Umar balik kampung lagi. Kali ni sebab Raya Haji. Tapi itu sebab kedua. Sebab pertama adelah Umar baru dapat anak buah baru! Kakak Umar baru aje bersalin seminggu sebelum raya. Wah, Umar ade kakak rupenye..
Jadi bersemangat wajalah si Umar balik dari JB ngan menumpang kete member dia, Myvi SE wane hitam. Setelah hampir 14 jam di jalanan, diselimuti hujan dan kesesakan akhirnya mereka semua selamat sampi ke rumah masing2.. Alhamdulillah. Senarnya kete xleh bawak laju2 sebab bearing tayar belakang pecah. Part Umar yang bawak paling slow, sebab first time bawak kete tu.. X bese.. 110km/j aje.
Malam raya sampai, terus bukak PS3 main FIFA 2012 ngan abang dan adik dia, sampi kol 2 pagi. Ishk3 teruk la budak ni.
Esoknya.. Haa.. Nasib baik adik dia yang kejut Umar bangun Subuh. Biasa Umar yang kejutkan adik dia tu.. Wah, kagum kejap Umar dalam hati. Bersyukur2. Tapi sayangnya, Umar kembali tidur selepas itu, tanpa memikirkan ayahnya pasti marah sebab tidur lepas Subuh. Akhirnya, Umar ketiduran hingga jam 10 pagi. Wah lagi sekali! Teruknya kau. Mungkin ayahnya tak marah sebab fikirkan Umar yang mungkin masih kepenatan.
Kemudian hari kedua sekali lagi Umar bangun lambat. Kali ni lambat giler, sampai appointment pukul 11 pagi pun terlepas. So, bayangkanlah pukul berape dia bangun..
Teruk Umar hari tu, sebab kena marah ngan orang yang dia janji tu. Maklum la, hari bersejarah, once in your life. So, Umar patutnya kena faham la benda tu. Ishk3.. Dengan mata yang merah saga, Umar tetap menebalkan muka pegi jugak, tapi dah pukul 12. Ah, pegi je lah tunjuk muka (dan mata merah).
Esoknya, Umar dijadualkan kembali semula drive ke JB, tapi sayang plan terbatal dek ketiadaan kete member dia tu. Lalu berlakulah urusan mencari-cari tiket bas mahupun kete api untuk kembali ke JB. Bermula saat itulah, Umar merasakan kepulangannya itu sebagai sesuatu yang membebankan dan mennnnnyusahkan orang lain je.
Ayah Umar offer untuk carikan tiket. Dari situ Umar dah rasa bersalah. Kesian ayah dia.. Penat lagi, duit minyak lagi, duit tiket lagi.. Banyak tempat ayah dia pegi cari. Maklum la musim raya. Tiapa kali xde, ayah dia call. Bila dah x call, maksudnya dah dapat la tu.
Rupanya ayah Umar beli tiket bas tambahan ke KL. Kira lompat bas la tu. Sebab tade tiket terus ke JB. Itupun lepas tanyakan Umar, boleh ke x. Sian abah dia.
Pastu tiket tu mahal RM10 berbanding harga asal, maklum la bas tambahan. Ketika bas nak bergerak, ada kelam kabut sikit sebab orang ramai, bas cam x mencukupi. Jadi sume orang cam saspen dan bimbang tak dapat seat malam tu. So keadaan agak tegang sket antara driver2 bas ngan para bakal penumpang dan ibu bapa yang hantar, termasuk ibu ayah Umar. Masa tu Umar hanya diam aje. Rasa bersalah lagi. Kesian mak ayah dia. Dalam hati dia yakin, insyaAllah cukup je bas yang ada. Entahlah, Umar rasa camtu, jadi dia tak rasa bimbang. Lagipun bagi Umar, pakcik2 driver dah cuba cakap baik2 ngan orang2 yang menunggu. Cuma 2-3 driver aje yang cam ajak gadoh.
Akhirnya, Umar dapat gak naik bas dan bermulalah perjalanan Umar ke KL. Driver sorang aje. Sampai satu masa dah nak dekat area KL, driver dah ngantuk giler.. Bawah bas pun terhuyun hayan. Tapi Umar lagi la, bukan takat ngantuk, tapi memang tido mati trus. Langsung tak sedar pape. Sume di atas pun, penumpang lain yang citer masa berenti semayang Subuh. Wawawa.
Tapi lepas tu memang nampak driver ngantuk giler. Dia berentikan bas aje, terus tido! Erk, cuti semayang ea pakcik? Oooo, rupanya ramai jejaka dalam bas yang cuti semayang aritu. Aku hanya selemah hati nak tegur, tade kekuatan.. Huhu. Eh, aku plak, Umar la.
Ok, sekarang.. Jom relate ape hubungan artikel (la-sangat) ini dengan tajuk di atas?


2 comments
:( lets bygone be bygone.. and lets memory cherish ur day.. nevermind. SobbinG :'(
ReplyDelete:))
ReplyDelete