemudian akh Tariq kongsikan betapa adanya pro and cons bilamana aku berada di mana-mana antara dua pilihan tersebut. Dia pun cuba membuat aku kembali recall kenapa aku tidak terus pindah ke bandar sejak dulu.

Yup, semata-mata kerana adik-adik architect yang aku sedang bawak. Hanya kerana merekalah aku masih berada di sini. Jadi kalaulah akhirnya aku mengalah dan mahu berpindah ke bandar, tak kemana lah niat tu.

Hmm..

Ye, sekarang aku betul-betul perlukan sesuap kekuatan. Betul terasa fragile dengan beberapa ujian semenjak dua menjak nih. Mungkin hasrat nak bertukar kawasan itu sekadar proxy, padahal cuma ingin melarikan diri daripada masalah.

Dan bilamana akh Tariq meluahkan betapa dia tidak menghalang jika itu kemahuan aku, malah sanggup uruskan peralihan usrah adik-adik architect, membuatkan aku rasa sayu. Dia pun meluahkan betapa dia tetap berharap supaya aku memilih untuk terus kekal di sini. Dia menceritakan akan betapa perlunya keberadaan aku di sini. Allah, saat aku kembali merasa dihargai.

Dihargai. Bukan itu pun yang aku harap. Alfahmu yang aku punya sekarang bukan bertunjang ke arah itu lagi. Tapi sebagai manusia biasa, aku tetap memerlukan penghargaan dalam bentuk sokongan dan bimbingan. Aku akh fragile, bukan akh gile kentang macam usrahmate2 aku yang lain. Itu kelemahan aku.

Jazakallah khair ya akh Tariq. Aku kembali punya semangat!


261122.23.3_i
Aku ada kenalan sorang akhawat. Satu-satunya akhawat yang berstatus member pada aku. Tak tahu la sejak bila dia berstatus akhawat. Tapi aku yakin dia akhawat. Sebab pemakaian dan peribadinya sejak tahun satu memang boleh dipuji. Aku pun tak pernah terserempak ngan dia dalam program. Tapi aku still yakin dia akhawat. Boleh jadi jemaah lain. Aku namakan dia, Ana (bukan nama penuh).

[Akhawat = perempuan yang join usrah]

Eh eh.

Aku ada kenalan sorang brader ni. Aku baru je kenal bila start keje ni haa. Dia dah lama kerja la. Otai la. Orangnya macho beb. Ade motor superbike. Motor kapcai takyah citer, ade jugak kat rumah sebagai back up plan, katanya la. Kete? Ade.. Ok, itu bab material dia. Bab peribadi dia pun aku respect. Orangnya manis, senyuman memang tak lekang dari wajah dia. Aku rasa sape yang tengok dia pun boleh hilang rasa tension. Bab keje memang cool dan steady. Overall, dia seorang yang hebat la bagi aku. jadi aku namakan brader ni, Zul (bukan nama tipu).

Dah tu?

Kadang-kadang tu aku keluar makan sekali la ngan Zul. Borak punya borak rupanya Zul kenal ngan Ana. Ooo, si Ana ni penah praktikel kat ofis Zul dulu. Sempat la dalam 3 bulan. Zul pun citer la betapa dia puji si Ana kaw-kaw punya.

"Ni kalau aku tunjuk kat mak aku, kompem dia suka punya", itulah description Zul buat si Ana.

Dia citer lagi, time si Ana tu praktikel kat ofis, dia takde borak-borak sangat ngan Ana. Tak rapat sangat la senang citer. Walaupun Zul seorang yang mudah mesra. Tapi bila si Ana da abis praktikel dia, haaa.. Baru Zul rasa something. Ni dia citer ni. Aku rasa citer dia boleh dipercayai.. Haha.

Dipendekkan citer, Zul cakap dia serius suka kat Ana dan dia da pernah propose si Ana.

Tapi sayang.. Ana menolak dengan baik. Katanya, Zul layak untuk wanita yang lebih baik daripada dia. Haa, ayat novel tu. Dari air muka Zul, aku yakin dia tak reka citer. Yela, baru kenal kan.

Awal-awal aku rasa pelik gak. Zul ada pakej yang baik sebagai seorang lelaki dan suami. Muka ada, duit ada. Tapi kenapa si Ana tolak. Ooohoho, baru aku teringat yang dia kan akhawat. Dan bagi mana-mana akhawat atau ikhwah yang telah memahami tentang dakwah, akhirnya mereka pasti mahu memilih pasangan hidup dari kalangan ikhwah dan akhawat juga. Bagi lah option kat sorang akhawat - sorang ikhwah yang kurang hensem, perut boroi sikit dan baru je start kerja, dengan option kedua sorang mamat hensem sikit (kalau hensem banyak tu anggap dugaan aje la), pastu kewangan da kukuh. Pasti dia akan tetap memilih si lelaki yang bergelar ikhwah.

Ana, kau telah mengiakan bahwa akhawat itu tetap mahal harganya. Aku respect sama kau. Moga beroleh yang terbaik.



262115.20.3_o

Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Well, That's Escalated Quickly
  • Setahun setengah
  • Aku tidak berhasrat untuk mengecewakan
  • Kenapa perlu memilih arkitek sebagai teman hidup?
  • "Abah, nak yang ni.. bleh?"

Gadis Kedah

Tasty Treats
Travel Journal

Categories

  • Abah 5
  • Abang 6
  • Akhawat 2
  • Aku 45
  • AkudahpunmulakanBM 7
  • Anak Yatim 1
  • Awek Kedah 2
  • Baju Kurung 4
  • Cerita Betul 21
  • Cerpen 41
  • Cinta 5
  • Comel 2
  • Driver Bas 6
  • gajet 6
  • Hadith 2
  • Hati 3
  • Ikhwah 4
  • Iman 1
  • Jodoh 10
  • Kahwin 7
  • Kehidupan 44
  • Kematian 2
  • Lucu 4
  • Mamat 3
  • Mimpi 1
  • Minta Pandangan 2
  • Nasihat 39
  • Nobita 8
  • Palestin 2
  • Quran 8
  • Sajak 31
  • Senibina 4
  • Shared 2
  • Sizuka 5
  • Solat 2
  • Sumbangan 1
  • Tarbiyah 9
  • Tentang Penulis 50
  • Tudung 2
  • Umar 3
  • Usrah 2
  • Video 3
  • Wanita 10
  • Wawa 3

Advertisement

Labels

Blog Archive

gallery

Tentang Penulis

Entry best (la sangat)

Aku

Nasihat

Nasihat
Tweets by @tuahmohdbakheet
  • Home

Oddthemes

Random Products

Copyright © tuahmohdbakheet. Designed by OddThemes