Aku tak follow cadangan naqib supaya review semula keputusan aku. Aku rasa, itulah keputusan yang terbaik buat masa ni.
Hujung minggu dah tiba, masanya untuk aku dan Fisa bersemuka.
Kami berlima; aku, naqib, Fisa, naqibah dia dan Makcik Naisah. Haa, part makcik ni la yang buat aku cuak sikit. Bukan apa, takut nanti kena marah kang.. Lagipun diorang belum tahu kenapa aku minta jumpa. Mesti fikir pasal tunang! Ah, sampainya hatiku..
"Assalamualaikum. Ana minta maaf sebab ambil masa sikit untuk berjumpa ari ni", aku mulakan bicara dengan penuh formal. Nasib baik tak sebut yang berusaha, yang berbahagia je. Dalam masa yang sama aku memberanikan diri untuk pandang ke arah Fisa. Dia hanya menunduk ke lantai. Jangan tido dah la.
"Sebenarnya, ana... Anaaaa..", lama aku susun semula nafas. Sebenarnya aku tak prepare ayat pun sebelum datang. Mereka masih sabar menunggu perkataan seterusnya daripada mulut aku.
"Pertama-tamanya ana ingin minta maaf awal-awal sekiranya apa yang ana cakapkan nanti, akan timbulkan kesulitan pada semua orang.. Terutamanya ukhti Nafisah", ucap aku jujur. Kemudian, entah macamana tiba-tiba datang rasa gemuruh dalam hati. Tadi OK je. Mungkin sebab tak baca Bismillah kot.. Arghh!
"Bismillaahirrahmaaanirrahiiim, minal awwalu ilal akhir!" (dalam hati la)
Lama aku diam, memikirkan susunan ayat yang sesuai untuk dilontarkan. Mungkin naqib aku memahami, dia hanya memberikan isyarat kepada yang lain untuk terus menunggu.
"Atas sebab-sebab peribadi, ana minta untuk di... Diputuskan ikatan Baitul Muslim dengan ukhti Sayyidah Nafisah", akhirnya aku bersuara. Jelas, dan sekali lafaz sahaja.
Semua orang hanya terdiam. Mungkin tak sangka itulah ahdaf (objektif) pertemuan itu. Fisa pun masih tertunduk ke lantai. Cuma lebih menunduk lagi, dah hampir perpendicular dengan lantai. Aku tak dapat baca reaksi dia. Tapi kali ini aku tak dapat melihat ke arah dia lama-lama, aku rasa bersalah.
Seminit dan 23 saat berlalu, semua masih mendiamkan diri (kebetulan aku asyik tengok jam tangan - tak tahu nak buat ape). Nampaknya semua orang menunggu kata-kata daripada Fisa. Aku pun rasa makin bersalah dan serba salah. Rasa nak gi toilet pun ade, tapi rasanya timing sangat tak sesuai. Aku lihat dia sedang menyatakan sesuatu kepada naqibah dia. Kemudian mereka bingkas bangun dari tempat duduk sambil Fisa tetap cuba menyembunyikan wajah dia. Alamak! Dia nangis ke??
"Kami ke bilik air sekejap..", kemudian naqibah dia bersuara. Suara agak berbaur lemah.
Alamak. Cam betul je Fisa nangis.. Rasa bersalah makin menebal dalam diri. Tapi aku tetap berlagak rileks. Suasana sepi. Kemudian Makcik Naisah berbisik sesuatu kat naqib aku. Aku tak ambil pusing. Kang lagi buat aku cuak ade la.
Kurang 5 minit, mereka kembali masuk dan duduk semula.
"Minta maaf, rasanya elok saya yang bercakap bagi pihak ukhti Nafisah", kata naqibah dia setelah membetulkan kedudukan. Nampaknya Fisa tak bersedia untuk bercakap sendiri, mungkin bimbang air mukanya yang sedih itu terserlah. Aku faham.
Sambung naqibah dia lagi, "kalau tak keberatan, minta akhi Abdullah Umar nyatakan sebab untuk minta putus itu. Adakah sebabnya mungkin atas apa-apa kekurangan atau masalah daripada pihak akhawat?"
Aku mengambil masa untuk menjawab, walaupun dah lama bersedia dengan soalan tu.
Seperti mana jawapan yang aku berikan pada naqib aku tempoh hari, aku hanya ulangkan semula. Akhirnya mereka terpaksa terima juga. Tapi sebelum pulang, Makcik Naisah sempat menyatakan kekesalan beliau. Sama ada selesa atau tidak, aku harus terima yang kata-kata itu ditujukan khas kepada aku. Dan sejak tadi, memang Fisa langsung tak cuba pandang ke arah aku.
"Asif jiddan, ya ukhti..
Ana dah langgar janji..
Ana tak mampu jaga hati sendiri
Moga ada yang lebih baik dari ana sebagai ganti.."
Aku hanya mampu bermonolog dalam diri, aku tak mampu luahkan.
................................................................................................................................................................
Beberapa minggu berselang, episod 'break up' tu makin jauh aku cuba lupakan. Bila ada program dan ternampak kelibat Fisa, kami masing-masing cuba berlaku natural. Jauh dalam hati, aku tabik la kat dia. Alhamdulillah tade ikhwah lain yang tahu. Itulah hikmat merahsiakan Baitul Muslim, untuk menjaga nama kedua-dua pihak kiranya tak jadi, atas apa-apa sebab sekalipun.
"So ape perasaan skarang?", Hisham tanya.
"Entoh.. Tak tau", jawab aku blur-blur.
"Still fikir pasal Fisa?", tiba-tiba Sham sebut nama Fisa.
"Eh, apsal kau tanya camtu?"
"Ade tak?"
"Ade la... Sket, er, kadang-kadang.."
"Aku just teringat apa yang kau penah citer, kenapa dulu kau nak cepat-cepat proses BM.. Ingat lagi?"
"Owh... Ingat, sebab nak cari seseorang as sumber inspirasi.."
"So lepas proses BM ngan Fisa, tercapai tak hasrat kau?"
Ah! Aku tersentak dengan soalan tu. Lama aku terlupa pasal sumber inspirasi tu. Pertanyaan Hisham betul-betul buat aku ingat balik.
"Yup!", jawab aku sambil menganggukkan kepala.
"And, ada beza la terhadap pelajaran kau masa tu?", dia tanya lagi.
"Macam ada.. Em, aku rasa ada...", jawab aku seolah-olah baru sedar akan hal itu.
"So, sekarang sape? Ke tade sape-sape yang jadi sumber inspirasi kau?", tanpa buang masa Sham ajukan soalan lagi.
Urghh! Lagi sekali aku tersentak. Betul pertanyaan Sham, sekarang sape? Ke tade sape-sape yang jadi inspirasi aku? Aku hanya diam, tiada jawapan untuk Sham.
...................................................................................................................................................................
Lewat malam sebelum tidur, aku masih dibayangi pertanyaan Sham tadi. Aku tak tahu apa niat Sham. Tapi dia betul-betul ingatkan aku balik kenapa dulu aku beria-ria nak cepatkan proses BM. Yup, tergesa-gesa. Bila minta putus, pun tergesa-gesa.
How do I always think?
"First thought is always the the best thought"
Yeah, I always think that way. Mungkin sebab itu aku selalu tergesa-gesa. Mungkin sebab tu aku rasa dah tak perlukan istikharah.
Sekian lama, beberapa kali aku membuat keputusan yang penting dalam hidup termasuk ketika memulakan dan memutuskan Baitul Muslim dulu, aku abaikan istikharah. Dan malam itu, aku melakukannya... Untuk minta petunjuk Allah, apa harus aku buat selepas ini.
Beberapa kali melakukan, dan beberapa hari aku tunggu, aku tak rasa diberikan apa-apa petunjuk. Ok, biarkan dulu.
...................................................................................................................................................................
(sambungan akan di-hupload setiap hari di waktu yang lebey kurang same | 240000.26.12_u)
bajet ade org bace


2 comments
cite ni ade bape part ye?
ReplyDeleteexcited pulak nk tau endingnya
mungkin 7 episod aje.
ReplyDeletetapi kalu ade sambutan, kita sambung sampai 10. lol.
huhaha!