Showing posts with label Quran. Show all posts
Showing posts with label Quran. Show all posts
Kadang-kadang ketika kita agak melupakan Tuhan
Ketika kita solat ala-ala kadar, lewat-lewat selalu
Ketika kita langsung sibuk hingga lupakan Quran
Atau langsung tak solat, langsung tak baca Quran?
Tetapi ketika itu kita dilimpahkan dengan seribu nikmat
Malah dipermudahkan dalam setiap yang kita lakukan
Sehingga jauh di sudut hati, kita sebenarnya rasa tak layak pun!
Jauh di sudut hati rasa Allah tak perasan ke akan dosa-dosa kita?
Nikmat tetap nikmat, hakikatnya kita akan tenggelam kegembiraan jua
Akhirnya perasaan tak layak dan malu pada Allah tadi pun hilang
Dalam masa yang sama kita tetap cuba, untuk perbaiki iman dan amal
Kita tetap cuba untuk lebih dekatkan diri pada Allah
Dan bila iman seolah-olah sedang kuat, dan amal diperbaiki
Tiba-tiba satu demi satu ujian datang, besar atau kecil
Satu demi satu, dan kita cuba hadapi dengan sepenuh kesabaran
Namun semakin hari, ia membuatkan kita makin dan makin lemah
Hmmm, kenapa ya? Adakah ujian-ujian ini untuk menebus dosa-dosa dulu?
Yang ketika dulu Allah tahu kita mungkin tak mampu hadapinya?
Atau Dia tak mahu biarkan dosa kita dulu terkumpul dengan dosa akan datang?
Lalu ditimpa ujian-ujian yang sedikit ini untuk hapuskan dosa dulu?
Ya, aku yakin.. Ujian ini barangkali sedang buat aku jadi lemah.
Tapi inilah cabang kehidupan yang harus aku hadapi
Agar di kemudian hari aku akan lebih kuat dan tabah
Kerana di kemudian hari mungkin ujian lain pula yang menanti.
230035.25.1_e
jika sahabatmu masih kurang fasih berbicara omputih,
janganlah disuruhnya terus berdebat dengan mat saleh.
jika sahabatmu masih kurang lancar mengaji alQuran,
janganlah disuruhnya terus menghafaz alQuran.
jika sahabatmu masih tidak pandai menunggang sepertimu,
janganlah disuruhnya terus memboncengkan kamu.
jika sahabatmu masih jarang sembahyang fardhu,
janganlah disuruhnya terus mengimamkan kamu.
jika sahabatmu masih sedang bersedih murung,
janganlah disuruhnya terus ketawa berjenaka.
jika sahabatmu masih belum bertudung,
janganlah disuruhnya terus berpurdah melitup muka.
jika sahabatmu masih belum pandai berenang lagi,
janganlah disuruhnya terus menyeberangi lautan.
jika sahabatmu masih mencuba perbaiki diri,
janganlah disuruhnya terus sempurnakan semua amalan.
[sekadar renungan] Suatu pagi A ingin membaca alQuran. Selesai saja dibacanya 1 mukasurat, mahu diteruskan ke mukasurat seterusnya. Namun hatinya tiba2 menjadi sebak. Tanpa disedari, mulutnya terkumat-kumit mengucap istighfar.
A tak mampu menyambung bacaan alQuran sedang mulutnya terus beristigfar. Selama berbelas-belas minit, mulutnya bagaikan tak terkawal. Hampir saja dia menangis mengenangkan peristiwa itu.
Sahabatnya B mendekati A apabila mendapatinya sedang bersedih. Lalu A memberitahu, dia jarang sangat membaca alQuran. Hanya saja dicarinya alQuran ketika dirinya dalam kesusahan dan mahu mencari ketenangan.
Ketika diambil dan dibaca terus alQuran itu, mulutnya bagaikan merasa tersangat malu dan tak layak kerana sekian lama tak menyebutnya. Sedangkan hati mungkin tak menyedari hal itu. Mungkin kerana itulah mulutnya tak mampu meneruskan bacaan, sebaliknya terlebih dahulu beristigfar semahunya. Akhirnya hatinya juga sedar akan kesilapannya.. jauh dari alQuran.
pengajaran; jadikanlah alQuran itu temanmu dalam keadaan susah apatah lagi dalam keadaan senang. Semoga kisah benar ini dapat membuka hati kita..
ASTAGFIRULLAHAL'AZIM!
ASTAGFIRULLAHAL'AZIM!
ASTAGFIRULLAHAL'AZIM!!
Kita (er, saya..) selalu dengar lagu2. Tak kira la Melayu ke, omputeh ke. Winamp ke, youtube ke. Ulang, ulang, ulang.. sampai bleh 'teringat'.
Sebab;
1) pendek, lebih kurang 5 minit je.
2) berlagu, suara sedap.
3) kalau faham, lagi mudah ingat. (ntah2 bleh sedih siap kalu lirik sedih)
Jadi, saya dengan rendah diri nak cadang; apekata kita ubah kejap!
Kita bukak youtube tu, pastu cari lagu 'surah alQuran'.
Pastu;
1) cari surah/ayat yang pendek2 dulu.
2) jgn risau, suara mmg best, berlagu. (iA. x boring)
3) cari yang ada ayat + translation, bleh faham. (ntah2 bleh nangis)
Cuba ulang dengar, ulang, ulang, ulang... insyaAllah nanti akan terngiang2, dan terhafal. insyaAllah ;p
Contohnya, link ni;
http://www.youtube.com/watch?v=a0Y4PodNM9k
(surah Ibrahim, panjang sket, tapi suka dengar! terutama part last2)
Pastu jangan lupa selalu merujuk kepada ayat. i.e;
Mula2 ni kita dengar je dulu, tak ikut pun xpe. Tu pun da dapat pahala, kan?
ALLAHUAKBAR!!
Baru tadi adik perempuan aku yang skarang darjah 6 khatam alQuran, katanya dah kali kedua. Alhamdulillah.
Memang dia la yang paling cepat pandai mengaji. Sejak darjah 1 kot dah masuk Quran besar, dah lancar sangat. Sume berkat ma yang ajarkan tiap2 malam.. adik2 lain pun sama. Sekarang, selamba je dia boleh baca ngan lancar dan baik bacaan dia. Kalu tambah ngan berlagu, insyaAllah lebih best!
Teringat dulu, kalu tak silap masa tingkatan 1 baru aku sendiri dapat khatam wat kali pertama. Dan dalam sejarah adik-beradik, aku la yang paling lewat khatam Quran (macam dapat lesen kete jugak haha). Itupun masa tu masih terkedu-kedu aku baca. Seyes tersekat-sekat!
Tapi kat sekolah, setiap hari khamis akan ada bacaan Yasin dalam kelas. sume orang kena baca. Aku pulak memang tak tau baca. Boleh nak baca sampai abis. Tapi kalu orang lain boleh baca 10 minit, aku 30 minit pun belum tentu boleh abis! Masa tu ada kelas kat surau untuk pelajar yang takleh baca Yasin, tapi aku malu nak join. Last-last, aku gerakkan mulut seolah-olah sedang membaca, aku belek mukasurat bila orang lain belek (walaupun belum habis baca). Aku pun x ingat berapa lama aku wat camtu.
Tapi aku bukan tak usaha. Aku cuba perbaiki bacaan aku. Aku rasa malu sangat sebab aku tahu aku tipu diri sendiri. Aku kena improve. Aku tahu aku kena kerap membaca Quran baru lidah jadi terbiasa.
Tima kasih sangat2 pada classmate aku masa tu, Rajaie. Dalam satu hari kami borak-borak, ada kata-kata dia yang bersahaja, tapi sangat memberi kesan pada aku. Dia kata,
"Wak malu jah besa2 tok reti ngaji (Quran).."
Sejak dari itu aku melebihkan usaha aku, au ngaji sorang2 dalam bilik tiap2 malam lepas maghrib. Aku pastikan aku kena habiskan 3 helai setiap malam. Ada satu ketika sorang abang aku terserempak ngan aku tengah mengaji. Bila dia dengar bacaan aku tersekat-sekat, dia kata,
"Tok lancar lagi kit baco (Quran)?.." Urghhh!! lagi la aku terbakar.
Dan alhamdulillah, mungkin berkat kata-kata keramat kat atas tu, aku tetap luangkan masa untuk baca Quran. Walaupun tade guru yang mengajar, nasib baik aku tahu hukum sikit-sebanyak. Apa yang penting akau cuma perlu selalu baca.
Masih ingat, masa ujian PAFA tingkatan 3, bacaan aku masih lagi sangkut-sangkut. Bila dah meningkat naik ke tingkatan 5, alhamdulillah bacaan aku makin elok dan lancar. Baca surah Yasin dalam kelas pun dah laju! (selalu bersaing ngan member sape dulu habis haha).Dalam tempoh itu rasanya 3-4 kali aku sempat khatam Quran. Sepanjang itulah baru pelan-pelan baiki bacaan, makhraj, dsb.
Alhamdulillah, bila da masuk matrik, masuk U, saaangat penting untuk kita tahu mengaji Quran!
Mengikut pemerhatian aku, ramai orang nak dekat ngan masjid, nak join geng2 masjid. Tapi bila diajak mengaji bersama, mereka jadi malu. Yela, dah tua2 camtu kalu orang tahu kita tak tahu mengaji, mesti malu. Last2 diorang pun menjauhkan diri..
Wahai kawan2, berusahalah selagi ada hayat. Berusahalah walaupun kau sudah berumah tangga, sudah beranak pinak. Kelak kau akan merasa saangat rugi semakin lama kau menjauhkan diri. Sesungguhnya setanlah yang paling gembira jika kau berterusan menjauhkan diri dari menghampiri alQuran.

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.
POPULAR POSTS
Gadis Kedah
Categories
- Abah 5
- Abang 6
- Akhawat 2
- Aku 45
- AkudahpunmulakanBM 7
- Anak Yatim 1
- Awek Kedah 2
- Baju Kurung 4
- Cerita Betul 21
- Cerpen 41
- Cinta 5
- Comel 2
- Driver Bas 6
- gajet 6
- Hadith 2
- Hati 3
- Ikhwah 4
- Iman 1
- Jodoh 10
- Kahwin 7
- Kehidupan 44
- Kematian 2
- Lucu 4
- Mamat 3
- Mimpi 1
- Minta Pandangan 2
- Nasihat 39
- Nobita 8
- Palestin 2
- Quran 8
- Sajak 31
- Senibina 4
- Shared 2
- Sizuka 5
- Solat 2
- Sumbangan 1
- Tarbiyah 9
- Tentang Penulis 50
- Tudung 2
- Umar 3
- Usrah 2
- Video 3
- Wanita 10
- Wawa 3
Labels
Blog Archive
gallery
Tentang Penulis
Entry best (la sangat)
Aku
Nasihat
Nasihat