"So Sham, ape pendapat ko?", aku minta pandangan Hisham selepas semuanya aku citer kat dia.
"Perjanjian suci yang cuba dicari sisi kekurangannya, untuk dibatalkan.. Itu yang ko cuba buat kan?"
Zzuupp! Cukup tepat kesimpulan yang Sham bagi kat aku. Ayat nak baku abes.
"Perjanjian suci yang cuba dicari sisi kekurangannya, untuk dibatalkan.. Itu yang ko cuba buat kan?"
Zzuupp! Cukup tepat kesimpulan yang Sham bagi kat aku. Ayat nak baku abes.
"Ye Sham, betul la ape ko cakap.. Tapi itu kan baru janji je, bukan dah kawin pun. Bab tunang pun belum abis bincang lagi. Aku tau aku apa yang aku buat ni mungkin tak betul la, kejam la.. Tapi kalu aku tak buat sekarang, aku rasa banyak pihak nanti akan menderita..", aku tetap cuba memenangkan tindakan aku.
"Sape yang akan menderita? Ko aje kan? Takyah bagi jawapan skrip drama Melayu la bro", lagi sekali Sham tembak aku.
Sham tambah lagi, "Mar, apsal kau tak fikir benda ni awal-awal dulu sebelum taaruf ngan dia ah? Kau tak terfikir ke cane Fisa nanti kalau kau kancelkan BM ngan dia? Kita tak ape la lelaki bro, diorang tu pompuan.. Pastu kau pun tau kan cane culture akhawat sini dalam bab-bab ni? Kompem ramai yang dah tau pasal korang. Mesti la segan dia nanti. Kita ikhwah lain la pandai sket simpan. Minggu depan nak kawin baru dapat tau."
"Sighhh...", aku hanya mampu meluahkan hembusan nafas, tanpa sebarang kata-kata.
........................................................................................................
........................................................................................................
Malam selepas jumpa Sham tadi, aku tak dapat tido. Fikiran tak tenteram. Yup, aku memang sedang buat keje gile.. Mungkin keje bodoh jugak la. Dah taaruf, janji itu ini - tetiba nak cancel.
Betul kata Sham tadi, dulu sebelum taaruf aku tak fikir panjang-panjang. Mungkin sebab kondisi aku masa tu yang buatkan aku nak cepatkan proses BM. Mungkin jugak sebab pentingkan diri sendiri. Kesian kat orang-orang yang terpalit sama dalam masalah aku ni, terutamanya Nafisah.
Lebih kurang 4 bulan lepas, hujung sem.. Baru aje, masa tu aku rasa pelajaran aku berapa OK. Er, memang tak OK.. Aishh. Aku cam tade vision dan semangat dalam study. Cam tak kisah sangat dapat berapa pun pointer. Nasib baik tak gagal lagi sekali. Bila dikaunseling oleh kawan-kawan, lecturer-lecturer, dan orang-orang kebanyakan, diorang cakap aku mungkin perlukan sesuatu atau seseorang sebagai sumber motivasi, inspirasi bagai..
Sorang member aku penah cakap; "Mar, aku rase kalu ko ade awek mesti kau jadi lagi bersemangat.. Aku rase ko ni jenis orang yang camtu la.. Tengok cam si Ijan ngan Husna, Zaid ngan Sitah tu.. Asyik gempak je result diorang walaupun kapel. Dulu biasa-biasa aje. Maksud aku, tade la kapel yang bagus sangat, tapi aku rasa ko ni jenis orang yang camtu jugak la. Ko gak kan citer kat aku cane kau study giler-giler masa SPM sebab syok sakan kat sorang budak pompuan yang best student skolah dulu, kan kan kan?
Rugi dowh, budak-budak junior ramai je yang cun-cun. Bebudak UTMKL pun 'baru sampai' ni. Kau tekel la sorang. Ada budak Kedah sorang tu, comel gak.. Huahua. Aku rase kalau takat muka ko yang macam Yusry KLMU ni, senang aje diorang cair.. Haha."
Haishh.. Dalam hati aku cakap, "mane bleh kapel-kapel ni. Bleh jadi haroom!" Yela, memang banyak tarikan dan godaan untuk kapel-kapel ni. Tapi takat ni alhamdulillah la aku masih mampu meng-ekslusif-kan diri lagi. Huhu.
Then, bila borak-borak ngan naqib aku (nama minta dirahsiakan), dia cadangkan, "apakata enta cepat-cepatkan proses BM!"
Maksudnya, baik aku fikirkan siap-siap apa plan aku nanti; nanti lepas grad, keje kat mana, kawin bila.., dsb. Jadi bila dah ada plan, buleh la mulakan proses BM dan cari calon zaujah.
"Tak kisah la bila-bila enta nak kawin, asalkan jangan lama sangat.. Jadi, mungkin sepanjang tempoh itu, bakal zaujah enta tu boleh menjadi pembakar semangat enta untuk study dengan lebih baik dan graduate on time. Kata nak kawin cepat-cepat kan? Haaha", naqib aku sambung lagi.
"Tapi ana cam tade terfikir atau target mane-mane akhawat pun lagi", kata aku.
"Yeke? Ce flashback2 balik. Kalau ade la.. Masa kerja kat wadah ke, program ke. Kalau tade, lagi bagus senarnya. Tade masalah.. Nanti buleh minta Makcik Naisah tolong rekemenkan... Haha.", jawab naqib aku selamba. Tiba-tiba teringat kak Pakcik Wijaya. Sama level je keselambaan diorang.
"Ok insyaAllah, nanti ana isi borang..", jawab aku separuh beria-ria.
Sebenarnya jauh dalam hati memang aku tade target mana-mana akhawat lagi untuk jadi calon zaujah. TAAAPI, kalu non akhawat, ade! Teett!(Abang Idan baca ni, mati aku).
Well, aku kena ngaku la sebagai insan biasa yang lemah ini (ewah - banyak la alasan kau), kita selalu terkesan dan tersuka dengan apa yang selalu muncul depan mata aje. Kalu yang tak penah nampak, acane nak jatuh rasa suka? Tapi suka aje la kat dia.. In term of gaya dia, pemakaian dia, attitude.. Dah la satu kos. Dia junior aku, itu yang selalu jumpa. Lagipun kampung pun tak jauh sangat, family dia pun aku kenal sikit-sikit. So, ape lagi yang mampu halang aku daripada terjatuh minat kat dia? Haaa, anywant? Sila jawab.
Nama dia Nur Imanina (bukan nama tipu).
Tapi itu la, dia bukan akhawat. Terfikir jugak dulu cane nak cuba akhawatkan dia, tapi aku tak tau nak buat cane. Mungkin sebab niat awal-awal dah salah kot.
Then, secara peribadinya aku tak berani nak petik wanita yang non akhawat. Yang ready-made dah ade, buat ape susah-susah nak cari costum-made? But then, iye la, ready-made tu mungkin tak 100% menepati apa yang kita nak. Tapi kalu yang custum-made, belum tentu lagi boleh jadi seperti yang kita nakkan.. - Itu yang bimbang tu. Bagi aku la, seorang yang realistik.
Maksudnya, baik aku fikirkan siap-siap apa plan aku nanti; nanti lepas grad, keje kat mana, kawin bila.., dsb. Jadi bila dah ada plan, buleh la mulakan proses BM dan cari calon zaujah.
"Tak kisah la bila-bila enta nak kawin, asalkan jangan lama sangat.. Jadi, mungkin sepanjang tempoh itu, bakal zaujah enta tu boleh menjadi pembakar semangat enta untuk study dengan lebih baik dan graduate on time. Kata nak kawin cepat-cepat kan? Haaha", naqib aku sambung lagi.
"Tapi ana cam tade terfikir atau target mane-mane akhawat pun lagi", kata aku.
"Yeke? Ce flashback2 balik. Kalau ade la.. Masa kerja kat wadah ke, program ke. Kalau tade, lagi bagus senarnya. Tade masalah.. Nanti buleh minta Makcik Naisah tolong rekemenkan... Haha.", jawab naqib aku selamba. Tiba-tiba teringat kak Pakcik Wijaya. Sama level je keselambaan diorang.
"Ok insyaAllah, nanti ana isi borang..", jawab aku separuh beria-ria.
...................................................................................................................................................................
Sebenarnya jauh dalam hati memang aku tade target mana-mana akhawat lagi untuk jadi calon zaujah. TAAAPI, kalu non akhawat, ade! Teett!
Well, aku kena ngaku la sebagai insan biasa yang lemah ini (ewah - banyak la alasan kau), kita selalu terkesan dan tersuka dengan apa yang selalu muncul depan mata aje. Kalu yang tak penah nampak, acane nak jatuh rasa suka? Tapi suka aje la kat dia.. In term of gaya dia, pemakaian dia, attitude.. Dah la satu kos. Dia junior aku, itu yang selalu jumpa. Lagipun kampung pun tak jauh sangat, family dia pun aku kenal sikit-sikit. So, ape lagi yang mampu halang aku daripada terjatuh minat kat dia? Haaa, anywant? Sila jawab.
Nama dia Nur Imanina (bukan nama tipu).
Tapi itu la, dia bukan akhawat. Terfikir jugak dulu cane nak cuba akhawatkan dia, tapi aku tak tau nak buat cane. Mungkin sebab niat awal-awal dah salah kot.
Then, secara peribadinya aku tak berani nak petik wanita yang non akhawat. Yang ready-made dah ade, buat ape susah-susah nak cari costum-made? But then, iye la, ready-made tu mungkin tak 100% menepati apa yang kita nak. Tapi kalu yang custum-made, belum tentu lagi boleh jadi seperti yang kita nakkan.. - Itu yang bimbang tu. Bagi aku la, seorang yang realistik.
...................................................................................................................................................................
"Salam, nta bercadang nak mula urusan ni bila, dan nikahnya bila (tarikhnya)?", aku terima reply dari naqib.
"Jeng3.. Jap tunggu keputusan istikharah", balas aku balik.
"Xpe akhi. Positif, yang penting nta sudah selangkah membina Baitul Muslim. Nta sudah hantar borang! Bila dah bersedia (kira-kira setahun sebelum nikah), beritahu ya", dia reply semula.
Masa tu aku natural je, tak kesah la sape-sape pun. Then bila diaturkan sesi taaruf ngan Nafisah, semuanya berjalan baik. First time tengok gambar, memang itulah first time kenal Nafisah. Boleh tahan la dari segi paras rupa. Sebelum ni tak kenal pun, entah ceruk mana dia nyorok. Kata satu universiti.. Haishh. Tade hal lah, small matter.
Dua kali kami bersesi taaruf, dalam keadaan parents aku belum diberitahu. Sebab rasanya belum sampai masa untuk itu. Dulu dah ada satu kes, kira kes pertama la; aku beritahu mak yang ada orang rekemenkan seorang wanita kat aku. So mak kata, acane nak kawin dengan orang yang kita sendiri pun belum kenal dekat-dekat? Haa, pening lak cane nak jawab.
So aku cadang nanti dah nak dekat grad baru nak bagitahu, dalam keadaan dah ada perancangan bila nak bertunang. Moga-moga mak tak suspicious sangat nanti.
Hmmmm, itu la yang berlaku 4 bulan lepas. Baru aje lagi, kan? Dua-dua pihak dah setuju untuk proceed aje, kira jadi la. Aku rasa OK ngan dia, dia pun sama. Sepanjang tempoh tu, pihak diorang ada gak tanyakan bila agaknya nak letakkan tarikh pertunangan. Tapi aku asyik tak ambil perhatian sangat. Tup-tup sekarang nak mintak cancelkan.
Tapi kenapa nak cancel?
.............................................................................................................................................
(sambungan akan di-hupload setiap hari di waktu yang lebey kurang same | 240140.24.12_i)



0 comments