Aku hanya mampu mendengar

Umar merasakan dirinya masih jauh untuk mendirikan rumah tangga. Jauh dari segi persediaan dan kelayakan. Lantas dia merasakan tak perlu pun terburu-buru untuk mencari calon isteri - dan hatinya juga tak tergerak ke arah itu. Ketika ini perasaannya juga tidak menjurus atau cenderung kepada mana-mana wanita. Sekadar dianggap kenalan biasa.

Namun akhir-akhir ini tekanan mulai mengganggu pendirian Umar. Tekanan datang dari beberapa pihak termasuk ibunya sendiri. Tekanan itu bukanlah berbentuk apa pun, cuma mengemukakan cadangan seseorang untuk dijadikan calon isteri.

Cuma cadangan, bukanlah arahan. Semuanya masih terserah bulat-bulat kepada Umar. Namun beliau agak sedikit terganggu ngan proposal tu sume. Terutamanya proposal dari ibunya sendiri. Sedaya upaya Umar mahu memberikan jawapan yang paaaaaling menyenangkan. Namun selalunya Umar hanya mampu diam atau buat-buat ketawa, seterusnya menukar topik perbualan.

Entahlah. Umar bukan sebulat-bulatnya mahu menolak. Cuma bagi dirinya, waktu masih belum sesuai. Umar cuma tak mahu terlalu memikirkan tentang calon isteri lagi buat masa ni. Tapi beliau tak cakap pulak camtu kat ibunya.. Hoho.

.......

Hmm.. Sian gak bila Umar citerkan benda ni kat aku. Dan aku hanya mampu mendengar.. Uhuhuk~

0 comments