Dah hampir setahun Wawa kenal Mamat, baru Wawa tahu yang Mamat senarnya dah ada awek. Cuma bukan budak UTM jugak. Mengikut sumber yang dipercayai, diorang kenal sejak zaman sekolah lagi. Cuma terpisah bila masing-masing masuk universiti lain. Tapi still berhubung dan mula kapel sejak tahun pertama Mamat masuk universiti. Mamat dulu masuk matrik dulu, awek dia terus masuk diploma kat UiTM Shah Alam. Sekarang awek dia tu buat degree, tapi sama kos ngan Mamat.
Hmmm.. Jauh dalam hati Wawa pasrah aje la. Ingatkan Mamat lain dari lelaki lain, rupanya ade kapel jugak. Ehmmpp, tak ape lah.. Biar la dia.
Wawa jugak dah mula terjebak ngan usrah. Dia pun tak sedar sejak bila dia mula suka dengan usrah. Lagipun yang mula-mula ajak Wawa join usrah dulu pun senior kos dia jugak, sama batch dengan Mamat. Alhamdulillah, dari situ Wawa dapat belajar Quran dengan lebih baik, tafsir, sirah, pastu bincang macam-macam isu agama dan semasa dalam usrah. Sesuatu yang tak semua orang dapat kat universiti. Maklum la, masing-masing buat hal masing-masing. Mana la ade orang nak ambil berat dan tanyakan kita ni dah solat ke belum, dah mengaji ke belum.. Alhamdulillah dalam usrah, semua tu ada. Wawa rasa rapat dan suka sangat bila dapat bersama-sama geng usrah dia.
Jadi pelan-pelan Wawa mula mengubah penampilan dia. Dulu dia tak pakai stokin, sekarang dah mula pakai. Tudung dia pun dah terlabuh sikit. Pastu dulu Wawa suka pakai seluar track ngan T-shirt je kalau setakat nak keluar pegi makan kat arked. Tapi sekarang dia dah mula pakai baju yang labuh sikit a.k.a. baju muslimah. Alhamdulillah..
Lama-kelamaan jugak, Wawa mula sedar yang kapel-kapel ni tak boleh dalam Islam. Sebab ia seolah-olah mendekati maksiat yang lebih berat iaitu zina. Dalam usrah Wawa dapat tahu kapel bukanlah satu-satu jalan untuk cari pasangan hidup. Ada cara yang jauh lebih indah dan baik, iaitu Baitul Muslim.. Perghh, indahnya Islam.
Wawa bersyukur sangat sebab dia dah 'diselamatkan'. Kalau ikutkan nalurinya sebagai wanita biasa, dia pun teringin sangat nak ada pakwe macam kebanyakan member-member dia. So nanti ada orang yang tolong ambil berat pasal dia, hari-hari tanyakan kabar, hari-hari bergayut dan habiskan kredit henpon dia.. Dan macam-macam lagi. Lagipun Wawa bukannya tak cantik, beliau comel kot.
Jadi Wawa mula menjaga pergaulan dia ngan budak-budak laki terutama cosmate dia. Pakaiannya pun makin lama makin sedap mata memandang. Dah la pandai mengaji.. Untung sape dapat.
Sekarang dah masuk tahun 3 untuk Wawa, dan Mamat dah masuk tahun akhir. Mamat pun perasan jugak akan perubahan sikit-sikit Wawa tu. Tapi macam biasa, dia buat donno je. Cuma dia langsung tak sedar yang senarnya Wawa masih ada baki perasaan kat dia. Wawa pulak sedar yang calon terbaik untuk menjadi suaminya adalah seorang yang join usrah jugak supaya masing-masing dapat memahami dan saling membantu. Tapi hatinya tak mampu menipu, perasaan kat Mamat masih belum pudar semuanya. Namun setiap kali jugak la Wawa cuba menafikan pada diri sendiri.

3 comments
da abes ke citer ni?
ReplyDeleteade.. baru smbung :)
ReplyDeletehttp://tuahmohdbakheet.blogspot.com/2012/07/aku-pun-tak-sebaik-abang-iii.html
ReplyDelete