Aku perlu mengaku, fitrahnya aku tetap lelaki biasa.
Rasa sukakan seseorang perempuan tu pernah ada. Selalu sebenarnya.
Perasaan mahu disukai perempuan pun apatah lagi.
Pada aku itu normal.
Suka tu maksudnya selesa dan senang ngan kita, suka tak semestinya cinta.
Suatu masa, aku merasa takut bila dapat tahu ade orang suka kat aku.
Fehh, pompuan la. Kalu laki tak kesah la. Lol.
Ade la beberapa kali. Je. Dan setiap kali tu pasti aku lapor kat mak untuk minta pendapat. Haha, pening dia. Katanya apehal la anak dia yang sorang ni. Pastu mak akan bagitahu abah plak. Pastu abah akan tanya mak balik, apehal la anak diorang yang sorang ni?
Tup tup mak cakap, "ooo, mungkin sebab mak selalu baca surah Yusuf dulu masa mengandungkan aku". "Fehh, patut la", jawab abah.
Haa, tanak explain.
Takut? Ye takut.. Bimbang, cuak, rasa bersalah dan seumpamanya. Pelik pun ada. Above all, perasaan yang paling obvious adalah rasa bersalah.
Suka untuk aku nyatakan sekali lagi, aku takut jika ada yang anggap aku lebih baik dari diri aku yang sebenar. Sekian.
kredit gambar.



2 comments
Ini lucu.
ReplyDeleteRealiti adalah logik untuk rasa bersalah.
Takut juga mungkin.
Lari?
lari? kalau la buleh..
ReplyDelete