Kalau dibiarkan lama kotor

Tadi tertarik dengan satu perumpamaan yang ustaz kat tv9 bagi - tentang nafsu. Yela, bila bulan puasa ni, dikatakan syaitan dibelenggu, kan? Tapi kenapa kita masih 'berkeinginan buat dosa'.

Kalu ade orang yang langsung x terlintas tu, memang dewa ar, bukan manusia! X kesah la dosa amatur (kecik) atau profesinal (besar). Contohnya, malas nak gi masjid semayang jemaah (teett, tekena kat batang idung) ataupun dosa besar cam tak solat langsung ke, zina ke, minum arak ke. Ade je kan?

Lalu ustaz itu jawab dalam suatu bentuk perumpamaan; sebuah pinggan yang telah diguna. Sekiranya dibasuh segera, memang mudah la nak bersih. Tapi kalau dibiarkan lama kotor, seminggu, atau sebulan, atau lebih lama - agaknya kotoran tu bleh jadi melekatttt!, malah bertambah ngan kulat dan ape bagai lagi. Kalau nak basuh pun makin susah, mungkin juga tak bersih sepenuhnya.

Begitulah nafsu kita! Sepanjang tahun sekiranya 'diasuh' dengan dosa dan maksiat, tanpa 'dibasuh' dengan ibadah dan taubat - maka sangat melekattt la kotoran-kotoran tersebut.

Lalu setelah itu kita pun masuk bulan puasa dengan harapan untuk hanya beribadat, lupakan maksiat. Tapi rupanya susah, masih terngiang-ngiang untuk berbuat maksiat. Itulah kesan kotoran nafsu yang sekian lama tak dibersihkan.

Justeru, katanya, kita harus faham, walaupun betul niat kita untuk lipatgandakan ibadat pada bulan puasa, harus juga dihadirkan dengan persediaan ruh yang baik dan bersih. Agar tak akan dibelenggu dengan 'jeritan nafsu' berbanding 'bisikan hati' yang baik.

Kesimpulannya, ruh harus sentiasa dibasuh dengan taubat kerana seharian kita takkan lepas dari melakukkan maksiat. Wallahualam.

2 comments

  1. bakheet..mai la sini.. amik sayo.. temey soyo kelik.. hahaha sayo kelik sehari b4 rayo.. sorang2!

    ReplyDelete
  2. har har har.. sayo arini dok ngelah kijo.. ngeh3.. xdoh ore lasum ko denu?

    ReplyDelete