Bukan selamanya tak layak


Mama: Nobita, mesti kamu nak calon isteri yang baik, solehah.. kan?
Nobita: Nak.. Tapi Nobita rasa cam tak layak je untuk orang pompuan yang baik2.. Huhu.
Mama: Em.. Bagus la kalu fikir camtu. Rupanya sedar diri jugak anak mama ni.. :)
Nobita: Aik? Nobita ni teruk sangat ke mama? Wuwuwu~

Mama: Tak la teruk sangat.. Tapi bagus la kalu Nobita rasa diri tu tak cukup layak lagi. Jadi, layakkanlah diri anda! Sebab tak layak arini, bukan bermaksud selamanya tak layak. Kita ni manusia, fitrahnya tetap mampu berubah jadi lebih baik, walaupun tak semudah untuk menjadi lebih jahat.

Nobita: Oh, kalu Nobita berubah jadi lebih baik lepas kawin, boleh tak mama?

Mama: Lorh, tadi cakap tak layak lagi untuk orang pompuan yang baik2! Tak ingat dah? Ingat ade ke yang baik2 tu nak terima anak mama yang belum layak ni?? 

Nobita: Huhuhu.. Mama ni tak encouraging langsung laa...

Mama: Sayang, mama cuma tanak anak mama kawin kerana nak berubah. Tapi mama nak Nobita berubah kerana nak kawin! Jangan jadikan anak dara orang sebagai taruhan. Kalu lepas kawin Nobita tetap tak mampu jadi lebih baik dan layak, tak ke kesian kat isteri tu nanti? Kalaupun si isteri tu sorang ustazah, bukan jaminan untuk menjadikan si suaminya bakal ustaz. Belum tentu.

Nobita: Owh, kalu camtu salah la tanggapan kebanyakkan orang yang kata, "aku nak cari bini/laki yang baik2, nanti bleh guide aku lebih dekat pada Allah.."?

Mama: Tak salah pun sayang.. Tapi, sebelum nak cari pasangan yang baik2 tu, cari dulu kebaikan dalam diri kita - ubah diri menjadi leeeebih baik. Usahalah sekadar yang termampu. Cari kawan yang baik2 ke, join usrah ke, selalu dengar ceramah ke, banyak membaca ke.. Tak kisah. InsyaAllah pasangan yang baik itu akan hadir bila tiba masanya nanti!

"... Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik...” | an-Nur:26

Nobita: InsyaAllah mama.. Nobita pasti akan melayakkan diri, suatu hari nanti!
Mama: Yeah.. That's my boy!


0 comments