Manisnya nikmat jeles

Kejelesan - berasal dari kata dasar 'jeles' atau lebih asli lagi, 'jealous' dalam bahasa inggeris.

Kejelesan adelah suatu sisi penting dalam kehidupan kita. Ye, saya katakan penting kerana disebalik pronunciation-nya yang berbunyi negatif, tersepit juga elemen positif yang tidak boleh dipandang enteng. Justeru dalam ceramah saya pada pagi ini yang serentak dengan tayangan rancangan 'Nightline' di TV3, saya suka untuk hanya menyentuh tentang bab positifnya kejelesan itu. (p/s: mohon jangan berhenti membaca semata2 untuk bukak TV3, saya tidak berniat untuk mempromosi rancangan tersebut)

Ohya, saya tahu term kejelesan itu cam susah bebenor nak sebut. Baiknya, saya kembali kepada 'wording' asalnya yakni - jeles.

Pada pengamatan saya, semua orang dapat rasa akan 'nikmatnya' sifat jeles ini. Tak kiralah apapun latarbelakang beliau - sama ada seorang ustaz atau imam, sama ada seorang 'practicing muslim', ataupun sama ada seorang yang 'not-yet practicing muslim'.

Point saya senang saja, seorang ustaz ini kita beranggapanlah bahawa ilmu agamanya sangat tinggi. Justeru lebih tinggi ilmu seseorang itu, lebih banyak ilmu baginya yang dia belum ketahui. Itu sifat mutlak orang berilmu. Justeru pastilah dia akan sentiasa merasa jeles kepada orang atau ulamak atau mufti atau etc yang lebih tinggi ilmu berbanding dirinya. Atau dalam erti kata lain - mengkagumi, menghormati, dan menyayangi orang yang lebih berilmu daripadanya. Justeru nikmat jeles, kagum, hormat dan sayang tersebut akan memandu dirinya agar melipatgandakan usaha dalam meningkatkan ilmu.

Fehh, sungguh manis nikmat jeles bagi orang yang berilmu.

Kedua adalah bagi seorang 'practicing muslim' - beliau mengerjakan semua kewajipan seorang muslim seperti solat wajib 5 waktu, dan seumpamanya. Namun bergantung pada iman dan ujian ke atasnya sehari-hari, amal-amalnya itu adalah pasang surutnya. Kadang-kadang solatnya di awal waktu malahan berjemaah di masjid. Di lain hari dan waktu pula, mungkin terlewat sedikit dan hanya solat bersendirian. Kadang-kadang juga, dia melakukan ibadat-ibadat sunat seperti membaca Quran dan berpuasa. Bacaan al-Qurannya dirasakan baik dan 'average' - dia sedar akan hakikat tersebut dan mahu memperbaikinya lagi. Kadang-kadang juga, dia membaca buku atau menghadiri akan majlis-majlis ilmu - sama ada live di masjid-masjid atau padang-padang, ataupun sekadar di youtube.

Justeru bagi kelompok 'practicing muslim' yang kebanyakannya seperti ini - seperti saya - merasakan sangat jeles dan terkesan apabila terlihat akan seseorang yang jauh lebih baik daripadanya - dari segi amalan ke, ilmu ke, bacaan al-Quran ke, kemerduan suaranya ke, pembacaan buku ke, dan banyak lagi. Boleh jadi beliau yang dimaksudkan itu berstatus ustaz, atau ustaz-to-be insyaAllah. Sangat jeles! Sangat-sangat jeles.. Apatah lagi jika seseorang itu juga sangat hebat dalam berdakwah/mengajak orang lain menjadi lebih baik. Siap bawak usrah lagi.. Ahha.

Fehhh... Bukan calang-calang orang tu. Justeru sifat jeles, kagum dan hormat padanya akan mendorong kita untuk menjadi sepertinya juga, suatu hari nanti.

Dan bagi golongan ketiga - 'not-yet practicing muslim' ini; jangan rasa pelik, hairan, janggal, kagum, kaget atau excited jika saya katakan mereka ini sangat menjelesi orang yang mempraktikkan Islam dengan baik dalam segala aspek.

Contohnya beliau mungkin belum mempraktikkan Islam dari segi pemakaian - freehair, atau pakai short pant, atau pakai seksa-seksa, dan seumpamanya. Namun saya yakin jauh di sudut hati mereka, ada sekelumit keinginan untuk memperbaiki aspek pemakainan mereka itu. Justeru saya juga yakin bahawa ada segumpal perasaan jeles mereka terhadap sahabat-sahabat yang mampu berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Jika belum ada, kita sama-sama doakan agar Allah hadirkan perasaan jeles tersebut.

Atau mungkin dari segi ibadahnya yang asyik ON OFF saja - tiada atau tak konsisten, atau dari segi pergaulannya, atau cara tutur katanya, dan lain-lain. Bermula dengan segumpal perasaan jeles itu moga-moga dapat menebalkan keinginan dan kekuatan mereka untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik, mudah-mudahan :)

Peh peh peh... Maniskan apabila Allah hadirkan nikmat jeles itu? :)

Akhir kalam dari saya, jauhkan diri kita daripada memandang rendah akan orang yang 'not-yet practicing muslim' ini. Padanglah mereka dengan penuh pengharapan dan doa agar Allah lalukan dia pada suatu 'turning point' atau seseorang yang boleh menyentuh hatinya. Dan berdoalah agar Allah hadirkan hidayah padanya.. Amin.

Kadang-kadang kita tak mampu berkata-kata dihadapannya. Tapi kita mampu berdoa dihadapan Allah, untuknya.

250112.16.4_e

1 comments