Dalam hidup ni, apa persepsi kita pada diri sendiri kadang2 tak penting. Sangat tak penting dan tak membantu sekiranya tindakan kita menghasilkan persepsi orang lain yang berbeza pada kita.
Semalam aku diuji - dengan rasa lapar bila tak makan langsung lebih 12 jam.
Tapi bukan tu ujian sebenarnya. Ujian sebetulnya adalah tentang ithar - mengutamakan oarang lain.
Perjumpaan kami dijadualkan jam 8 malam hingga 8 pagi keesokannya di masjid dan tidak dibenarkan untuk keluar. Ahdafnya (tujuan) adalah untuk menjaga roh dan 'feel' sepanjang malam itu - tak mahu ada sebarang gangguan.
Silapnya bila tak sempat makan sebelum pegi sana, aku diulit rasa lapar dan sakit pewut lalu SMS kat sorang sahabat untuk tolong tapaukan nasi. Kemudian dok bisik2 ngan sahabat sebelah, rupanya dia pun belum makan lagi. "Oh, ok. Tapi mesti tak selama mana aku tak makan..", bisik poyo aku dalam hati. Iskh.
Bila makanan yang dipesan sampai, aku minta izin untuk keluar kejap. Tak boleh, rayu.. Dan dibolehkan. Itu la, peraturan pada asasnya perlu dipatuhi. Namun ada ketika boleh bertoleransi. Segan juga.
Ketika dah bertentang mata ngan bungkusan nasi tu, terus aku makan. Eh, bukak la dulu.
Tup tup.. Teringat kat sahabat yang belum makan jugak tadi. Alamak lupaaaa!! Tapi masa tu nasi dah disentuh. Aku fikir tak manis pulak kalau nak bawak dan buka padanya dalam keadaan camtu. Jadi tak payah la.
Oh, mungkin itu cadangan syaiton dan aku bersetuju.
Habis, aku tak terus patah balik ke masjid. Bimbang jugak kalau2 sahabat tu masih tertunggu-tunggu. Sebab tadi aku bagitahu dia yang aku ada makanan. Harap sangat dia tak menyimpan harapan.
Lama sikit baru aku pulang semula.
Eh, ramai pulak orang kat masjid. Masa tu dah lewat sangat. Apedehal ni? Rupanya ada solat jenazah. MasyaAllah.. Dah nak pukul 1 pagi ni, Allah masih ingatkan aku tentang mati - yang boleh 'jemput' kita bila2 masa saja. Fehh. Tertunduk sayu.
Sahabat aku tadi juga sebahagian yang turut bersolat jenazah. Aish, ingat dah tidur. Aku pergi padanya. Lepas borak2 tentang si mati, dia bertanya, "mananya nasi?"
Sungguh, aku tidur walau lelap tapi penuh berpaku perasaan bersalah.
![]() |
| Gambaran bungkusan nasi yang berjaya menewaskan penulis. kredit. |



1 comments
~itqan
ReplyDeletedownloading...