Doa orang-orang di sekeliling untuknya berubah

[kredit]


"Okeh baik, jadi kita akan pegi melawat rumah anak yatim kat Muar tu, pada hari sabtu depan", kata Farah selaku pengarah program.

Ketika tu ada mesyuarat untuk bincangkan event-event kelab, termasuk la yang paling hampir adalah program lawatan ke rumah anak-anak yatim. Planning dan perbincangan sume dah berjalan lama, hari ni cuma nak final update dan conformkan tarikh saja.

"Nanti kita sama-sama promote kat kawan masing-masing kalu ade yang minat nak join. Transportation ape sume adalah free, tade bayaran pape. Nanti briefing lawatan ni akan diadakan pada Jumaat malam, sebelum kita gerak esok paginya.. Okeh", sambung Farah.

Jadi aku pun turut sama share poster event tu kat facebook. Antara yang berminat nak join adelah sorang junior aku, Alia - budak pompuan dan free hair.

Pada malam briefing itu dia dapat datang. Bersemangat nampaknya. Mungkin sebab ramai yang hadir malam tu kot. Yang non (and not yet insya Allah) muslim pun ada. Aku agak bilangan peserta cukup-cukup satu bas ni. Pastu cik pengarah program pun brief la ape tentatif dan aktiviti kat sana nanti. Bla bla bla bla.. Salah satu perkara yang dia pesan, dia minta semua peserta berpakaian sopan dan bagi muslim, menutup aurat. Aku personally tak ambil pusing pun pesanan tu sebab rasanya sume orang maklum kot. Faham-faham sendiri aje laah..

Esoknya aku sampai agak lewat, padehal aku AJK ahahaha..

Pandang kiri pandang kanan.. Feh, ramai dah ni. Segan pulak rasanya sebab sampai lambat hehe. Tup-tup sorang budak pompuan datang kat aku. Dia tegur sambil tersengih-sengih.

"Abang Kit..", dia sapa dari belakang. Eh lupa nak bagitau, kebanyakan junior panggil aku 'abang' atau 'abe'. Mungkin sebab aku letak nickname 'abe kit' kat facebook. Aaatau mungkin jugak, sebab muka aku dah memang cam tua sangat berbanding diorang. Wahaha!

Nak kata tak perasan atau tak cam tu, takde la. Tapi aku terkejut sikit sebab Alia pakai tudung hari tu.  Hmm, terfegun pun ade. Lalu aku tersenyum padanya.. Ewah.

No I mean, apart from dia sangat manis dan cantik bertudung tu,  aku pun rasa gembira dan syukur.

"Alaa, kan kak Farah minta pakai pakaian yang sopan dan tutup aurat..", kata Alia. Mungkin dia dapat baca fikiran aku. Haha, baru nak tanya pasal tu tapi tak tahu cane nak tanya.

"Oooohh, pastu sape punye tudung ni Alia curik?", tanya aku.

"Ahaha. Takkan la nak curik! Ni kak Farah bagi pinjam", jawab Alia. Erkk ter-tak-sangka.

Dia sambung, "lepas habis je briefing semalam Alia gi jumpa kak Farah, tanya kena pakai tudung ke? Dia kata kalau tak keberatan, iye. Pastu dia offer tudung dia kalau Alia takde tudung. Baik kan kak Farah tu?". Aku angguk je.

"Cakap la nanti kat kak Farah tu, bagi aje la tudung ni kat Alia. Sesuai  ngan Alia. Nanti bole pakai hari-hari.. Ahaha", kata aku ngan nada gurau-gurau aje. Alia tergelak dengar.

Betul, dalam hati aku masa tu terus berdoa supaya Alia diberi kekuatan untuk konsisten pakai tudung.. Mudah-mudahan. 

Dalam masa yang sama aku pun rasa sangat malu pada diri sendiri. Sebab sebelum ni bila jumpa dia, fikiran dan hati aku kosong saja; seolah-olah bersetuju dan tak kisah tengok dia free hair. Apatah lagi untuk slowly and politely tegur or at least doakan dalam hati moga-moga nanti dia akan bertudung. Ya Allah..

[kredit]
Dekat rumah anak-anak yatim Muar tu, kami spend sampai petang. Pujian harus diberikan kat Farah, pandai dia handle event tu. Eheh. Dari jauh jugak aku perhatikan si Alia. Dia nampak macam memang selesa ngan budak-budak. So bagus la bila dia pakai tudung, at least dapat bagi contoh yang baik kat adik-adik tu sume.

On the other day, aku terlihat kelibat Alia yang kembali free hair. Tak apelah. Tak terkejut pun, cuma kecewa sikit je. Lagipun, bukan senang nak ubah kebiasaan kita kan? Umur dia 21 kot. Katakan sepanjang 21 tahun tu tak pakai tudung, bukan mudah untuk dia mengenakan tudung dengan konsisten. Kita yang tak berada di tempat dia mungkin senang je cakap tu, komen tu. Fikiran dia kita tak dapat baca, background hidup dia pun kita tak tahu. 

So, let's think positive and keep praying for her!

On the oooother day (hari yang lain pulak la ni), aku jumpa Alia lagi. Kali ni dia datang jalan-jalan kat studio aku. Ohya, kami ni Architecture student dan memang selalu buat kerja kat studio. Biasa je senior datang studio junior, dan vice versa. Alia masih freehair - suatu pemandangan yang biasa bagi studiomate yang lain.

Kat studio ramai orang. Aku tunggu je peluang nak berbisik kat dia, tunggu orang lain tak perasan.

"Alaaaa, nape tak pakai tudung aritu?", bisik aku kat Alia bila tade orang perasan.

Dia tersengih-sengih. Pastu dia jawab, "ermm, senarnya pandai abe Kit teka.. Kak Farah memang bagi terus je tudung tu kat Alia".

"Oh yeke?", aku ter-excited. Kali ni dah tak bisik-bisik dah. Cakap ngan standard volume je.

"Cantik Alia pakai tudung tu. Dan yang paling penting, ia menjaga aurat kita..", sambung aku lagi.

Alia just tersenyum.. Aku tak dapat baca apa yang dia fikir.

"Abe Kit doakan supaya yang 'cantik' tu kembali kelihatan pada Alia, dan berterusan saaaammmpai bila-bila.. Okeh?", sambung aku lagi. Kadang-kadang bila kita tahu seseorang mendoakan kita, ia akan lebih memotivasikan kita.. Mudah-mudahan.

Jadi aku terus doa dan berdoa supaya Alia dan kenalan-kenalan lain yang belum bertudung seperti dia, dititipkan keinginan untuk bertudung suatu hari nanti, dan konsisten.. Amin. Benarlah kata-kata seorang sahabat, perubahan dan hijrah seseorang tu boleh disebabkan oleh 4 perkara; 

Pertama, doa orang-orang di sekeliling untuknya berubah. 
Kedua, seseorang atau sesuatu yang menjadi turning point untuknya berubah. 
Ketiga, adalah hidayah dan izin Allah untuknya berubah
Keempat, kemahuan dan usaha dirinya sendiri untuk berubah.

Yang keempat dan ketiga adalah urusan Allah dan dia sendiri. Tetapi untuk yang pertama dan kedua, Allah beri kesempatan pada kita, kenalan dia, untuk turut membantu. Sungguh Allah itu mampu menghadirkan hidayah pada sesiapa saja dan dengan mudah saja. Tapi Allah bagi peluang untuk kita menjadi sebahagian daripada sebab perubahan seseorang itu.

Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah. Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.'' (Az-Zumar 39:3).

Sabda Nabi SAW;

"Barang siapa yang menunjukkan teladan yang baik maka dia akan mendapat ganjaran pahala untuk dirinya dan pahala orang yang beramal denganya sehingga hari kiamat. Dan barang siapa yang menunjukkan teladan yang jahat maka dia akan menanggung dosa untuk dirinya dan dosa sesiapa yang melakukannya sehingga hari kiamat”. (riwayat Muslim)

Wah best3!! So, nak tak menjadi yang sebahagian itu? :)
 

3 comments