Baiklah mak..


Naz sejak tadi dah explain, dah citer suma kat mak dia. Dah lama pun mereka berborak dalam henfon.

Dan sekarang tiba giliran mak dia pulak untuk 'counter' segala hujah Naz tadi. Maklum la, ini bukan melibatkan perkara kecik. Tapi masa depan Nazrul jugak.

"Naz, mak faham perasaan kamu. Bukan kamu sorang je anak mak. Tu abang-abang, akak dulu suma sama je macam kamu sekarang ni. Benda ni biasa la bagi orang-orang muda cam kamu. Tapi macam yang mak cakap tadi la Naz, ni bukan benda main-main nak..", sambung mak ngan nada seyes.

"Kamu belajar pun belum habis lagi, mane nak cari duit banyak-banyak tu? Duit tu dah cukup ke? Ke cukup-cukup je?? Kalau ade duit lebih sekalipun, elok la kamu simpan je dulu. Buat perlaburan beli emas ke, masuk akaun Tabung Haji ke, SSPN ke, ESPN ke.. Mak bukan marah. Dan mak bukannya tak bagi. Tapi kalau tergesa-gesa cani, mak takut kamu yang susah nanti. Takut tak cukup duit, takut ganggu pelajaran", sambung mak ngan nada bimbang lak.

Melihat maknya sedang kehabisan hujah, cepat-cepat je Naz bingkas menjawab, "Naz faham mak, Naz tahu mak bimbangkan Naz.. Hehe. Tapi Naz dah fikir panjang, lama, dan semasak-masaknya. Naz pun dah berkali-kali wat solat Isteri.. Eh, maksud Naz, Istikharah! Haa.. (tersasul lak). Lagipun Naz dah beberapa kali contact, tanya-tanya ngan orang tu, mak. Naz yakin ngan keputusan Naz, mak.. Huuu."

"Hurmmmpp (nada mengeluh). Yela, macam mak cakap tadi, mak takleh halang. Suma terserah kat kamu..", kali ni mak bernada sedih pula.

"Tapi kalau kamu belum janji apa-apa lagi ngan dia, kalau boleh mak minta kamu cari yang dekat-dekat je.. Boleh? Tu je permintaan mak.", sambung mak ngan nada penuh pengharapan.

"Huhu, JB je mak.. Da dekat la tu", kata Naz.

"LOL. Dekat kamu cakap?? Naik kete pun mau 12 jam baru sampai, itu pun kalu tak jem! Maksud mak, bukan ape.. kalu cari yang dekat-dekat, kan senang? Lagipun mak takut yang JB tu mahal-mahal pulak. Maklum la, kat bandar. Cari aje yang dekat Kota Bharu ni. Mak rasa banyak je kot, cuba la kamu cari-cari dulu. Mane la tahu dapat yang lagi elok. Jadi kalu nanti nak berunding pun senang. Bahasa sama.. Hehe. Kalu esok lusa ada masalah, pun senang. Kalau nak hantar dia balik, puuuun senang!", kata mak ngan nada penuh yakin dan berpengalaman luas.

Lagipun, kalau boleh sebelum kamu pilih, sebelum ambik dia, nak jugak la mak tengok dulu dia macamana. Tanak bawak mak jumpa dulu ke?", kata mak dengan nada pertanyaan.

"Ye ye ye.. Baiklah, untuk mak, Naz cari yang Kota Bharu je nanti. Okeh? Lagipun takde la janji ape-ape lagi ngan orang tu. Tanya-tanya, usha-usha je aritu.", jawab Naz mengalah. Tapi itu bukanlah masalah besar bagi, asalkan hajatnya kesampaian!

"Baguih3.. Like this la my son, hehe", kata mak ngan nada sedikit berbahasa omputih.

"Hehe.. Ok la mak, nanti Sabtu depan Naz balik kampung okeh. Tapi sebelum tu Naz nak usha-usha, cari dulu yang Kota Bharu punyer. Pastu kita pegi tengok sesama, orait?", kata Naz gembira.

"Okeh, layaannn..", jawab mak ngan nada selamba.

..........................

Dan pada hari Sabtu, Naz balik kampung. Semata-mata kerana maknya. Kebetulan lak memang ada sorang ni - nak cari orang untuk... jual iPad 2 beliau.

Senarnya Naz dah lama giler berkenan kat iPad 2. Tambahan lak abang-abang dan akaknya suma ada iPad. Alhamdulillah sekarang baru cukup duit. Tapi Naz nak cari yang secon-hand je sebab murah sikit. Itu yang dia dok usha-usha sana-sini, nak cari orang yang nak jual iPad 2.

Jadi setelah berjumpa (Naz bawak mak dia sekali) ngan orang tu, nego punya nego, dan akhirnya proses jual beli iPad 2 tersebut pun berlaku. Mujur mak Naz pun berkenan.. Hehe. Alhamdulillah.. :)


p/s: iPad 2 tersebut telah diberi nama, Mia. (suka hati Naz la. haha)

230954.18.12_a

3 comments