Aku dah sangkut kat sorang awek Kedah II

Keterangan gambar atau photo div>
Lama jugak aku senyap.. Aku tak bagi jawapan kat mak, aku pun tak bagi jawapan kat budak Kedah tu. Sepanjang masa aku bukan fikir pun senarnya. Fikiran aku kosong.. Tapi tipu la kalu tak rasa pape. Rasa kesian, rasa sayang sume ada. Cuma biar la dulu. 

Sebenarnya perasaan serba salah yang buatkan aku tanak fikir. Kesian kat budak Kedah tu, kesian kat diri aku sendiri, dan paling kesian adalah kat mak. Walaupun akhirnya dia bagi green light, tapi aku faham mak tu cane orangnya. Dia selalu akan mengalah, sebab mak mudah kesiankan orang. Dulu pun waktu abang sulung kawin orang Pahang, mak awalnya tak setuju. Tapi last-last dia mengalah jugak. 

Hmm.. Suatu hari mak call lagi. Kali ni mak just nak tanya khabar je. Katanya bimbang sebab aku lama tak call. Akhirnya masa tu aku bagitau mak, "mak, orang dah tade pape ngan budak Kedah tu. Orang dah buat keputusan, dia pun dah terima".

Mak diam, tak cakap pape. Aku senarnya takde niat pun nak cakap camtu. Tapi itu la keputusan yang selalu bermain dalam fikiran. Jadi baik cakap aje la kat mak. Mesti dia gembira dalam hati, kan?

Suatu hari yang lain, aku dapat sepucuk surat baru dari budak Kedah tu. Terkezut jugak.. Dan aku tertanya-tanya ape la isi kandungan surat bersampul hijau ni. Kebetulan kawan aku bagi surat tu time nak start satu meeting, ngan excitednya. So terpaksa simpan la dulu. Hampeh tol, kalu ye pun bagi la lepas meeting! Punya la rasa gelabah sepanjang meeting sejam lebih tu. Dah la meeting aku yang lead, then budak Kedah tu pun ada sama dalam meeting.. Lol. Nasib baik dia wat muka innocent dan tak pandang kat aku.. Huhu. Kalu tak mesti aku akan lagi rasa bersalah. Masa tu hanya kami berempat (termasuk wife kawan aku - dia da kawin daa) je yang tahu.

Akhirnya abis meeting, aku dapat baca gak surat tu. Lorh.. Ingatkan ape, rupanya dia nak propose sorang member dia kat aku. Katanya member kamceng, baik sangat, dan paling penting budak Kelantan!

Aduhai, aku pun kenal budak Kelantan ni. Bese-bese je (ceh, demand lak). Tapi tetiba rasa serba salah lak, budak Kedah ni sanggup offer member dia kat aku. Cam yakin bebenor je dia yang aku ni baik sangat. Padehal...

Kemudian aku terus balas surat dia. Tapi kali ni just by pesanan lisan je. Aku minta kawan aku ni -> wife dia -> budak tu yang aku hargai apa yang dia buat. Cuma aku tanak fikir lagi tentang perkara tu. Aku berterima kasih dan minta maaf sekali lagi atas apa yang berlaku. That's it!

Dan lebih 6 bulan berlalu.. Aku pun dah abis study, dah nak konvo ni.

Waktu aku konvo, alhamdulillah mak abah suma dapat datang. Adik beradik yang lain pun ada jugak. Meriah la.. Haha. Tapi ada sesuatu yang aku tak sangka berlaku - masa petang kitorang suma tengah tunggu masuk Maghrib kat masjid, mak citer yang dia terjumpa sorang budak pompuan masa nak amik makanan petang tadi. Mak beria-ria citer budak tu cantik, manis je, baik sangat, sopan, pakaian labuh.. Bla bla bla.. Macam-macam.

Aku pun cam.. "Oooo, biasa la tu mak budak U". Dalam hati aku senarnya yakin mesti orang yang mak citer tu budak Kelantan. Ntah-ntah ni trick mak, padahal dah memang kenal budak tu. Ntah-ntah anak kawan mak.. Pastu nak keneng-keneng ngan aku.. Haha. Jauhnya andaian aku. Aku mengiakan je ape yang mak citer, bersemangat bebenor dia.

Kemudian lepas semayang jamak qasar Maghrib Isyak sume (dah nak bertolak balik kampung ni), mak panggil aku. Aku pun pegi la ke arah mak. Ada seseorang sebelah dia, aku sangka adik aku kot. Jadi aku tak tengok sangat.

Tapi alangkah terkezutnya (ni sangat-sangat terkejut!!, Allah je la yang tau dalam hati aku) bila aku perasan yang sebelah mak tu seseorang yang pernah aku kenal dulu... Budak Kedah tu! Haah, betul la memang dia pun konvo skali.. Ish aku tak teringat pun.

"Haa, ni la budaknya yang mak citer tadi," selamba je mak memperkenalkan dia.

Aku pun dapat baca air muka budak Kedah tu, cam terkejut giler jugak. Mungkin dia pun macam tak percaya akan diperkenalkan oleh mak aku kepada aku. Padahal 6 bulan dulu, sepatutnya aku yang perkenalkan dia dekat mak (argh aku pun pening). Hahaha, sungguh aku rasa kelako masa tu.. Dan speechless!

"Kebetulan jumpa lagi masa solat tadi, kamu kenal ke?", mak sambung lagi tanpa rasa bersalah. Malu lak aku dibuatnya. Nampak mak cam suka sangat je kat budak ni. 

"Ape la yang ko dah buat kat mak aku ni?", bisik hati kecik aku. Dan dalam masa yang sama gak, aku dapat rasakan kuntuman-kuntuman bunga disekeliling bagaikan mahu tersenyum pada aku.. Haha. "HARAPAN MUNCUL SEMULA!!!", itu la yang sedang aku jeritkan dalam hati. Dan aku yakin budak Kedah tu perasan senyuman yang terukir di bibir aku (eww ayat novel plak).. Hoho.

Dan ngan penuh yakin, aku kumpulkan seluruh kekuatan untuk beritahu mak...

"Mak, inilah budak Kedah dulu yang orang....", perlahan-lahan je aku bagitau mak. Tapi tetiba tak tau cane nak sambung. Pada masa yang sama budak tu pun masih membisu. Masih kaget kot.

Tapi aku rasa mak dah faham apa yang aku cuba bagitau. Mak cuma tersenyum.. Dan tetiba mak peluk budak tu! Erk!! 

Haha, kelakar aku tengok gelagat dia bila kena peluk. Mesti dia pun tak sangka. Aku sendiri pun tak sangka. Cuma aku yakin, itu menandakan mak memang sukakan dia.

Kemudian mak tanya budak tu, datang konvo ni ngan mak ayah ke? Mak nak jumpa kenal ngan diorang. Lalu dalam keadaan masih terkejut ngan muka merah tu, dia pun bawa la mak aku pegi jumpa parent dia, dalam masjid jugak. Aku pun terpinga-pinga ditinggalkan sesorang. Takkan nak follow kot! Owh lupa, SUJUD SYUKUR!

Ya Allah, betapa bersyukurnya aku.. Tak sangka sangat masih ada titik yang akan menemukan kami. Seyesly!

[Penat ah dok tulis budak Kedah, budak Kedah je..] Ok la, nama tak sebenar budak tu adalah Nisa.

Akhirnya weekend tu kami sekeluarga pi Kedah (dah stat loghat Kedah nampaknya.. haha), dan berlangsung la urusan peminangan antara kami. Tapi simple-simple je la. "Kedah pun Kedah laaa", kata mak aku. Haha. InsyaAllah kurang 3 bulan tunang, kami akan dinikahkan juaaaa.. Weehhuuu!!

Lepas majlis tunang setel, mak aku bagi sepucuk surat.. Dari Nisa. Mak kata, Nisa pesan suruh baca nanti sampai kat Kelantan.. Amboih, queen control nampak? Haha.

Assalamualaikum dan ke hadapan saudaraku,
Dulu kita pernah bertemu dan merancang
Untuk disatukan namun sayang terhalang
Hari ini tanpa dirancang dan kita tertemu
Dan bakal disatukan bila sampai waktu 
Sungguh hati ini kecewa ketika dulu
Rasa kehilangan hanya Tuhan yang tahu
Merasakan memang sudah tiada kemungkinan
Untuk bertemu lagi apatah pula impikan perkahwinan 
Namun impian tak pernah mati
Yakin pada Allah tak pernah terhenti
Selalu dipanjatkan doa pada Dia pemilik hati
Agar diberikan yang tebaik akhirnya nanti 
Alhamdulillah, yang Allah berikan rupanya masih dirimu
Sungguh tidak terduga, sangka bukan kamu jodohku
Alhamdulillah, sungguh tiada yang mustahil bagiNya
Akhirnya dipertemukan dan dibukakan hati ibumu untuk menerima 
Sesungguhnya ikatan ini adalah anugerah Tuhan
Namun ia juga merupakan suatu ujian
Semoga kita menghargai dan dan menjaganya sebaik pasti
Dijauhkan dari terlupa batas dan terlupa diri  
Sekadar inilah yang ingin dibicarakan
Biar surat ini menjadi yang terakhir sebelum kita disatukan
Jadi saya mohon tidak dibalas surat ini
Selagi tiada keperluan, biarlah tiada berhubung lagi
Fuhh!! Memang budak ni kaki novelllah!

Tapi aku faham apa yang dia nak sampaikan - tak perlu berhubung sepanjang pertunangan ni. Adoi, sampai 6 rangkap pantun nak explain.. Hohoho.

Jadi insyaAllah, kami akan sama-sama jaga hubungan ini. Dan bila kawin nanti, insyaAllah kami akan buat yang terbaik dan termampu untuk kedua-dua belah keluarga.. Mudah-mudahan. Maklum la Kota Bharu - Baling.. Huhu.

Jadi uols, nantikan pengumuman kawin kami ye.. So bleh la PM aku, nanti aku hantar kad jemputan! Haha.


p/s: ini adalah sambungan... sambungan tipu.

8 comments