![]() |
| kredit |
Perkongsian Ustaz Dr Jamnul Azhar Mulkan
Kuliyyah Subuh, Masjid Taman Universiti
24.8.13
P/s; Perkataan 'saya' dalam teks di bawah adalah merujuk kepada 'Ustaz'.
Pada tahun 2005, saya dipanggil untuk menghadiri suatu forum di UUM yang membawakan wakil2 daripada agama Hindu, Budhha, Kristian dan Islam. Semuanya bergelar ketua agama, saya seorang sahaja yg tidak - sekadar bergelar ustaz biasa.
Kawasan yg terbuka, dengan hadirin saya kira lebih 5 ribu orang. Dan saya ini pula ibarat mewakili agama Islam. Justeru saya bermohon kepada Allah agar dengan sekadar mana ilmu yang saya ada, dapatlah saya bercakap mewakili agama saya dengan baik. Saya bukanlah seorang yg arif dalam bidang perbandingan agama, kerana latar pendidikan saya di Mesir adalah perubatan. Justeru sebelum itu saya menjalankan sedikit research mengenai agama lain dan kitab2nya seperti Bible, Weda, dsb.
Pada hari berlangsungnya forum tersebut, setiap panel diberikan 10 minit untuk menceritakan tentang asas agama masing2. Sebagai panel pertama, saya menceritakan asas dalam agama Islam adalah Tauhid iaitu meyakini Tuhan itu satu yakni Allah. Disertakan juga dengan petikan surah al-Ikhlas.
Selesai ucapan saya, panel disebelah saya terus menyatakan 'bantahannya'. Beliau adalah Ketua Paderi Utara Semenanjung ketika itu, atau dipanggil 'Pastor'.
Kata Pastor tesebut, 'mana boleh Tuhan itu satu, Tuhan itu ada tiga! - iaitu Tuhan, anak tuhan (Jesus @ Nabi Isa), dan roh yang baik (holy spirit)'.
Lalu saya biarkan dia menyatakan hujahnya. Setelah selesai, saya tanyakan kembali padanya, 'kenapa kamu katakan Jesus itu anak Tuhan?'
Jawabnya, kerana lahirnya Jesus tanpa bapa. Miracle. Suci.
Lalu saya katakan padanya, 'cuba kamu lihat kelahiran Nabi Adam - bukan saja tak berbapa, malah tak ber-ibu pun!'. Lalu saya sebutkan terjemahan ayat ke 59 daripada surah Ali-Imran, iaitu;
“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka menjadilah ia.”
Pastor itu terdiam, tak mampu berkata apa-apa.
'Boleh saya tanya soalan kedua?', pinta saya.
'Boleh, silakan..', jawabnya. Lalu saya bertanya, apakah maksud sebenar istilah 'Kristian'?
Jawabnya, ia merujuk kepada seseorang yang menuruti kitab Bible sepenuhnya. Kemudian saya minta untuk bertanya lagi, 'adakah anda memakan daging babi?'
Jawabnya, ya.
Jawabnya, ya.
Lalu saya mengambil satu petikan kitab Bible sendiri iaitu mengenai larangan memakan babi. Ayat yang diberikan jelas menunjukkan bahawa kitab Bible sendiri menegah pengikutnya memakan daging babi, seperti dibawah; (Penulis terlupa nama Bible dan ayat yang diberikan ustaz).
Pastor itu terdiam lagi. Bagaimana pula dengan arak? Jawab Pastor itu, malah arak menjadi sebahagian daripada sarapannya. Lalu saya katakan, bukankan di dalam Bible juga terdapat ayat yang menegah pengikutnya meminum arak? Kenapa kamu tetap meminumnya?
Leviticus 11:7-8; And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you. You shall not eat any of their flesh, and you shall not touch their carcasses; they are unclean to you.
Pastor itu terdiam lagi. Bagaimana pula dengan arak? Jawab Pastor itu, malah arak menjadi sebahagian daripada sarapannya. Lalu saya katakan, bukankan di dalam Bible juga terdapat ayat yang menegah pengikutnya meminum arak? Kenapa kamu tetap meminumnya?
Pastor itu hanya tertunduk.
'Baiklah, saya ada soalan terakhir.. Tetapi saya tahu anda takkan dapat menjawabnya', kata saya.
Pastor itu agak tergamam. Dia menjawab, 'bagaimana anda tahu saya tak mampu menjawabnya??' Saya tersenyum.
Sebenarnya, saya pernah berpeluang bertemu dengan Pope Benedict di Vatican City, Italy. Pada kesempatan tersebut saya sempat bertanya soalan tersebut kepadanya. Dan saya yakin bahawa Pastor ini juga akan memberikan jawapan yang sama!
'Baiklah, anda meyakini bahawa Jesus akan turun kali kedua (second revelation) bukan?', tanya saya. Beliau menjawab ya.
'Untuk apa? Why?', soalan saya padanya.
Dengan mudah Pastor itu menjawab, 'untuk melengkapkan ajaran Kristian'. Ya, benar jangkaan saya. Dan itulah juga jawapan sama yang diberikan oleh Pope Benedict dulu.
'Jadi maksud anda, agama Kristian sekarang ini belum lengkapkah?', 'tembak' saya lagi. Pastor tersebut tak dapat menjawab. Tiba-tiba salah seorang penonton berdiri. Dia memperkenalkan dirinya - seorang penganut Kristian daripada bangsa Kadazan, Sabah.
Kemudian dia berkata kepada Pastor tersebut dengan nada yang agak tinggi, 'anda tahu tak jawapan kepada soalan Ustaz tadi??' Jawab Pastor, 'saya tak tahu'.
Balas penonton tadi, 'kalau tak tahu jangan jawab!'.
Kemudian penonton itu beralih kepada saya. Katanya, 'Ustaz, now is your turn to answer your question'. Jawab saya, 'baiklah'.
(Bersambung..)



0 comments