![]() |
| kredit |
Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, 'Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, 'Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?' Nabi menjawab, 'Ibumu!' Dan orang tersebut kembali bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi SAW menjawab, 'Ibumu'. Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?' Rasulullah SAW menjawab, 'Ibumu'. Orang tersebut bertanya lagi, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi SAW menjawab, 'Kemudian Ayahmu'.
(HR. Bukhari no.5971 dan Muslim no.2548)
Ehem.. Sebuah hadith sahih yang cukup menjelaskan tentang kemuliaan dan martabat ibu dan ayah bagi setiap yang bergelar anak. Begitu juga sebuah hadith yang membawa maksud syurga itu berada dibawah telapak kaki ibu.
Juga, sebuah kisah seorang sahabat Rasulullah SAW yang datang menemui dan meminta keizinan Baginda untuk turut berjihad.
Rasulullah SAW bertanya kepadanya, 'adakah kamu telah meminta izin ibumu?' Sabahat tersebut menjawab, 'tidak ya Rasulullah'. Lalu berkata Baginda SAW, 'maka pulanglah untuk berbakti kepada ibumu'.Lebih kurang seperti itulah isi kandungan hadith tersebut. Baru semalam seorang ustaz ada perdengarkan hadith ini tapi saya tak ingat sanadnya yang tepat.
Tinggikan martabat seorang ibu? Juga seorang ayah. Saya terasa untuk menulis tentang perkara ini apabila melihatkan ada sahabat saya yang 'ada problem sket' dengan ibu atau ayah masing-masing. Justeru pada hujah dan tutur ceritanya, bagaikan tiada rasa hormat terhadap ibu atau ayahnya. Saya kaget.
Ya, mungkin saya dan kebanyakan orang lain sangat beruntung apabila punya mak dan ayah yang betul-betul 'macam mak dan ayah'. Maknanya mereka menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu dan ayah dengan baik sekali, penuh kasih-sayang terhadap anak-anaknya. Segala keperluan anak-anak sentiasa cuba dipenuhi. Ditambah pula dengan kemampuan yang mengizinkan. Hatta kasih sayang dan perhatian tak pernah berbelah bagi. Paling penting, bekalan ilmu agama dan pendidikan menjadi keutamaan mereka.
Yup, bersyukur..
Namun dalam masa yang sama, tetap ada sebahagian kecil sahabat kita yang lebih disayangi Allah apabila mereka diuji dengan ibu atau bapa yang kurang bertanggungjawab atau langsung lari daripada tanggungjawabnya. Mungkin disebabkan kekangan kewangan, mungkin juga disebabkan memang begitu sikapnya.
Justeru si anak menjadi kurang hormat kepada ibu atau bapanya itu, apatah lagi mahu mendengar kata-kata mereka.
Saya sedar, mungkin bukanlah saya ini paling layak untuk menasihatkan sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik ini. Kerana saya mungkin takkan mampu memahami situasi dan perasaan mereka.
Tetapi secara jelas, saya dapat melihat musibah dan ujian yang dihadapi mereka. Dan saya sangat yakin ia berkait dengan cara mereka melayan ibu dan ayah masing-masing. Apa yang dilarang oleh si ibu walaupun kelihatan remeh, dilakukan juga. Lalu satu demi satu kesulitan yang dia hadapi. Mungkin dia belum sedar, itulah natijahnya membelakangkan kata-kata seorang ibu. Saya hanya mampu memerhati dan simpati.
Saya tak mahu berkongsi apakah kisah yang saya lihat, atau kisah yang mereka sendiri ceritakan kepada saya. Rasanya eloklah ia menjadi peringatan buat saya saja. Cuma yang mampu tuliskan di sini, which is sesuatu yang tak mampu saya lafazkan sendiri pada sahabat saya - no matter how bad are them, they are still our parents! Apatah lagi, kalau ibu bapa kita itu sebenarnya taklah teruk sangat. Tapi sebab diri kita yang kurang bersyukur, kita sukar untuk menerima kekurangan ibubapa masing-masing.
Bro, they are humans too!
Lastly, redha Allah terletak pada redha ibubapa kita bro.
Seyesly, rasa nak sound direct aje kat kau - be grateful la sikit! At least kita masih ada mak ayah.
Sebelum penulisan ni bertukar menjadi lebih emo, saya berhenti kat sini dulu.
Astagfirullahal 'azim...



0 comments