Aku dah pun mulakan BM - Ep. 4

Arini hari presentation akhir budak-budak tahun 3. Biasanya kitorang geng-geng senior suka menempel-nempel time junior present ni.. Haha. Saja je bagi support kat diorang (perasan). Padehal menyebok je.  

Well, Iman pun ada. Tapi bukan la niat datang sini semata-mata nak jumpa Iman. Cuma kebetulan dia ada.. Huahua.

Oh, dia tengah call sesorang.. Baru nak tegur. Ah, lepak kat orang lain dulu la.

Eh jap, Kak Fisa?

Alamak, aku tercuri dengar dia borak ketika melintas belakang dia. Ada terkeluar perkataan 'Kak Fisa'. Dia tengah borak ngan Kak Fisa dia kot.. Iman berdiri kat balkoni, mengadap laman fakulti yang tak berapa nak cantik tu. Dia tak perasan aku ada belakang. Eh, bunyi perbualan cam seyes je.. Lalu aku terus mencuri dengar. Sori Iman, nak curi dengar gak.

Tetiba, 'KERHHHFFFZZZEERRKK!!!' - efek bunyi guruh.. Cane ntah ejaan sebenar. Tapi itu la gambaran terkejutnya aku. Biar betul??

Aku bersandar pada dinding kat belakang, menunggu Iman abis borak. Rasanya dah tak perlu curi dengar lagi apa yang diorang borakkan. Habis je dia call, terus dia pusing belakang. Terkezut beruk dia (jujurnya menggambarkan situasi sebenar) tengok aku ada kat belakang.

"Eah, Umar...", dia tegur aku.

"Iman..", aku jawab ringkas sambil senyum yang cukup obvious tak ikhlas.

"Iman da present? Ke belum sampai turn?", aku sambung tanya.

"Arrrr, dah dah.. Iman patutnya nombor 2 tadi. Tapi yang first datang lambat, so Iman dulu la yang present", panjang lak dia explain. Aku tak ambil pusing sebab tengah tak sabar nak tanya soalan seterusnya.

"Iman, Kak Fisa sakit ea?", tanpa buang masa aku tanya direct. Iman terkejut lagi, cuma ekspresinya kali ni lebih sopan sikit berbanding tadi. Dia tak terus jawab. Mungkin tengah fikir cane nak elak untuk jawab. Atau mungkin dia tengah fikir cane aku buleh tanya camtu. Sangat ikhlas kecuakan yang terpancar di wajah Iman.

"Minta maaf la, senarnya Umar lalu sini tadi terdengar Iman borak dalam henset dan dengar.... (buffering) Yang Kak Fisa sakit..", aku stop. Aku pun tak sure yang ayat aku tu pernyataan atau pertanyaan. Kecuakan pada muka Iman nampak reda sikit, pelik plak aku. Oh, mungkin at least dia tahu kenapa aku buleh tanya soalan tadi.

"Eyhh! Tade keje lain ke dengar orang borak dalam henset!!?", alamak Iman marah.

Tapi aku buat derkk je. Muka Iman yang tadi bajet marah kembali kepada status cuak. Aku tahu dia saja buat-buat marah.

"Ok.. First, Umar minta maaf, tak sengaja dengar. Lagipun kuat kot korang borak tadi", kata aku jujur.

Aku sambung lagi, "Umar bukan apa, dan bukan nak menyibuk. Kita sama-sama follow usrah kan? Mesti la Umar concern bila terdengar benda camni.."

"No no no no..., naaaaaaaaa.. Nothing happened!", jawab Iman cepat-cepat.

"Kak Fisa just demam biasa jeee... Itu aje. Puas hati? So, nak tolong belikan ubat ke ape?", sambung dia lagi, tegas bercampur emo. Cam jeles pun ada.

"Demam biasa? Tadi ade dengar muntah-muntah, pengsan-pengsan bagai..", aku minta kepastian.

"Amboi, sejak minit ke berapa ni Umar curi dengar kitorang borak??", kali ni Iman kembali marah. Dan dia cuba untuk memblahkan diri.

"Iman jap jap jap!!", aku stop dia.

"Ok ok fine.. I'm so sorry ok.", sambung aku dengan kedua-dua tangan buat isyarat 'cool down bebeh, cool down, cool down..'

Melihat dia dah cool, lagi aku sambung, "ok ok, Umar percaya.. (tipu). Cuma satu benda je, tolong jangan bagitau Kak Fisa lak yang Umar tanya pasal dia. Nanti ape lak dia fikir. Segan la Umar nanti. Boleh?"

"Hmm.. Tau takut. Ok... Iman faham", jawab Iman yang lurus bendul orangnya.

....................................................................................................................................................


Arghh, aku tak puas hati. Aku kena korek ni. At least aku kena yakin yang Fisa betul-betul demam biasa je. Weh, apehal gua concern lebey nih?

Ermm, sape ea aku nak tanya? Confidential ni, mesti certain orang aje yang tahu. Nak harap korek daripada Iman susah la sebab budak tu lurus bendul tahap 4 dah. Tapi bagus la, gua respect sama lu.

Hah! Makcik Naisah!

.....................................................................................................................................................

"Nyettt!! nyetttt!!! nyettt!!!", bukan bunyi monyet tapi vibrate henset (zaman sekarang kan orang da jarang guna ringtone.

"Assalamualaikum ya akhiiii..", di hujung talian naqib aku beri salam.

"Waalaikumussalam ya ukhtiiii... Haha (gelak kecil)", jawab aku. Padehal aku yang call.

"Argh, I cannot brain this", respon dia.

"Haha.. Tade laa. Ermm, enta sibuk tak arini? Atau bila-bila yang terdekat?", tanya aku.

"Sibuk gak la.. Sibuk explore iPad ni haa. Haha, apsal nak jumpa ana kan?", beliau memahami.

"Yezza.. Kat mana?", tanya aku.

"G23 ok?", cadang beliau.

"Pekhhh, cadangan yang langsung tiada ciri-ciri privasi", cadangannya aku tolak mentah-mentah.

"Haha, Snogurt Taman U nak?", cadang beliau kali kedua.

"Wooo~, ok.. Lepas Asar!", aku setuju. Dia pun setuju. Set.

......................................................................................................................................................

Bila jumpa, aku beritahu naqib tentang kemuskilan yang sedang aku alami tu. Dia pelik, apehal aku sibuk-sibuk nak tahu pasal  Fisa lagi. Aku pun cakap, aku just concern dan aku rasa ada yang tak kena, dan rasa nak tahu. Akhirnya dia setuju untuk tolong siasat. First, naqib aku tanyakan kat zaujah dia. Kalau perlu nanti zaujah dia gi jumpa Makcik Naisah.

Selang 2 3 hari, akhirnya keputusan siasatan berjaya diperolehi. Tapi, keputusan tu ada kat Makcik Naisah dan dia nak jumpa aku sendiri. Wah, cuaknye!

Bertemankan naqib aku, kami pegi rumah Makcik Naisah. Nak pegi sorang sori, tak cukup berani la bro. Sebab aritu dah bikin masalah sekali.. Huahua. Rasa bersalah tu senarnya belum hilang sepenuhnya. Siap turun naik turun naik lagi. Lol.

"Kenapa nak tahu pasal Ukhti Fisa?", alamak makcik tanya jugak soalan tu.

"Entoh la makcik, mungkin sebab still rasa bersalah pasal putus aritu kot..", jawab aku ikhlas.

"Eh, aritu enta jawab lain kat ana..", tetiba naqib aku mencelah. Adooi, kantoi.

"He he he..", respon aku. Langsung tak ikhlas.

"Tapi makcik, ana cam rasa ada benda yang tak kena je..", aku citer la panjang lebar apa yang aku dengar daripada perbualan telefon Iman ngan Fisa tempoh hari (padehal dengar suara Iman je). So aku rasa tak sedap hati... Bla bla bla.. Memang kaw-kaw punya aku cuba yakinkan Makcik Naisah yang aku layak tahu situasi Fisa. Tapi semuanya ikhlas, dari hati.. Ewah.

"Betul ke makcik, Ukhti Fisa sakit?", aku kembali tanya setelah makcik buffer (diam) agak lama. Aku yakin makcik tahu.

"Ermm, kamu masih ingat masa last jumpa Ukhti Fisa aritu? Masa kamu beritahu nak putus", tanya makcik. Yeah, dah ada internet balik.

"Aaaa, ingat.. Nape dengan ari tu makcik?", jawab aku.

Makcik sambung, "senarnya pihak akhawat ingatkan kamu nak jumpa dulu tuuu sebab nak bincang pasal bertunang. Jadi, Ukhti Fisa pun ada perkara yang nak diberitahu. Tapi akhirnya, kamu minta nak putus, bukan nak bertunang. Aiseh.. Kecik hati jugak laa.. (zzzuupp! - direct seyh makcik). Tapi di pihak akhawat walaupun terkejut, kami anggap itu semua ada hikmahnya. Jadi Ukhti Fisa pun tak perlulah lagi beritahu, apa yang nak dia beritahu pada hari tu."

"Uh.. Beritahu ape makcik?", tanya aku saspen.

...................................................................................................................................................................
(bersambung lagi pada jam 12.00 am esok kalu tiada gangguan siaran, insyaAllah | 240000.27.12_o)

[kredit gambar]

2 comments

  1. aaaa saspennya.sambungla sekarang...

    ReplyDelete
  2. xleh2.. kena ikut waktu siaran yang telah ditetapkan.. hoho.

    ReplyDelete