Apa pendapat anda tentang bertudung? Wajib...? Kenapa ye?
Owh, kerana ia telah ditetapkan oleh syariat Islam. Atau lebih tepat, telah ditetapkan oleh Pencipta kita yakni Allah SWT.
Agaknya apa pula pandangan wanita sendiri tentang bertudung..
Ikutan? Hak peribadi? Dirinya kurang sesuai bertudung? Rimas?
Saya faham sebilangan wanita berpendapat seperti di atas. Namun saya yakin bahawa jauh di sudut hati anda, tetap tidak menafikan bahawa bertudung adalah tuntutan Islam yang jelas.
Cuma, sayangnya anda mungkin dilahirkan/membesar dalam suasana yang tidak menekankan tentang bertudung. Cuma, sayangnya anda mungkin belum memahami sepenuhnya mengapa perlu bertudung. Cuma, sayangnya anda mungkin belum punya kekuatan untuk bertudung.
Jadi mengapa perlu bertudung? Ianya bukan semata-mata untuk menutupi rambutmu yang cantik itu. Tetapi juga untuk menutupi tengkuk dan bahagian atas tubuh kita agar tidak kelihatan bentuknya. Kenapa? Kerana ianya terlalu mudah untuk menarik perhatian lelaki.
Jadi Allah menetapkan wanita untuk bertudung dan menutupi aurat adalah semata-mata untuk menjaga dan melindungi wanita itu sendiri, baik dari segi fizikal mahupun harga dirinya. Cantikkan garis panduan Islam? :)
Menjaga dan melindungi daripada siapa ya? Daripada kaum lelaki!
Jika anda belum tidak bertudung kerana bimbang akan pandangan lelaki, jom kita tengok apakah hakikat pandangan lelaki pula;
1. Tipu la kalau ada lelaki yang kata; tak suka tengok wanita.. Terutamanya yang tidak menutup aurat, berpakaian ketat dan seksi.
2. Tipu la kalau ada lelaki kata; tak suka wanita berpakaian seperti artis-artis di kaca TV dan sebagainya.
3. Tipu la kalau lelaki kata; tidak terganggu pun bila melihat wanita berpakaian tidak menutup aurat.
4. Tipu la kalau lelaki kata; takde rasa nak pegi tegur atau mengorat atau nak sentuh wanita yang seksi itu.. Wahh.
Opss.. Tapi itulah hakikat lelaki. Janganlah kita menyalahkan lelaki pula atau kata lelaki-lelaki ini lemah imannya.. Haha. Kerana itulah fitrah lelaki. Cuba tanya lelaki, kalau mereka nak mengaku la!
Dan wanita pula memang mahukan perhatian lelaki, bukan? Jadi perlulah berpakaian seperti di atas? Owh tidak..
1. Kesiannya wanita yang tidak menutup aurat dan seksi, kerana menjadi perhatian dan tontonan nakal para lelaki. Owh, tidak tingginya harga dirimu.
2. Kesiannya wanita tersebut kerana anda sedang menaburkan dosa-dosa kepada lelaki yang memerhati, dan dosa terkumpul kepada diri anda sendiri.
3. Kesiannya wanita tersebut kerana semua kecantikan dan keistimewaannya telah dipertontonkan pada ramai lelaki. Manakah ada lagi baki yang tersimpan utnuk bakal suaminya?
4. Kesiannya wanita tersebut kerana membuatkan para lelaki yang lemah sedang imanya akan berfikir dan berimaginasi nakal. Itulah perkara yang menghampiri zina. Atau perkara lebih teruk seperti beronani, atau yang paling ultimate, rogol dan zina.. Semudah itu sahaja.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [Al-Isra':32]
Bukan itu caranya. Bukan itu satu-satunya cara untuk kelihatan cantik. Baiklah, jika tadi adalah pandangan lelaki secara umumnya, jom kita lihat apakah sebenarnya yang ada jaaaaauh di sudut hati SEMUA lelaki;
1. Walau seteruk manapun lelaki, dia akan tetap menghormati dan memandang tinggi akan wanita yang bertudung dan menutup aurat dengan baik.
2. Walau seteruk manapun lelaki, dia akan menundukkan pandangan setelah terlihat dan memuji dalam hati akan kecantikan dan keindahan wanita yang menutup auratnya dengan baik.
3. Walau seteruk manapun lelaki, dia tidak akan sewenang-wenangnya menghampiri atau menyentuh wanita akan menutup auratnya dengan baik.
4. Walau seteruk manapun lelaki, dia tetap mahukan wanita yang baik dan pada fizikalnya menutupi aurat dengan baik sebagai bakal ibu kepada anak-anaknya nanti.
Oleh itu, golongan wanita yang manakah anda ingin tergolong?
A. Wanita yang cantik pada mata tetapi rendah martabatnya.
B. Wanita yang cantik pada mata dan tinggi martabatnya.
Buat wanita-wanita, cantik itu ada pelbagai tafsiran. Anda masih boleh kelihatan cantik dengan bertudung dan menutup aurat dengan baik. Malah anda mungkin LEBIH CANTIK dan selesa tatkata mengenakan pemakaian tersebut. Yang paling penting adalah keindahan dan ketinggian harga diri anda :)



0 comments