Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.
Ini sedikit petikan skrip yang dilafaz dalam sebuah filem, tersusun indah. Baik jalan ceritanya, indeed. Aku terdetik apabila terbaca pujian seorang kawan di twitter tentang citer ni, terus aku cari citernya kat youtube.
Hampir sejam pertama penceritaannya membuat aku rasa nak sangat share link kat facebook/twitter. Tapi memandangkan waktu itu jam 2 pagi lebih, rasanya kurang sesuai. Kebetulan, seorang sahabat yang lain baru sahaja minta aku tuliskan sebuah 'novel' [demand giler haha] tentang kisah sorang kenalan dia. Kebetulan, latar cerita yang ada persamaan. Moga ada rezeki untuk menulis tentang itu.
Bila hampir habis filem itu, aku akur akan jalan citernya yang unexpected. It's really a good point - orang yang kurang baik menemui hidayah melalui orang yang jauh lebih teruk daripadanya. Er, kalau tak faham mungkin itu kekurangan aku dalam menyusun ayat. Sama seperti aku, mahu mencari link citer ini melalui satu keyword dalam 'tweet' seorang kawan.

But in the end, I intend not to share the link or even the title of it. Sebab di samping limpahan mesej dan peringatan dalam cerita ni, aku fikir pengarah kurang peka dari segi beberapa adegan yang aku rasa tak kena dengan tema cerita ni.
Owh, supaya penonton betul-betul dapat 'feel' adegan tersebut? Oh no, I'm distracted. Matlamat tak menghalalkan cara bro.
Apart from that, congratulation to the writer!


0 comments