"Beritahu - kalau kamu kata nak tetapkan tarikh pertunangan masa tu, dia yang nak minta putus", sambung makcik separa berperasaan.
"Huuh! Pasai paa?", tetiba keluaq loghat Kedah.
"Erm.. Tentang Ukhti Fisa tak sihat tu, betul.. Dia sakit", jawab makcik dengan nada lemah.
Walaupun aku dah agak jawapan tu, nada suara makcik buat aku rasa sangat tak sedap hati, dan buat aku kaget. Sakit berat ke Fisa ni?
"Dia sakit ape makcik?", tanya aku terus.
Jawab makcik, "makcik minta maaf sangat-sangat akhi, makcik tak dapat beritahu apa sakit dia.."
Aku buntu. Apehal susah sangat nak tahu nii? Ye, aku faham situasi makcik dan kalu boleh aku taknak paksa dia cerita. Tapi aku sangat-sangat nak tahu!
"Dia takut bebankan ana ke makcik kalau katakan kami berkahwin nanti?", tanya aku.
"Ke melibatkan nyawa dia? Atau nanti dia takleh mengandung?", habis semua yang terlintas kat fikiran, aku lontarkan kat makcik. Sian makcik.
Wajah Makcik Naisah nampak makin serba-salah. Pastu dia tersenyum kelat. Eh aku tak faham.. Kelakar ke ape yang aku cakap? Kalau la ada sorang la makcik atau akhawat yang ada sekali, mungkin boleh release sikit beban persoalan aku yang Makcik Naisah sedang tanggung ni.
"Makcik, sebenarnya.. Ana tanya ni sebab...", aku berhenti cakap dan tertunduk. Ya Allah ape yang aku nak cakap nih? Sebenarnya tiba-tiba je terlintas, bukan dah niat awal-awal pun.
"Makcik, sebenarnya ana.. Ana nak sambung balik dengan Ukhti Fisa!", kata aku sepenuh nekad, seyes, tak main-main dan tak tipu! Sambil mata aku tepat melihat mata Makcik Naisah. Seriously, aku memang tak bercadang nak cakap macam tu. Tiba-tiba terlintas. Mungkin didorong perasaan bersalah dulu.
Yeah, seperti yang kujangka terjadi (sebuah lagu KRU), raut wajah Makcik Naisah sangat-sangat terkejut. Terus dia pandang aku dengan mata membulat. Tak lupa naqib aku kat tepi ni yang dari tadi senyap aje, pun terkejut sama. Argh!! Ape aku dah cakap nii?
Makcik masih membisu. Mungkin dia sangat-sangat tak jangka aku akan cakap macam tu.
.....................................................................................................................................
"Enta sedar ke ni akhi?", naqib aku bertanya memecahkan suasana buntu tadi.
"Ha'ah sedar.. Ce tampar ana..", jawab aku spontan.
'DUSHHHMM!!', kena tampar betul! Arghh ape nii? Aku gurau aje la tadi. Dah la kuat kena tampar.
"Aduih! Ana gurau aje..", kata aku didorong sedikit rasa emo.
"Tapi ana tak bergurau akhi, ana tak gurau.. Niat ana ikhlas dan seyes tampar enta tadi", jawab naqib aku. Seyes. Makcik Naisah cuma memerhati. Malunya!
"Ana tahu enta ni jenis kurang seyes, suka main-main. Tapi dalam bab Baitul Muslim ni, libatkan ramai orang, bukan enta sorang. Enta tak boleh nak suka-suka ikat, putus, pastu nak sambung balik", sambung naqib aku. Sangat seyes. Aku tertunduk malu dan cuak-cuak.
Dia belum abis, dia sambung lagi, "Dulu masa enta nak ikat, ana setuju. Ana suka.. Masa enta nak minta putus ana senarnya tak setuju dan rasa malu jugak kat pihak akhawat dan makcik. Tapi ana ikutkan jugak keputusan enta. Enta tahu tak, ana pun rasa segan walaupun ini melibatkan enta?". Kali ni nada suaranya hampir marah. Oh no.
"Please akhi.. Please, jangan main-main.. Jangan buat keputusan caca-merba camni. Kalau tak, ape beza kita, orang yang ada tarbiyah dengan orang lain kat luar sana tu? Mane istikharah enta? Mane akhi??", katanya lagi. Tapi kali ni dengan nada kesal.
Suasana kembali sepi. Tapi tegang. Aku diam, tak berani bersuara. Sakit kena tampar tadi masih terasa. Tapi perasaan malu terutama kat Makcik Naisah lagi terasa tebal. Yup, betul.. Aku kena setuju dengan semua yang naqib aku kata - aku banyak main-main. Tapi lelaki tetap lelaki, ego yang ada dalam diri buatkan perasaan marah dan geram pun terbit. Aku kena pertahankan diri, dan aku kena yakinkan bahawa kali ni aku bukan main-main!
"Anaa...", aku cuba bersuara. Tapi Makcik Naisah sempat potong. Aku tak sure nak rasa lega atau tak.
"Makcik minta minta maaf mencelah. Eloknya enta fikirkan semula keputusan nak sambung tu. Fikir masak-masak. Makcik pun suka.. Makcik kalau boleh nak yang elok-elok, yang menggembirakan semua pihak saja. Antum (kamu) semua makcik sayang macam anak makcik sendiri", kata-kata makcik buat aku rasa kembali tenang. Rasa geram dan marah tadi mereda. Sungguh lembut dan berhemah kata-kata makcik.
Aku nak katakan sesuatu. Tapi sekali lagi makcik potong. Aishh!!
Kata makcik, "Cuma sebelum kamu fikir balik keputusan tu, makcik nak tanya, kamu nak sambung sebab rasa bersalah ke, atau sebab kamu tahu Ukhti Fisa sakit ke, atau sebab lain? Jangan terbawak-bawak sangat dengan rasa bersalah tu. Makcik yakin pihak Ukhti Fisa dah maafkan kamu. Lagi satu jangan pulak kamu ambil keputusan tu sebab kesian dengan kesihatan dia. Jangan sebab simpati, kamu nakkan dia balik. Makcik yakin dia pun tak nak macam tu."
"Tapi kalau kamu buat keputusan itu sebab yakin yang kamu sesuai dengan dia, dan dia sesuai untuk kamu, keluarga kamu, dakwah kamu, anak-anak kamu nanti.., itulah yang sebaiknya", makcik mengakhiri kata-katanya.
"Ana faham makcik..", kata aku ringkas, sambil memandang tajam kat naqib aku. Aku still tak puas hati ngan dia.
"Ohya, makcik terlupa nak cakap satu lagi perkara. Ini pun penting..", tetiba makcik sambung. Aisshh, ade lagi rupenya. Baru nak settle down ngan naqib aku.
"Elok makcik beritahu situasi Ukhti Fisa sekarang..", sambung makcik.
"Pasal sakit dia tu ke makcik?", cepat-cepat aku balas. Semangat!
"Eh tak lah. Ada benda yang lebih penting dari tu", jawapan makcik buat aku suspen. Aku biarkan makcik sambung.
"Ada ikhwah lain yang 'minta' Ukhti Fisa", sambung makcik ringkas. Ringkas je, tapi aku betul-betul tak sangka benda tu. Arghhh, sape pulak nak potong line nihh??
"Sebenarnya, enta ikhwah kedua yang dipropose untuk Ukhti Fisa. Dulu yang first, ikhwah tu sendiri yang propose, tapi Ukhti Fisa yang tak mahu. Jadi ini yang ketiga, pun ikhwah tu sendiri propose, bukan dicadangkan la".
"Baru-baru ni je dia propose. Maklum la makcik jugak yang jadi orang tengahnya. Makcik rasa enta pun kenal sangat ikhwah tu. Tapi tak perlu la makcik beritahu siapa. Enta pun faham kan? Cuma bagi makcik, makcik nampak enta yang lebih sesuai dengan Ukhti Fisa. Tapi itu la, makcik tak pasti macamana keputusan di pihak Ukhti Fisa", sambung makcik lagi. Aku tak tahu nak rasa bangga atau frust!
Ah, rilek ah!
Hotak dia rilek!, kata aku bermonolog dalam hati. Ah, dah tak betul.
Astagfirullah.. Astagfirullaahal 'aziim.. Astagfirullaahal 'azim...
...............................................................................................................................................
(memandangkan pasni aku ade usrah sampai midnight, aku upload awal arini. | 241815.27.12_o)



1 comments
Ooo ingat nk upload dua kali hari ni.
ReplyDeleteni based on cite betul ke?? saje tanye