Aku dah pun mulakan BM - Ep. 6

Kami berbicara sekadar itu. Aku dan naqib balik dan kami janji nak jumpa semula. Tapi dia bagi aku masa 2 3 hari dulu, baru jumpa. Sebelum tu, dia cadangkan supaya kami tak bincang apa-apa.

Jadi sementara itu aku ambil peluang untuk fikir balik dan buat solat istikharah.

Owh, banyak yang berlegar-legar dalam fikiran. Tentang Fisa, tentang Iman.. Mane satu nii? Kenapa aku nak sangat kat Iman? Yup, dia lagi comel dari Fisa. Sorry Fisa, ni pendapat peribadi je. Tapi dari segi dakwah dan tarbiyah, Fisa sangat hebat. Pastu dia la yang tarik Iman ikut usrah dulu.

Lelaki harus lebih matang,
Jangan terikut seperti perempuan,
Ikut fikiran bukan perasaan,
Perlu fikirkan jauh ke hadapan.

Aku kena ambil kira sume benda, terutamanya masa depan. Takleh nak ikut hati dan perasaan saja. Ikutkan kecomelan, bukan tahan lama pun. Taapi.. Iman sangat comel kot! Arghh!

Ok petanda-petanda istikharah makin jelas.. Dan aku istikharah lagi.

Ni bas Mutiara ye, tade laluan JB-KL pun lagi. Saje promote ;)

Aku call Sham minta jumpa dan minta nasihat. Tapi dia kat KL sekarang. TAPII, aku dah tak tahu nak share ngan sape. Borak dalam phone je tak feel lah. So hari tu jugak aku gerak KL naik bas Causeway Link. Tade kelas pun, maklum la final year (extend) studentSo tade masalah la.

Bila sampai TBS, aku naik komuter ke stesen Gombak. Kat situ dah nak dekat ngan rumah Sham. So takde la menyusahkan dia sangat. Bila jumpa dia aje, dia gelak kat aku. Siot tol.

"Ngahaha.. Semangat seyh ko! Nasib baik tak gi Ipoh jumpa Abang Idan.. Haha", kata Sham.

"Haha.. Nak kena marah ngan dia ke ape? Takut ah, tak bagitahu dia pun lagi. Kalu aku cakap dah lama berBM pun mesti dia marah sebab tak bagitau awal-awal, inikan pulak kalu bagitau pasal krisis (la sangat) ni. Hooi.. Tak berani dowh", jawab aku.

Sebenarnya Abang Idan ni senior kitorang. Dulu sebelum dia grad, dia la tempat kami mengadu nasib dan masalah.. Ewah. Bukan kami aje, ikhwah-ikhwah lain pun sama. Sebab itu la, Abang Idan ni dah macam 'server UTM' dah. Semua rahsia pasal ikhwah dia tahu.. Terutama tentang urusan BM masing-masing. Huahua. Sayang Abang Idan! Ok dah.

Sham citer, dia tak berani nak nasihat lebey-lebey. Maklum la dia pun bujang lagi. Tapi dia mengaku, kalau dia yang ada kat tempat aku, dia pun pening. Tu laa, buat masalah lagi.. Hoho. Tapi kata Sham, banyak jugak dia dengar kes macam aku yang putus BM tengah jalan ni. Macam-macam sebab la, tapi biasanya memang dari pihak lelaki (ikhwah).

Dia lebih prefer aku ikut kata hati. Jangan buat keputusan sebab nak jaga perasaan orang sangat. Paling penting aku terus istikharah, katanya.

Lega sikit. At least aku dapat share kat seseorang. Pfuuuhh~

"Kau sendiri da start blum BM Sham?", aku tanya dia.

"Ahaha.. Den kan dah ponah bagitau hang dulu. Tengok la acane nanti..", jawab Sham dengan semua loghat dia campur. Maklum la kecik-kecik dulu kuat sangat berpindah.. Haha.

"Yela.. Aku tunggu. Ahaha", kata aku.

.................................................................................................................................................................

Aku tak stay lama kat KL. Nak buat apa? Esoknya aku balik JB semula, dengan keputusan yang hampir-hampir dah ada. Dan last check point adelah, naqib aku! Kami jumpa pada hari lusanya. Hari tu Jumaat, kami jumpa untuk sarapan sekali. Sebab, time camtu biasanya dia tak garang sangat.. Uhuhaha!

"Haa, cane? Dah buat keputusan?"

"Emm, yup!"

"Jap, sebelum tu ana nak tanya, dah berapa kali enta buat istikharah ni?"

"Erm, entoh.. Tapi lebih 5 6 kali gak la.."

"Hmmm.. Ok, dan keputusannya?"

"Ana nak sambung dengan Fisa"

"........."

"Kenapa enta senyap?"

"Takde pape. Keputusan enta tu sama ngan prediction ana.. Hehe."

"Jadi?"

"Jadi sebelum tu, ana nak tanya - dulu masa nak minta putus enta ada nyatakan beberapa sebab kan? Memang betul ke sebab-sebab tu sume, atau ada sebab lain?"

Alamak! Mahu tak mahu, kali ni aku kena berlaku jujur ngan dia. Aku kena citer semuanya sejak awal sampai sekarang. Kalu nanti dia nak marah pun, marah la..

"Senarnya ana mintak putus ngan Fisa dulu sebab ana ada orang lain. Akhawat jugak. Er, akhawat baru.. Ana suka kat dia dan ana nak propose dia as zaujah (isteri)", aku berterus-terang. Naqib hanya dengar tanpa sebarang respon.

Melihat dia masih senyap, aku sambung je, "nama akhawat baru tu, Iman.. Imanina. Dia junior ana, sama kos. Kebetulan, dia anak usrah Fisa. Fisa yang approach dia dulu".

Kali ni naqib aku nampak terkejut.

"Masa decide nak process BM ngan Fisa, ana belum tahu yang Iman tu dah ikut usrah. Bila tahu, itu yang ana minta putus ngan Fisa", jelas aku lagi.

"Fuhhh~ Kejam betul enta", respon naqib aku spontan. Aku hanya mampu tundukkan kepala.

"Jadi sekarang kalau nak proceed ngan Ukhti Fisa, Iman tu macamana?", tanya naqib.

"Itu yang ana minta dalam istikharah. Nampaknya ana lebih berat pada Fisa. Lagipun ana tak penah cakap atau janji apa-apa pun kat Iman", jawab aku yakin.

"Tapi sape yang enta lagi suka senarnya ni?", ishhkk tak abis lagi soalan dia.

"Ana dah buat keputusan, dan keputusannya adalah Fisa!", balas aku walaupun tak menjawab soalan. Kali ni naqib aku tiada soalan lanjutan. Nasib baik..

"Akhi, kalau itulah cerita enta, ana faham kondisi enta. Tak pelik pun akhi.. Fitrah kan? Dan ana gembira dengan keputusan yang enta buat. Nanti kita cuba aturkan pertemuan ngan pihak Ukhti Fisa dan kita bincang semula. Cuma, apa-apapun keputusan diorang, enta kena terima seadanya la okeh?", katanya.

Sambungnya lagi, "akhawat bukannya barang mainan yang boleh kita pilih bila kita nak, tolak bila kita taknak.. Diorang pun ada perasaan jugak akhi. Senarnya dah beberapa ada kali la kes camni dulu.. Kesian akhawat.."

"Ok.. Ana faham", jawab aku. Nasib baik dia tak marah.

...............................................................................................................................................................

Akhirnya pada suatu malam kami dapat jugak berjumpa - aku, Fisa, naqib naqibah masing-masing, dan Makcik Naisah.

Aku pun tak sure kenapa Fisa boleh setuju untuk jumpa aku. Adekah maksudnya dia setuju untuk sambung balik? Tapi takpe lah, lepas ni tanya.

"Bismillahirrahmaanirrahiim.. Assalamualaikum wbt., alhamdulillah.. bla bla bla..", Makcik Naisah memulakan bicara. Makcik citer la sikit tentang hikmah Baitul Muslim dan perkara-perkara berkaitan. Tapi cam biasa la, aku tak pay attention sangat pun. Dalam fikiran dok ada benda lain. Sorry makcik!

"Jadi sekarang elok makcik serahkan kat antum berdua untuk bincang..", makcik mengakhiri khutbah beliau.

"Hah?", respon aku spontan. Makcik Naisah cuma tersenyum. Rasa awkward moment lak.

"Ohya sebelum tu, makcik dah bagitahu kan kat Ukhti Fiss.. Ukhti Nafisah tentang permintaan ana tu kan?", aku tanya makcik dengan gelabah. Dah la depan-depan Fisa sendiri. Lol.

"Haah iye, makcik dah cakapkan.. Sekarang enta boleh tanyakan sendiri apa keputusan Ukhti Nafisah", jawab makcik sambil tersenyum dan ibu jarinya diarahkan kepada Fisa. Ah, cuak lak rasa!

"Owh.. Ok", balas aku sedikit lega.

Sambil berselawat dalam hati aku mulakan bicara, "Erm, enti.. Pertama-tamanya, ana nak minta maaf lagi sekali pasal ana putuskan ikatan kita tempoh hari. Memang kondisi ana masa tu yang dorong ana buat keputusan tersebut, tapi ana mengaku yang ana tak fikir benda tu masak-masak. Ana minta maaf".

"Tak apa, insyaAllah ada hikmahnya..", jawab Fisa selang beberapa ketika.

"Okeeeyyy.. Ermm.. Jadii..", aku teragak-agak untuk tanya soalan seterusnya.

"Okeh! Jadi enti setuju ke kalau ana nak minta disambung semula Baitul Muslim.., kita...", akhirnya aku mampu juga tanya.

Kali ni Fisa diam lama. Aku rasa makin cuak. Tak sedap hati pun ada. Aku alihkan pandangan kat orang lain  yang ada di sekeliling kami - naqib aku, naqibah Fisa dan Makcik Naisah. Aku tak pasti pada raut wajah mereka membayangkan mereka dah tahu keputusan Fisa, atau belum sama cam aku.

"Akhi Umar, ana minta maaf. Ana tak dapat sambung semula dengan enta...", jawab Fisa.

Ya Allah, jujur aku tak expect jawapan tu dari mulut dia. Dari mulut dia sendiri! Kalu makcik Naisah atau orang lain yang cakap, aku mungkin takkan percaya.

Aku rasa blur. Muka dah merah padam. Tak tahu nak respon cane.


.................................................................................................................................................
(nantikan sambung episod terakhir, esok! | 240524.28.12_m)

6 comments

  1. yes!! stuju dgn fisa... sakit hati dgn si umar ni. main2 plak dia. haha

    ReplyDelete
  2. malam ni la last.. ending sedey.

    ReplyDelete
  3. Penat dah ni menunggu dan terus menunggu...mgkin fisa sakit...hahahaha suspen sokmo

    ReplyDelete
  4. ahaaaaa.. nantikey pukul 12 male nii.. huhe.

    ReplyDelete