Aku balik Kelantan pada malam khamis lepas. Naik bas, berkebetulan ngan sorang member kamceng, Naim.
Bas kami gerak dalam kol 9.30 malam. Kebetulan juga, aku dapat seat paling depan - feveret seat. Pastu dalam 36 minit perjalanan, bas perlahan-lahan berhenti. Masih kat lebuhraya. Ingatkan dah sampai exit Yong Peng.
Rupanya jalan jem. Tak lama lepas tu, aku tengok berduyun-duyun orang keluar dari mobil masing2. Pakcik driver bas pun turun jugak. Aku nampak selang 5-6 kereta depan aku, ada sesuatu. Paling berrkemungkinan adalah kemalangan. Orang ramai masih tak putus2 menghalan ke sana. Aku kira seyes jugak tu. kami masih menanti dalam dan tunggu green light dari pakcik driver untuk turun jugak. Dalam 15 minit gitu, dia datang dan cakap, "pegi la tengok depan tu, treler terbabas. Lama lagi ni kita kat sini".
Aku yang first turun. Mintak izin dulu. Haha. Eh, rupanya aku sorang je turun.
MasyaAllah, rupanya sebuah treler terbabas ke laluan bertentangan. Katanya tayar depan kanan pecah dan treler tu terbabas dan terlanggar tiang signboard lintang jalan yang sebesar pemeluk. So tiang tu jatuh sepenuhnya. Ada kesan kemek kat tiang tu. Aku ketuk, tebal. Kepala lori berjenama SCANIA tu pula total lost, tapi x teruk sangat sebab pemandunya terselamat. Cuma patah tangan dan shock. Driver tu ada bersama isteri dia.
Dekat 2 jam kami kat situ, memerhati para petugas berusaha mengalihkan signboard dan membuka laluan baru sebab laluan kami memang tersekat sepenuhnya hasil 'kerjasama' treler dan signboard tu. even motor pun xleh lepas.
Kesian kat driver tu. alhamdulillah dia ngan wife dia xde cedera parah. Bak kat sorang uncle india, nasib baik tu treler Scania. Kalau Hino, dah hancur lebur kot. Pastu katanya lagi, nasib baik diesel (tumpah), kalau petrol dah komfem terbakar.
Ohya, uncle ni adalah saksi utama sebab mercedes dia yang paling hampir ngan treler semasa terbabas tu. so dia nampak tayar pecah, percikan api, pastu treler tu terlompat bila merempuh tiang signboard. Nasib baik katanya, kalau tade tiang signboard tu, mungkin treler tu dah lanyak kete dia.
Dia citer lagi, ade satu kereta sempat2 je lolos sebelum signboard tadi terhempas. Alhamdulillah semua bernasib baik pada malam tu.
Tapi ada juga suara kurang enak kedengaran. Kata salah seorang yang terperangkap situ, apesal la treler tu nak excident kat sini?? Buat nyusah orang lain je. Hah! X perlu jawab pape.
Jadi, macam tu la peringatan Tuhan kat kita. Moga2 kita sentiasa berhati2 dan pastikan kenderaan kita selamat dalam setiap aspek sebelum memulakan perjalanan. Dan, anggap juga musibah yang melanda orang lain adalah peringatan Allah KHAS untuk kita. Ujian ke atas orang lain juga adalah ujian dan peringatan buat kita, sekiranya kita renung kembali.
kredit gambar.

0 comments