Sebenarnya, aku baru dapat tahu yang Imanina dah join usrah rupanya. Sejak bila tu, aku belum abis siasat lagi. Tapi memang komfem dia dah ikut usrah. Nama naqibah dia pun aku dah dapat, dan aku kenal.
Semuanya berlaku masa aku pegi satu program pada satu malam dan aku terpandang kelibat Iman. Tapi masa tu tak suspek apa-apa sebab itu program umum. 2 hari lepas tu terjumpa dia kat fakulti, so aku borak ngan dia pasal malam tu.
"Iman.. 2 hari lepas Iman gi Pejabat Ikram ea? Perasan Umar tak masa tu? He he.. (gelak x malu)", aku minta conformation.
"Oowh.. Program malam tu ea? Haah, Iman pegi. Nampak aje Umar kat sana..", katanya.
"First time ke pegi? Pegi sorang ea?", tanya aku lagi.
"Erm, ni kali keberapa ntah.. Dah beberapa kali laa. Sebelum ni pun penah je nampak Umar, Umar tak perasan kot. Biasa pegi ngan naqibah.", balas Iman.
Huh!! Terkezut aku mendengar term 'naqibah' dari mulut Iman. Bermula dari situ la, aku tanya pulak pasal usrah dia.
"UUuu.. Sape nama naqibah Iman? Mane tau Umar kenal ke.. He he (gelak x iklas)", aku cuba korek rahsia.
"Aaaa.. Kak Fisa.. Kenal?", jawab Iman selamba tanpa mengesyaki apa-apa.
Lagi sekali aku terkejut. Tapi kali ni sangat-sangat terkejut! Aku blur kejap.. Lama aku biarkan Iman menunggu jawapan. Dalam hati aku cuma mampu kata, "argh, apsal bukan orang lain dowh??"
"Oooooooo......", panjang aku menge'o'kan soalan Iman tadi.
"Haa, kenal-kenal.. Bagus la, Kak Fisa memang baik orang. Bagus la dia dapat ajak Iman ikut usrah ngan dia.", aku sambung semula.
"Haah, dia baik sangat.. Mula-mula kenal dulu pun Iman dah tersangkut ngan cara dia. Iman rasa selesa ngan dia", kata Iman mengiakan.
"Ohya, Iman kalu buleh jangan citer kat Kak Fisa ea yang Umar tahu Iman anak usrah dia..", rayu aku.
Iman dah buat muka pelik. Tapi dia bersetuju aje.
Fuhh~
..............................................................................................................................................................
Selepas dapat tahu sume, aku jadi tak keruan. Bak kata orang putih, "I have a good news and a bad news, which one do you want to hear first?"
The good news is, Iman adalah akhawat sekarang!!! kalau dia thabat (istiqamah) dalam usrah, nanti boleh la aku berkira-kira untuk sunting dia sebagai zaujah.
And the bad news is, aku dah pun mulakan BM.. Dengan naqibah dia pulak tu! Sangat gila kalau aku minta putuskan ikatan ngan Fisa semata-mata kerana dakwah yang dia lakukan pada Iman. Kerana dia, Iman join usrah. Sepatutnya aku rasa bersyukur dan berterima kasih kat Fisa, bukannya minta putus.
Argh pening!
Owh.. Johnny Depp penah kata, "Kalau anda mencintai dua orang wanita, pilih yang kedua. Kerana jika anda benar-benar cintakan wanita yang pertama, anda tidak akan jatuh cinta kepada wanita yang kedua."
Alaa, Johnny Depp tu omputeh.. Culture tak sama.
Jadi aku dah nekad, aku akan minta putuskan Baitul Muslim dengan Fisa. Cuma tanak nampak obvious sangat, aku takkan 'minta' Iman dalam masa terdekat. Lagipun Iman ada beberapa tahun lagi pengajian. Moga-moga masa nak abis tu, dia dah jadi 'senior akhawat' dan masih 'available'.
..................................................................................................................................................................
Lepas jumpa Hisham tempoh hari, baru aku memberanikan diri untuk jumpa naqib aku. Aku beritahu dia secara direct apa keputusan aku, tanpa sepatah pun beritahu alasannya. Dia kehairanan. Kalau bagitahu, kompem kena pulak hentam ngan dia.
"Like seriously?", tanyanya ringkas.
"Yeah!", jawabku yakin.
"Why so serious?", tanya dia lagi.
"Look, it's all a bit technical. But the important thing is my decision is secure", aku jawab balik.
"Erm.. Tak yah nak Dark Knight sangat la. Memang tanak citer kenapa?", tanya naqib aku lagi sambil menolak untuk meneruskan dialog Batman lakonan Christian Bale episod 2.
"Emmmmm.. Itu la, rasa tak dapat commit la. Nanti kesian kat Fisa tu", jawab aku tipu.
"Ana rasa dia boleh je tunggu enta.. Ana yakin dia faham", kata naqib aku yakin.
"Ana yang tanak dia tunggu...", jawab aku ringkas.
"Erm, tak ape lah.. Perkara camni memang bukan pelik pun dalam Baitul Muslim, walaupun takde siapa yang nak ia berakhir macam ni. Cuma, kita dulu mula dengan berjumpa, mesyuarah.. Jadi kalau nak akhiri pun, elok la berjumpa jugak ana rasa. Itu lebih gentlemen!", kata naqib.
"Okeh, ana setuju", jawab aku cepat.
"OK.. Cuma ana nak cadangkan kat enta, sebelum berjumpa enta still ada masa untuk fikirkan semula keputusan enta", kata naqib lagi.
"So, bila nak jumpa?", sambung dia lagi.
"Esok?", jawab aku selepas lama fikir.
"Amboi, tak sabar sangat nampak.. Ana cadang weekend ni, boleh?", naqib aku menyatakan cadangan dia.
"Pfuuuhh~, okay..", aku setuju.
...................................................................................................................................................................
(sambungan akan di-hupload setiap hari di waktu yang lebey kurang same | 240015.25.12_e)
bajet ade org bace


0 comments