Surat cinta

Yup, surat cinta.. Antara kenangan pasti termanis sepanjang bercinta.

Pasti akan dibaca sepenuh hati, disimpan sebaik pasti. Lama-lama bila dibelek kembali, pasti senyuman menguntum berseri. Apatah lagi jika ianya kreatif dan berwarna-warni..

Yup, aku juga mahu menuliskan surat cinta seperti itu kepadamu. Nukilkan kata-kata seindah kumampu. Sedalam, seikhlas dari hatiku. Biar hatimu yang membacanya terpegun dan tersenyum sipu. Begitu juga aku, pasti ternanti-nanti balasan surat darimu. Apa yang akan kau tulis, apa yang terbuku dalam perasaanmu, apa yang kau inginku tahu.

Sememangnya hampir semua telah tersedia untukku tulis; secebis kertas yang indah dan wangi, sebatang pen dan pensel, dan sampul surat. Cuma... aku masih belum punya alamatmu. Dan aku masih belum punya setem lagi. Lalu bagaimanakah dapat suratku, nukilanku mampu hadir kepadamu?

Yup, mahu tak mahu, aku harus mendapatkan alamatmu. Dan susah tak susah, aku harus dapatkan setem itu.

Hahaha... memang aku kuat berangan. Kerana bukan mudah untuk kudapatkan setem itu. Kerana setem itu sebenarnya berupa sebuah ikatan perkahwinan. Memang bukan mudah, kan? Apatah lagi, aku pun masih belum punya alamatmu. Kerana aku masih belum menemui, siapakah kamu.. Hahah.

Justeru bersabarlah perasaan. surat cintaku pasti hadir menemuimu suatu hari nanti, setelah kutemui alamatmu, dan setelah kumiliki setem itu ;p


231747.16.8_e

0 comments