Aku nak kawin ngan akhawat II

Aku cam terkelu jap. Aku recall balik waktu nak fly dulu, rasanya memang tak jumpa Amni pun.

Mira sambung lagi, "Masa kau nak fly dulu, Amni dapat tahu. Tapi dia tak tahu jam berapa flight kau. Nak tanya kat kau memang dia segan ah. So dari pagi saaaaampai petang dia tunggu kat airport nu. Flight kau petang kan masa tu?"

"Haah", jawab aku ringkas.

Pastu Mira sambung balik, "Haa, kan? Tapi bila Amni nampak je kelibat kau ngan family sampai airport, terus dia blah! Dia kata tetiba dia rasa tak kuat untuk jumpa kau."

Pffuuuhhhh!! Seyes rasa tak caye.. "Mane kau tahu Mira sume ni?", aku tanyakan kepastian.

"Owh, aku baca kat paper Metro semalam..", jawab Mira.

"Hah! Ape?", aku terkejut.

"Slow la kau nih! Kate ngaji overseas.. Aku gurau aje la. Takkan la ada kat paper.. Aku kan kawan baik dia. Dari dulu sampai skarang kitorang keep-in-touch kot. Sume benda pasal kau dia citer kat aku", kata Mira.

"Habis tu Amni cane skarang?

"Cane ape?"

"Alaaa, ishk.. Dia still suka aku ke? Atau dia ada balak lain ke?"

"Ohoho.. Stakat ni dah takde."

"Takde ape? Takde perasaan dah kat aku?"

"Lol la kau ni, takde balak laaa..."

"Ooooo.. Sebelum ni ade ea?"

"Ade, tapi bukan balak la. Cuma pilihan parent dia. Tapi last-last dia tolak.. Baru je."

"Ooooo..."

"Tapi skarang aku tak sure la cane perasaan Amni kat kau. Dah lame gak dia tak sebut pasal kau."

"Sejak bila?"

"Lame dah.. Sejak dia join usrah."

Tetiba aku tersentak bila Mira sebut perkataan usrah. Patut la Amni pakai tudung cam labuh skarang. Sebenarnya aku cam tak suka ngan usrah ni. Aku tahu usrah tu ape, sebab masa kat UK pun ade orang approach aku ajak masuk usrah. Tapi aku cam tak masuk je ngan geng-geng diorang tu. Kejap ajak gi sana, kejap gi sini. Lagi-lagi kalu hujung minggu.. Ntah pape, baik dok bilik rehat.

Tapi sejak balik Malaysia, aku ada kenal ngan sorang mamat ni. Engineer jugak. Kebetulan nama dia sama ngan aku, Hisham gak. Dia ade citer yang dia pun join usrah.

So, sedikit sebanyak aku tahu la usrah tu ape. Yang laki diorang panggil ikhwah, yang pompuan akhawat. Then Hisham penah citer, biasanya geng usrah ni akan kawin sesama diorang gak, bila masing-masing dah ready. Alasan nape kawin sesama diorang? Hisham cakap sebab kita dah nampak geng akhawat ni cane - dari segi kefahaman agama, pemakaian, pergaulan, hormat orang tua, kepimpinan, dan macam-macam lagi yang mungkin tade pada wanita-wanita lain. Same goes to geng-geng ikhwah. Jadi, kalau dah tahu camtu, baik pilih sesama diorang, kan? Itu je.

Jadi memang tade istilah kapel-kapel dalam geng-geng usrah ni. Sebab bila dah sampai masa sesuai, baru masing-masing mula bincang untuk kawin. Itu pun ngan ada pertolongan orang tengah, biasanya yang dah kawin dan berpengalaman. Ni sume Hisham la citer. Kagum jugak aku dengar.

Jadi jauh di sudut hari aku rasa, mungkin sekarang aku dah tade pape kot di hati Amni. Mesti dia pun inginkan seorang yang bergelar 'ikhwah' untuk jadi bakal suami dia nanti.

"Weh!! Lame bebenor kau mengelamun.. Pegi UK balik ke?", tetiba suara Mira menghentikan 'flashback' aku. Hampeh tol kau Mira.

"Eh Mira, kalau aku nak jumpa dia.. Cane?"

"Laa, tadi kan kau kata ada hantar dia ngan mak dia balik rumah? Siap tahu tempat keje dia kot.."

"Lol, memang aku tahu rumah dia katne, tapi tanak la jumpa kat rumah.."

"Apsal, kau nak bagitahu ape kat dia?"

"Ishkk.. Ade la.. Kau bleh tolong tak?"

"Cani la, aku bagi nombor fon dia.. Pastu pepandai la kau."

"Ya Allah!! Aku lupa daaa.. Aku dah ada nombor fon dia.. Hahahampeh!"

"Haha, klakor la kau ni Sham.."

"Hehe.. Apapun tenkiu dowh sebab kau da bongkarkan rahsia nih.. Haha."

"Gelak plak kau. Aku punya la cuak nak citer.. Tapi tade hal lah, lagipun Amni yang bagi kebenaran. Puas aku pujuk dia semalam. Bagi aku, at least kau tahu benda ni sume. Kalau tak, bila lagi.. Tapi dia pesan kat aku, jangan lak tanya apa perasaan kau kat dia. Dia segan sangat. Sekurang-kurangnya kau tahu tentang perasaan dia pun, dah memadai", kata Mira yang mengakhiri perbualan kitorang.

Lepas tahu sume ni, aku tak terus hubungi Amni.. Takut. Aku call Hisham, ajak keluar minum kopi. Nasib baik dia on je. Bila jumpa, aku citer je suma kat dia. Aku selesa borak ngan dia. Lagipun aku rasa dia boleh dipercayai, walaupun agak baru kami kenal.

"Sham, kalu akhawat memang akan kawin ngan ikhwah je ea?", aku mula tanya.

"Tak jugak senarnya, ade je yang kawin bukan ikhwah akhwat.. Biasanya sebab pilihan family atau yang memang dah lama suka..", jawab Sham.

"Kalu cam kes aku ni, let's say la aku bagitau Amni tu yang aku nak mempres.. mempresis.. (alamak, apehal tetiba tersasul nih?) MEMPERISTERIKAN!!" Tetiba aku tinggikan suara sket. Tergelak je si Sham.. Aku pun last-last gelak jugak.

"Hahaha.. Nak sebut memperisterikan pun salah.. Angau ke ape?", kata Sham.

"Ngahaha.. Bukan ape Sham, senarnya masa zaman sekolah dulu aku memang minat kat Amni tu. Cuma aku letak tepi je perasaan tu sebab abang aku selalu pesan, jangan gatal nak bercintan-cintan masa sekolah. So aku buat-buat bese-bese aje la. Pastu masa study UK, penah gak aku kapel skali. Tapi frust tengah-tengah jalan. Frust sampai tanak kapel lepas tu.

Then bila terserempak ngan Amni kat hospital tempoh hari, perasaan suka dulu tu datang balik. Tambahan pulak ngan cara pemakaian dia.. Kalu nak compare ngan pakaian gadis-gadis lain zaman skarang, memang menyejukkan mata memandang la kan?

Tapi tak sangka pulak dia pun suka kat aku dulu. Aku memang tak tipu, sampai skarang seyes rasa cam tak percaya! Tapi bila dapat tahu dia join usrah, aku rasa cam tak layak la pulak Sham..", akhirnya aku luahkan gak apa yang terbuku dalam hati.

Kata Hisham, "alaa.. tak semestinya bukan ikhwah tu kurang baik, kan? Kau pun ape kurangnya. Lagipun belum tanya belum tahu, kan? Ce tanya, ce tanya dulu..

"Nape Sham tak ajak aku join usrah ek? Senarnya itu yang tunggu dari tadi", bisik aku dalam hati.

"Takpe la Sham, nanti aku cuba tanya Amni dulu..", kata aku.

"Wokeh..", jawab Hisham ringkas.

Dipendekkan citer, aku call dan jumpa Amni lepas tu. Dan Mira pun ada sebagai peneman. Depan Mira, aku pun citer perasaan aku kat Amni sejak zaman sekolah lagi. Dia sangat terkezut. Mira pun.

Aku tanya dia, possible tak kalu aku masuk meminang dia? Dia tunduk je. Aku tanya lagi, possible tak kalau parents aku jumpa parents dia? Kali ni dia angguk.. Yeah!!

Bla bla bla bla bla (fast forwarding.. penulis dah ngantuk ni) Bulan 9 lepas raya puasa, kami akhirnya kawin jugak.. Yeayy, alhamdulillah. Kata Amni lepas akad nikah, dia memang tak sangka ada jugak jodoh antara kami. Amni fikir bila nampak aku kat airport 6 tahun lepas, itu la last jumpa aku. Dan akhirnya arini, jadi husband dia.. Huhu.

Dan alhamdulillah jugak, aku pun dah slow-slow ikut usrah. Hampeh punya Sham, nak jugak aku dulu yang tanya, baru dia ajak. Katanya nak tengok kesungguhan aku.. Haha.

So kawan2, doakan aku bahagia.. Okeh! Thanks :)



[p/s; citer ni mostly kisah benar, cuma bukan kisah penulis. dan ada 'add-on' sket. kepada tuan punya kisah benar ni sekiranya anda berdua terbaca, mohon kebenaran ya.. apapun, melalui citer ni penulis senarnya ada sumthing nak luahkan. tapi bukan literally. apa yang baik itu datang dari Allah.. wallah'alam.]

sori la kali ni tade sajak sebab penulis da ngantuk haha.

5 comments