Buat ya akhi Abu Khalid

Esok pagi aku diberitakan bahawa naqibku akan berpindah dari Skudai ini, ke Kajang. Beliau dilaporkan akan mula bekerja di sana setelah menyetelkan Mastern-nya di sini. Owh, akhirnya beliau pulang semula ke gagangnya, KL (kira dekat la tu). Originnya beliau dari wilayah itu. Yang melaporkan - beliau sendiri.

Owh akhirnya, berpisah jua kami.


Nama timangannya Abu Khalid, sempena nama putera sulungnya Khalid Al-Hadik. Beliau naqib ke-4 ku semenjak terjerumusnya aku dalam kancah usrah ini. Dah nak masuk tempoh 1 semester rasanya, dengan berat hati dan lemah gemalainya usrah kami terpaksa bertukar naqib yang lain. Justeru kalau diupdate statusnya, Abu Khalid ini adalah ex-naqib kami.

But I refused to update the status. Deep in my heart, he will remain as our naqib.

Dalam peristiwa berjuta-juta (xde la) ikhwah yang berpindah dari UTM, aku pernah menangis sekali saja. Ngan penuh teresak-esak, feel habes, macam pompuan, tapi tak mengeluarkan bunyi bising. Seyesly.

Dalam kes tersebut, penghijrahan abang SS sangat tiba-tiba bagiku. Walaupun pernah kedengaran khabar angin sebelum itu, aku persetankan (x ambil peduli la maksudnya) semuanya. Mungkin kerana berita itu bukan dari mulutnya sendiri. Mungkin juga sebab aku tak mahu dia pergi. Beliau ku anggap lebih dari abang kandung sendiri. Aku sangat sayangkan dia lebih dari diri sendiri.. Uhuk33~

Tapi itulah, life must go on and on and on (Celine Dion, 1997).

Kembali kepada Abu Khalid; beliau pada kaca mataku sangat hebat dan berstatus ikhwah A++. Aku pula mungkin C--.

Pertama kali bertemu ketika mukhayyam 2009, aku langsung tak kenal beliau. Masa itu aku berstatus peserta saja. Gaya beliau poyo-poyo sket (haha) pastu tetiba ajak pergi walimah dia minggu lagi satu. Ahaha. Tapi makin lama baru dapat tahu siapa beliau sebenaqnya. Waw, ikhwah import dari UPM yang sangat kencang tarbiyahnya. UTM pasti terkesan dengan keberadaannya. 

Dan tempoh 3 tahun setengah selepas itu membenarkan statement di atas.

Aku kira dalam 2011 beliau dinaikkan pangkat untuk menjadi naqibku. Ahaha poyo statement, padehal aku yang dinaikkan pangkat untuk menjadi anak usrahnya.

Aku fikir ketika itu, "waw, gua dapat naqib terbaik kat UTM!!". 

Yup, seyesly.

Macam-macam lagi la senarnya 'pemikiran nakal' yang muncul masa tu. Salah satunya, "ni kalu akhawat2 tahu aku skarang anak usrah si Abu Khalid, kompem lagi 'up' saham aku". Ahaha segannya nak tulis, tapi inilah yang pernah aku fikir. (Tertunduk malu).

See, sangat besar pengaruh beliau kat UTM.

Selainnya, aku jugak pernah beranggapan bahawa, "peh, pasni lagi kencang la tarbiyah dan dakwah aku. Tengok la sape naqib aku sekarang.."

Huahua.. Atau dalam erti kata lain, aku menganggap itu sebagai suatu jaminan yang pasti. Sedangkan iman itu hakikatnya perlu dicari sendiri, bukan semudah-mudahnya diwarisi. Owh betul-betul terkesan. Siapapun mentor kita, siapapun guru kita, hakikat perubahan diri sepenuhnya bergantung kepada kemahuan dan usaha kita sendiri. T.T

Buat ya akhi Abu Khalid,
Yang sangat ana sayangi, idolai dan kagumi, 
Ana mungkin tak menangis teresak2,
Seperti masa Abang SS pergi dulu.

Sebab enta dah bagitahu awal2,
Tentang perancangan enta untuk berpindah.
So ana dah lama mind prepared,
Kalu tetiba mungkin ana nangis jugak.. Ahaha.

Buat ya akhi Abu Khalid,
Enta banyak mengajar ana.
Enta jugak banyak bagi contoh yang terbaik bagi ana,
Sebagai akh, sebagai murabbi, sebagai zauj, sebagai ayah, dan sebagai Apple user.

Buat ya akhi Abu Khalid,
Rasanya ana bukanlah 'Top 5' atau 'top 10',
Dalam list ratusan anak usrah yang pernah enta santuni.
Tapi enta adalah Top 1 naqib buat ana (semoga naqib2 lain x baca post ni haha).

Buat ya akhi Abu Khalid,
Ana ingin memohon maaf kat enta,
Sebab penah ponteng usrah, SMS lambat/x balas, dan macam2 lagi,
Peel ana sepanjang di bawah limbungan usrah enta.

Buat ya akhi Abu Khalid,
Doakanlah semoga ana dan ikhwah lain mampu menjadi seperti enta,
Doakan ana dan ikhwah lain terus thabat di sini,
Doakan tarbiyah di sini terus subur.. Amiin.


Selamat selamat semuanya ana ucapkan buat enta. Esok pagi insyaAllah kalau ada rezeki, ana akan menyusul untuk bersarapan wida' kat belakang G30. Moga-moga ana tak nangis waktu itu. Ahaha (gelak cover).

250100.30.4_e

0 comments