Aku dah sangkut kat sorang awek Kedah


Puas dah aku pujuk mak, tapi mak dah tanak dengar lagi. Katanya dia tetap ngan pendirian dia. Mak kata permintaan dia bukan susah sangat pun, cuma nak menantu orang Kelantan je. Bukan suruh cari anak sultan atau jutawan.

Hmm.. Nak wat cane, aku dah sangkut kat sorang awek Kedah ni. Cantik.. Sedap mata aku pandang. Sangkut sangat2, ibarat ikan tercucuk mata kail. Kalu nak buang, ya Allah sangat menyeksakan dan mungkin bleh mati!

Yela, takla sampai rasa nak mati. Saje tipu. Tapi seyesly menyeksakan la bagi aku. Baru nak bermimpi-mimpi yang indah dan membahagiakan. Walaupun aku ngan dia tak la cam orang lain berkapel. Tak penah pun kuar skali, ape lagi makan skali, tengok wayang skali, mahupun beli prepaid skali. Abis kapel amende camtu?

Eh mane ade cakap kapel.. Senarnya ada orang tengah yang kenalkan kitorang dulu. Pastu aku cam berkenan. So aku tanya la awek tu dah berpunya atau dah di 'reserved' ke belum? Dan jawapannya belum, yeah alhamdulillah. Aku pun minta nak jumpa dia, nak kenal. Dan lepas pertemuan tu aku solat istikharah. Akhirnya aku tulis surat, aku confess yang aku sukakan dia. Aku nak lamar dia. Minta dia jawab.. Tak kisah la seminggu ke, seminggu 2 hari ke.. Aku tunggu. Lagipun masing-masing dah tak lama nak graduate.

Lepas seminggu jugak, baru dia jawab balik. Fuhh!! Bimbangnya aku Allah je la yang tahu. Sepanjang seminggu itu jugak la aku selalu wat solat hajat. Mungkin itu hikmahnya. Mohon dipermudahkan dan diberi keputusan yang terbaik. Yang terbaik belum tentu TERIMA kan? Hanya Allah yang tahu, aku redha.

Dan alhamdulillah, keputusannya dia TERIMA.

Dan aku balas lagi surat tu, aku tanya apa perancangan dia lepas study. Nak sambung Master ke, nak keje dulu ke.. Planning nak kawin bila. Pastu aku tanya juga tentang family dia.

Ohya, surat-surat ni sume dihantar oleh orang tengah tadi. Jangan risau, boleh dipercayai! Senarnya boleh je jumpa. Budak Kedah tu pun ada tanya nape tanak jumpa je, senang sket bincang. Tapi saja je aku nak 'dokumentasikan' sume perbincangan kami sebelum bernikah. Handwriting lagi! E-mail pun tanak.. Hehe. Biar ia menjadi kenangan nanti.. Ngeh3. Lagipun, aku nilai dia berdasarkan cara penulisan dia gak (peliknya aku). Dan aku suka cara dia. Tapi dalam surat-surat tu kami jaga juga batas. Ayat sume straight to the point.. Tade bunga-bunga, tade pantun-pantun. Bimbang nanti ke lain lak nanti.

Jadi, begitulah hubungan kami. Perasaan sayang tu dah ada, cuma tak diluahkan dalam surat. Lek luuu, simpan luuu.. Haha.

Tapi aku akui, aku dah buat satu kesilapan besar. Aku terlupa dan aku terbelakangkan ibubapa bila buat keputusan ni dulu. Dan sekarang aku seolah-olah 'sekadar memberitahu' saja kat diorang. Jadi ibubapa mana yang tak kecik hati, kan? Makin merumitkan keadaan, mak tanak rupanya orang jauh. So camtu la situasinya.

Aku cuba memberitahu mak dulu, sebaik mungkin. InsyaAllah kalu mak OK, abah pun OK. Aku pun balik kampung terus, tanak just call saje. Pastu kat rumah aku wat rajin-rajin yang terlampau - aku basuh pinggan sebelum adik pompuan aku basuhkan, aku kemas laman rumah, aku jemur lipat kain baju, aku buang habuk kat kipas, aku mop toilet, aku basuh longkang (kecik), dan juga basuh kete abah. Pastu kena marah sebab abes basah lencun lantai porch.. Hmm, kantoi sebelum ni tak penah buat. Ngan kasut abah pun basah. Haha tak perasan lak. Tu yang kena marah. Hadoiii.

Akhirnya suatu pagi yang dingin dan dirasakan sesuai, sambil bersarapan, aku pun bagitau mak.. Aku citer panjang lebar. Pastu lama gak mak diam. Dia tahu aku seyes, aku tak gurau kali ni (sebelum ni acap gak gurau-gurau pasal ni).

Dan sadisnya, jawapan mak adalah seperti kat perenggan atas sekali nu.. Huhu. Mak kata, kan mak dah 'warning' dulu.. Nape still jugak cari orang jauh-jauh?

Yup, mak dah bagitau awal-awal lagi senarnya. Mak bukan ape, kakak2 ipar aku pun ada yang negeri lain. Bila ada cuti ke, bila raya ke, kejap je diorang balik kampung. Paling-paling pun 2 hari walaupun cuti senarnya seminggu. Pastu balik negeri diorang. Itu je yang mak macam sedih. Jadi kalu cari isteri yang dekat-dekat, harapnya kerap la nanti kami balik kampung. Itu je harapan mak.

Teruk kan aku??? Yup walaupun itu sekadar kebarangkalian, tapi apa salahnya raikan mak hanya untuk itu? At least dia gembira.

Cuti yang sepatutnya 2 hari, jadi 4 hari. Tapi dah tak rajin cam sebelum ni la (nampak sangat tak ikhlas.. ngee). At first aku kecik hati gak ngan mak sebab dia tegas kali ni. Aku tak kuar bilik, aku ambil masa, aku fikir balik sejauh-jauhnya. Senarnya tak rugi sangat pun kalu tak jadi ngan awek Kedah tu, kan? Mungkin bukan dia jodoh aku. Lagipun bukannya aku penah ucap I Luv U kat dia. Belum tabur apa-apa janji pun, cuma sekadar perancangan dan harapan.

Akhirnya dengan berat hati, aku tulis juga surat terakhir untuk dia. Aku yakin dia faham dan boleh terima. InsyaAllah jodoh dia ngan orang lain yang lebih baik dan koman2 pun, tak kurus cam aku.. Wawawa (wat lucu nak cover kesedihan ni).

So, tunggu aje la lain kali lak kalu ada calon yang lain. Aku tanak tergesa-gesa. Lek2 luu.. Mak pun alhamdulillah gembira ngan keputusan aku, walaupun aku perasan ada bibit-bibit kesian dan serba salah pada air wajahnya - kesian kat aku. Mak kot, mesti la sedih tengok kita sedih. Tak ape la mak, mungkin ade hikmah. Aku tahu mak buat sume ni untuk kebaikan aku jugak.

Kurang seminggu selepas tu, mak call aku. Mak tanya, cane jawapan budak Kedah tu, dia redha ke?

Aku katakan, belum ada reply lagi. Mungkin dia frush lagi. "Tak jadi kawin ngan orang hensem kot, mesti frust jap..", aku bagitau kat mak. Mak gelak je.. Haha.

Tetiba mak sambung, "cani la, kalu nak juga, mak setuju saja.. sian pulak mak bila mak fikirkan korang.."

Zzzzuupppp!!! Seyes aku kaget. Terkejut.

Mak tak terus minta jawapan aku. Dia pun tahu aku tengah blur. Dia minta fikirkan saja dulu. Pastu tak lama lepas mak letak fon, kawan aku yang orang tengah tu datang bilik - dia bawakan surat budak Kedah tu. Cepat je aku koyakkan dan baca (sebelum ni punya la bukak elok2.. huhu).

Assalamualaikum dan ke hadapan saudara,
Telah saya baca tulisanmu yang penuh ringkas itu
Walau ringkas, sungguh agak lama untuk saya terima
Maaf kerana saya pun cuma insan biasa sepertimu
Terasa berat untuk menerima apa yang dibaca 

Saudaraku,
Saya akui saya teramat bersyukur dan terharu
Ketika dulu saudara nyatakan hasrat mulanya
Lelaki sepertimu, siapa yang tidak mahu
Apatah lagi saya, cuma wanita biasa saja  

Maafkan saya ambil masa untuk membalas semula
Untuk tenangkan dan yakinkan hati
Mujurlah selama ini perhubungan kita terjaga
Tiada apa untuk berkecil hati. 

Saya fahami dan saya memujuk diri
Untuk terima semuanya sebagai ujian
Ujian berat yang belum pernah saya hadapi
Saya tahu ada yang lebih baik disediakan Tuhan 

Akhir sekali, saya doakan yang terbaik untukmu
Kerana untuk ibu pun telah kamu korbankan
Sesungguhnya besar apa yang kamu lakukan itu
InsyaAllah akan diganjari dan diganti yang lebih sepadan. 


Pffuu!! Berpantun lak dia ni.. Aduhai, cane ni ya Allah?

Mak dah tarik balik kenyataan dia. Tapi budak Kedah ni pun dah katakan dia redha. Walaupun kedua-duanya berat hati untuk nyatakan senarnya. Dan sekarang terserah bulat-bulat pada aku.

Cane ek?


p/s: ini adalah kisah benar.. benar-benar tipu.

9 comments

  1. haha jeng koing saem aku soghe nih..

    ReplyDelete
  2. kheet, parah je pesen nyor... Hoih!

    ReplyDelete
  3. abe wan kiter; haha, kawe tengoh masuk air.. kakaka.

    cik jey; haha, jange la cayo. tulis doh tu kea - nipu cito tipu jah bele2 puah.

    ReplyDelete
  4. baru nok frust..tp mace sumgoh je..jeng3

    ReplyDelete
  5. klau dop cayo, acu telepom ma.. haha.

    ReplyDelete
  6. baru dengar2 ada org sana nk buat majlis...

    ReplyDelete
  7. adoi~ hahaha~ tergelak aku baca... :))

    ReplyDelete
  8. aritu azie ado save dlm hp mimi..tp hp tu punoh..iley no ma..huhu nok tepon sgt ke ma nanyo2 kaba tp tkut jd lain..senyap jah la kito..huu

    ReplyDelete