Setahun setengah

Tempoh setahun setengah bagi seseorang yang tak penah mengalami 'delay' dalam hidupnya, terasa sangat lama.
 
Setahun setengah tu kalu sambung Master, insyaAllah tinggal lagi satu sem je nak viva.
 
Setahun setengah tu kalu da keje, insyaAllah da lebih setahun mampu pakai Myvi. InsyaAllah da banyak tabungan (kalu tak addict ngan gajet lol). InsyaAllah da ade inisiatif ke arah memiliki rumah sendiri. InsyaAllah parents dan adik-adik da dapat merasa duit gaji kita. Malah, insyaAllah da sekali dua penah bertukar tempat keje. Atau at least punya intention untuk balik keje kat bumi kelahiran.
 
Setahun setengah itu kalau da kawin, insyaAllah da dapat sorang baby berusia 5-6 bulan atau lebih. InsyaAllah da dapat mengenali pasangan masing-masing dengan sangat mendalam. InsyaAllah da mengalami pelbagai liku suka-duka kehidupan berumahtangga. InsyaAllah da pernah terfikir tentang kawin 2. Erk! True story.
 
Tapi itu la, kita (er.. baca; saya) suka fikir yang hepi-hepi saja.. Sambung study la, atau kerja la, dan kawin la. Ta penah pun terbayang kalau la dalam tempoh setahun setengah tu diri ini da meninggal dunia!
 
Hmm, baru la terasa kembali untuk bersyukur sebab sehingga ke hari ini aku masih bernafas, dan sihat sepenuhnya. Bersyukur sangat-sangat, walau apapun situasi kita.. Asalkan masih hidup.

"Boleh jadi kamu membenci akan sesuatu, padahal ia amat baik bagimu..."


 

2 comments

  1. you see sir,

    kalau, or 'as if' kind of word would taunt you.
    Never think much, but still plan for future,
    strike for now...

    yes, I'm in the middle of delaying experience, but, let's accept it gracefully.

    May Allah bless you.

    Tak terkilan, jangan terkilan, HE always plan Best for us.

    ReplyDelete