232355.29.3_e
Ada orang memang x tinggal solat
Siap berjemaah kat masjid kalau ada masa
Kadang-kadang je dia miss jemaah
Itu pun dia dah rasa rugi.
Ada orang memang x tinggal solat
Kadang-kadang je terlewat solat
Itu pun sebab dia ade keje
Tapi dia jarang berjemaah.. ok la, tapi rugi woo~
Ada orang memang x tinggal solat
Kalau keadaan senang dan bajunya bersih SAJE
Kalau susah sket, sakit sket, bizi sket.. dia pun x solat
Kerana baginya pekerjaan pun satu ibadah.. huh?
Ada orang memang x tinggal solat
Iaitu solat Jumaat dan hari raya SAJE
Kerana dia bimbang kalau x pegi 3 Jumaat
Nanti gelap hati.. oo takut ke?
Ada orang memang x tinggal solat
Semasa dia kecik dan mak dia selalu suruh
Tapi bila dah besar langsung tinggal solat
Bila kali terakhir dia solat pun dia lupa.. kot.
Err, kita yang mane satu?
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.."
“Amal pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain.” (Riwayat Tabrani)
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari alQuran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut:45)
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Toha:132)
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyang-(jenazah)-kan.."


0 comments