Bukan aku tak mahu dilamun cinta

Aku ingin bercinta
Ya, aku ingin bercinta!
Tapi aku selalu cuba
Cuba untuk tidak bercinta.

Bukan tak pernah aku jumpa
Gadis-gadis yang cantik mempersona
Hingga fikiran menerawang seketika
Membayangkan aku dan dia sedang bercinta.

Tapi selalu aku cuba
Cuba untuk tidak bercinta
Cuba untuk tidak memulakan apa-apa
Cuba untuk melayannya dengan biasa saja.

Bukan aku tak mahu gembira
Bila dapat melayan wanita penuh mesra
Dan bila dapat merasakan diri ini dimanja
Dengan kata-kata wanita penuh mempersona.

Bukan aku tak mahu dilamun cinta
Tapi kerana belum tentu aku yang menjadi suami dia
Dan aku tak mahu mencuri hak bakal suaminya
  Dan aku tak mahu terjadi pada bakal isteriku hal yang serupa. 


6 comments

  1. Dan aku tak mahu mencuri hak bakal suaminya
    Dan aku tak mahu terjadi pada bakal isteriku hal yang serupa.

    terbaik >_<

    ReplyDelete
  2. xpelah kheet.. i know one fine day u will find one; ur beloved isteri solehah~

    insyaAllah

    ReplyDelete