Beza kami setahun. Ditemukan di universiti oleh tarbiyah yang sama. Dan bermula daripada usrah kedua di sini, kami ditakdirkan berusrah dalam grup yang sama. Takdirnya juga, kami belajar kos yang sama. Jadi tersangat rapat dan selalu bersama.
Aku ini kurus orangnya. Jadi tak la berat sangat. Lol. Aku masih ingat dia kerap juga angkat aku. Maklum la, ringan.. Dan dia pun lebih besar sikit badannya. Antaranya masa mandi dekat Star Hill. Rakan-rakan ikhwah UTM insyaAllah sangat familiar ngan tempat tu.
Pendek cerita, entahkan bila dan bagaimana, hubungan kami makin lama makin dingin. Puas juga aku fikir di mana titik mulanya. Mungkin ketika kami mula punya masuliah (jawatan).. Wallahualam.
Dan sangat tak sangka, ia berlanjutan saaaangat lama. Hingga ke titik kami masing-masing tinggalkan UTM. Ramai ikhwah yang dapat hidu. Naqib kami apatah lagi. Tapi entahlah, ia ditakdirkan berlanjutan sehingga bagi aku, kelancaran tarbiyah dan masuliah kami sangat terganggu. Siapa nak jadi macam tu?
Tapi part main futsal insyaAllah kami profesional. Bila dia kat depan, aku tetap akan long pass kat dia (time menjadi la. Biasa x sampai haha). Sebab dia pandai jaringkan gol. Dan bila dia jaringkan gol, aku akan tetap menepuk tangan! Btw, aku pula bukanlah akh yang pandai sangat main futsal. Selalu dia pass bola kat aku pun jarang menghasilkan gol. Mihmihmih.
Tempoh hari dia akhirnya graduate. Hanya Allah yang tahu betapa aku risau tentang pelajaran dia. Sebab situasi kami lebih kurang sama, tak dapat grad on time. Tambah lagi ikhwah dan usrahmate long term kita. Natural la tu kot.
Dan hanya Allah yang tahu betapa aku merasa sangat lega dan bersyukur saat itu.
Kemudian aku ingin mengambil kesempatan itu. Pada hari konvokasyennya, aku mahu belikan bunga untuknya. Aku mahu hadiahkan bunga itu, dan memeluk dia. Moga-moga hubungan kami akan menjadi lebih baik.
Tapi sayang, dalam perjalanan ke arah dewan, aku terlihat susuk tubuhnya tanpa mengenakan jubah konvo. Mamat ni tanak konvo la pulaaaaakk! Aduheh.
Aku tegur dia, dan telahan aku betul. Dia tak nak naik stage. Frust sangat dalam hati. Aku ter-blur seketika dan akhirnya tak jadik beli bunga. Time tu awal sangat lagi, jadi blum beli bunga.
Aku frust, dan berlalu blah seolah-olah macam biasa. Rasa frus orang lain tak tahu. Sebab itulah moment dan kesempatan terbaik untuk baiki hubungan kami.
Kini kami dah terpisah dengan haluan masing-masing. Tak tahu lah bila pula akan bertemu. Paling aku gembira tentang dia, tarbiyah dan sumbangan dia untuk dakwah sangat kencang. Alhamdulillah. Moga apapun urusannya sentiasa dipermudahkan. Dan aku sentiasa yakin, suatu hari nanti pasti ada titik pertemuan dan kejernihan untuk hubungan kami ini.. InsyaAllah.
26



0 comments