Nobita baru dapat gaji ;p

Yeaayyyy setelah hampir sepurnama menjalani alam pekerjaan, akhirnya Nobita menerima gajinya yang pertama. Awal-awal lapor diri dulu, bos janji nak bagi RM serat je sebulan. Err, xpe la untuk permulaan..

Tapi bila dapat gaji, rupanya bos tambah lagi RM2 rat!!.. jadi la RM3 ratt. Punya la hepi Nobita. Bos dia kata itu sebagai hadiah sebab Nobita kelihatan saangat rajin dan bagus buat keje. Owh, Nobita memang x sangka bos siap puji lagi. Sebelum memang Nobita tak fikir pun pasal gaji. Tapi bila dah dapat lebih dari yang dijangka, mula la Nobita berangan-angan nak beli tu nak beli ni... Wuuu..

Akhirnya tersenarai la itu dan ini yang Nobita nak beli. Bukan ape pun, kasut futsal baru jer... Tapi,,

Baaru Nobita teringat, senarnya kalu boleh dia nak bagi sikit duit gaji kat mama dia - itu niat Nobita mula-mula dulu. Tapi dek kerana angan-angannya sudah melangit untuk beli kasut futsal tu. Malah Nobita tanak bagitau mama pun yang dia baru dapat gaji. "Nanti bulan depan la bagi kat mama", bisik hati Nobita.

Esoknya, on da way nak gi keje, motor Nobita tetiba lak merosakkan dirinya. "Aishhh, mase aku tade duit, tade lak meragam motor nih!!", marah Nobita dalam hati. Dipendekkan citer, maka melayanglah RM serat setengah... Fuhh, separuh gaji. Nampaknya memang tade harapan la Nobita nak beli kasut baruu.. Jadi lewat la pagi tu beliau sampai ofis.

Dipendekkan lagi citer, dalam sehari dua tu, sikit-sikit duit Nobita keluar. Topup la, makan la, duit minyak la.. Hari ketiga, tinggal RM50 jer baki. Aihh, Nobita pelik memikirkan cepatnya duit abis. Padahal tak nampak pun. Kalau abis beli kasut, at least nampak jugak..

RM50 tu, nampaknya tu je la duit poket Nobita sebulan nih... Ishkk.

Lalu terfikir la balik, dulu dia niat, kalau dapat gaji seratus, nak bagi kat mama dia separuh. Maknanya Nobita cuma ambik RM50 jer.. Dan sekarang, memang RM50 je dalam poket Nobita!! Wah??

Baru la Nobita sedar, rezeki itu milik Allah. Senarnya Allah sengaja nak uji Nobita andai diberikan rezeki yang lebih. Adakah Nobita akan bersyukur dan menunaikan niatnya, atau sebaliknya. Pelikkan? Patutnya kalau dapat lagi banyak dari yang dijangka, mesti la kagi senang nak bagi kat mama dia, kan? Tapi begitu la lumrah manusia..

Jadi kawan-kawan, ingatlah rezeki itu sesungguhnya milik Allah. Tak perlu bimbang andai rezeki berkurang, tak perlu pelik andai rezeki bertambah-tambah. Dan jangan lupa untuk bersedekah dan menderma. Psemoga rezeki yangkita dapat itu lebih pada nilai keberkatannya. Paling penting, raikanlah ibubapa kita dengan apa yang kita ada, walaupun nilainya tak seberapa. Bukan semata-mata ingin memberikan duit itu, tetapi lebih kepada memberi kebahagian dan kegembiraan kepada mereka. Percaya tak? ;p

231925.1.8_i

2 comments

  1. bagus la macam tu nobita
    apa-apa pun kito keno letok ibu ayah dulu nobita dalam apa jua keadaan.. jdkan pengajaran yer nobita.

    ReplyDelete