Haha, femes kejap 'tagline' baru matlutfi90 tu - cari gitar haram, curi hati takpe.
Tapi cane pulak kalau 'tercuri' hati? Eh, tetiba lak ade orang datang bagitau yang dia dah tersuka kat anda, ape nak buat? Kononnya anda telah tercuri hatinya.. Adeh. Kesalahan tanpa niat tu. Jadi haruskah anda disabitkan kesalahan tersebut? Haruskah anda menerima 'hukumannya'?
Yela, mungkin bukan salah dia jugak. Sebab perasaan tu kadang2 memang pelik. Yang lagi pelik, bila anda nak 'bagi' semula hati dia, katanya itu sudah menjadi milik anda! Arr...
Duhai hawa yang aku hormati
Kau kata hatimu telah aku curi
Entahkan bila aku pun tak sedari
Ingin aku kembalikan, kau pula tak sudi.
Maafkan aku kerana perkara ini terjadi
Mungkin kerana perilakuku yang kau perhati
Menyebabkan kau tertarik dengan mudah sekali
Atau mungkin kerana hati tak dijaga dengan teliti?
Bukanlah aku tak sudi
Tetapi kerana belum masanya lagi
Malah aku turut berperang dalam diri
Kerana fitrah aku tetap seorang lelaki.
Ambillah semula hatimu, jagakan dengan baik sekali
Supaya takkan ada lagi yang dapat curi
Jagalah bukan untuk orang lain, tetapi bakal suami
Agar dia akan merasa diri begitu dihargai.
Gunung dikejar tak akan lari
Jika tetap ada jodoh nanti
Bermohon saja pada Ilahi
Semoga diperkenan apa yang dihajati.
p/s; ni citer orang lain ni. beliau citerkan, aku tolong tulis. wkeke.



5 comments
konon org lain punya... wah2222
ReplyDeletecari gitar tak haram la. curi gitar yg haram :p
ReplyDeleteberbekas..zuupp
ReplyDeleteEh, cane bleh salah eja nih... hahaha.
ReplyDeleteMNA, cuba bersangka baik sket.. haha.
ya Allah.
ReplyDeletebakpo duk sero keno batang hidung ni.. T___T
version terbalik jah.
hurm~