Baru tadi, sebuah rancangan kat TV1, sangat menarik jalan ceritanya.
Mengisahkan tentang 2 orang yang Allah pilih untuk dicabut nyawanya pada tempat, saat dan ketika yang sama. Apa yang menarik, salah seorang adalah orang kaya yang sentiasa hidup penuh kemewahan, hingga lupa pada tuntutan Allah. Ibadah wajib jauh dari menjadi rutin, malah bermegah-megah dengan sumbangan dermanya kepada sebuah masjid, yang dia sendiri tak pernah bersembahyang didalamnya. Dia yakin, selagi masjid itu 'hidup', itu sudah memadai baginya untuk memperoleh pahala yang melimpah ruah!
Ya benar, sumbangannya itu sangat besar. Mungkin sebahagian kos pembinaan masjid itu duit sumbangannya saja. Lalu bagi masyarakat biasa, sumbangan itu sangatlah besar dan hebat! Lalu merasa banggalah si kaya itu dengan pujian masyarakat. Namun sebenarnya, sumbangan itu sekadar 'duit lebihan' saja. Celah gigi saja. Langsung tidak menganggu aliran perbelanjaan bulanan mewahnya.
Persoalannya, adakah itu memadai?
Adakah seorang yang agak kecil pendapatannya, apabila menderma cuma RM5 untuk tabung masjid, sedangkan waktu itu dia cuma punya RM10, kecil nilai sumbangannya pada penilaian Allah? Ingatkah kita pada kisah Umar dan Abu Bakar? Nilai sumbangan siapakah yang lebih hebat?
Berbalik semula kepada salah seorang lagi yang meninggal dunia itu, iaitu pemandu peribadi kepada si kaya raya itu. Kehidupannya sangat sederhana. Tuntutan agama tak pernah diabai, malah pada kematian selalu diingatinya.
Hinggakan, saat hampir pada kematiannya, dia dapat rasakan. Dia tahu akan jasadnya akan berpisah dengan nyawa, suatu kapan saja lagi. Hinggakan dia dapat merasai Asarnya yang terakhir. Lalu berlipat kali gandalah ibadahnya, dan pengampunannya pada Allah. Siang malam, tanpa putus-putus, tanpa jemu-jemu. Kerana dia tahu kehidupan di akhirat lebih lama dari itu!
Namun, jauh berbeza dengan tuannya. Malang sekali, kemewahan dan kesenangan hidupnya telah mematikan hatinya, menenggelamkannya dalam lautan kemaksiatan. Setiap malamnya tak lekang dengan kelab malam dan minuman keras. Hingga saat kematiannya juga di dalam keadaan mabuk. Nauzubilahi minzaalik!

0 comments