Alif - student tahun 3 kat UTM. Dia sorang yang bijak dalam pelajaran, suka bersukan, dan suka jugak main game. Kalau ada masa terluang, insyaAllah Aliff akan main FIFA13 je kat bilik.
Sayangnya Alif kurang sket dalam bab-bab semayang - selalu tak penah cukup, atau langsung tak solat dalam sehari. Itu biasa. Aliff hanya akan solat kalau kebetulan ngan time dia free. Dan selalu dia jadikan pakaian kotor sebagai alasan. Kalu time main game, memang sah-sah le Alif tak semayang. Same jugak halnya dengan bab mengaji Quran. Jarang giler dia baca Quran. Bacaan dia pun kurang baik.
Seperti kebanyakan remaja-remaja Muslim lain, bukannya Alif tak TAHU pentingnya menjaga solat. Cuma dia tak dapat RASA pentingnya menjaga solat tu. Bagi dia, suuuuusarh sangat nak buat! Itu je.
Rumet beliau, Iman selalu jugak tegur2 dia bila masuk waktu solat;
“Lip, da azan dowh.. jom semayang dulu. Pause la kejap game tuu. Hehe”, ajak Iman.
“Eh, sila3.. kejap je lagi nak abis game nih. Kalu aku pause skang, nanti aku semayang tak khusyuk lak.”, jawab Alif. Camtu la dia, ada je alasan.
Suatu malam kat dalam bilik diorang, Iman cuba beri nasihat kat rumetnya tu;
“Lip, aku nak cakap sikit nih.. Tapi tolong la ko terasa ek. Haha, xde la. Aku tengok ko jarang2 je semayang. Pastu walaupun selalu sehari suntuk dok kat bilik, aku jarang tengok ko mengaji. Bukan apa dowh, kalau bukan zaman study ni kita latih diri jaga solat, improve bacaan Quran, tambah pengetahuan agama – lepas ni dah tade masa.. Dah makin susah tau.
Bila nanti dah mula keje, pastu kawin, lagi la susah nak jaga solat kalau tak mula dari sekarang. Sebab masa tu kita dah sibuk giler ngan keje, ngan family sume..
Kalu kita nanti sebagai mak ayah pun tak jaga solat, Quran ntah ke mana, cane agaknya anak-anak kita? Solat tu kan tiang agama, dan Quran tu penyubur hati2 orang mukmin..", Iman bagi lecture panjang lebar.
Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan-amalan lain”. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )
Alif diam je buat seketika. Lepas menarik nafas panjang, dia menjawab, “Aku tau.. Alaa.. Nanti esok2 nak kawin, aku cari la ustazah ke, pak mertua tok imam ke.. Pastu nanti aku jaga la solat aku! Haha.”
Iman hanya tersenyum mendengar jawapan tu.
……
Keesokan hari lepas habis kelas, Aliff nak pegi ke tempat parking motor dia. Kebetulan waktu tu, kedengaran azan Zohor. Tapi dalam hatinya, Alif terfikir nak terus balik bilik je.. As usual. Jadi sambil2 itu Alif meraba-raba dalam poket nak dapatkan kunci motor dia.
Tapi sebaik sahaja kunci dikeluarkan, yang ada kat tangannya adalah sebuah kunci kete, bukan kunci motor!
Aliff rasa blur. Dah la bukan kunci kete sebarangan, tapi BMW!
"Eh, aku terambik kunci kete lecturer aku ke ape ni?", fikir Alif.
Dalam keadaan masih kepelikan tu, Alif pun tekan alarm kat kunci tu – dan ada sebuah kereta yang berbunyi!, tak jauh dari tempat dia berdiri.
Aliff pergi mendekati keta itu. Dalam hatinya masih kebingungan. Dia rasa cam tak penah nampak sebelum ni kete tu. So komfem bukan kete lecturer dia. Berkali-kali jugak Alif dok tekan alarm kete tu, ON OFF ON OFF - plupp plupp, plupp pluppp!!
"Kete sape la pulak nih?", fikirnya dalam hati.
Tapi pada masa yang sama, dalam hatinya cam mendesak untuk dia masuk ke dalam dan drive kete tu! Akhirnya dia masuk jugak. Lama terduduk, barulah Alif menghidupkan enjin kete seraya mula memandu. Dia sendiri tak tahu nak pergi mana, tapi seolah-olah fikirannya nak bawa dia ke suatu tempat.
Jauh drive, masuk JB dan keluar ke suatu kawasan yang nampak elit. Alif tak penah sampai area tu sebelum ni. Tapi dia terus jugak drive. Akhirnya, dia tiba di depan sebuah rumah banglo yang besar, gah dan cantik sangat. Dia berhentikan kete kat tepi jalan.
"Nape aku datang sini?", hati dia berbisik.
Dia sendiri bingung rumah itu milik sape. Dengan spontan, dia keluar dari kete dan mendekati rumah tu.
Tetiba, keluar sepasang kanak-kanak comel dari rumah itu, berlari-lari kat halaman rumah.. Tak jauh di belakang mereka, kelihatan sorang wanita yang tinggi lampai, cantik dan rapi rambutnya sedang asyik memerhati telatah kanak-kanak tersebut. Mungkin itu ibu mereka. Tak lama lepas tu, muncul pula sorang lelaki lingkungan usia awal 30-an, keluar dari dalam rumah tersebut. Alif terkejut, sebab dia perasan yang lelaki tu mirip dia!
“Eh, itu aku!!”, jerit Aliff spontan.
Tapi, baru dia perasan yang kehadiran dia tak dirasai langsung oleh keluarga itu. Diorang seolah-olah tak nampak dan tak dengar pun suara Alif. Alif makin kebingungan.
Dalam keadaan yang serba-serbi pelik itu, tetiba salah seorang kanak-kanak tadi meluru keluar pintu pagar rumah tanpa sempat dipegang oleh sesape. Kanak-kanak itu pantas berlari ke arah Alif, seolah-olah ingin menerpanya. Tapi akhirnya dia berlari melepasi Alif. Aliff tahu, sangat bahaya kalau kanak-kanak tu menghampiri jalan. Jadi dia cuba menangkap dan memegang kanak-kanak itu. Dia dapat rasa seolah-olah itu adalah anaknya!
Tapi sayang, tangannya cuma mengenai angin. anak itu langsung Alif tak dapat sentuh, seolah-olah mereka bukan berada di alam yang sama.
Alif kemudian hanya mampu memerhati ibu kepada anak itu turut berlari untuk mendapatkannya. Tapi sayang, semuanya terlambat. Anak kecil itu akhirnya dilanggar oleh sebuah kete yang kebetulan lalu kat situ. Keadaannya parah.
Alif cuma dapat melihat betapa sedih dan panik kedua-dua ibubapa anak itu, mendukungnya dan meraung-raung minta pertolongan. Dan akhirnya anak itu meninggal dunia kat situ.
Suasana pilu menyelubungi sume orang yang berada di situ, termasuk Alif.
Kemudian dia terus mengamati lelaki yang miripnya itu. Lelaki itu mencari-cari imam kampung untuk membantu menguruskan jenazah anaknya. Apabila diminta untuk turut sama memandikan jenazah anaknya, lelaki itu cuma mampu menangis, menggeleng kepalanya tanda tak tahu. Tapi akhirnya dia ditunjukkan oleh imam bagaimana untuk memandikan jenazah itu.
Pastu apabila ingin disolatkan, sekali lagi lelaki itu hanya mampu menangis teresak-esak lagi, mengenangkan dirinya yang tidak pandai untuk mengimamkan solat jenazah anaknya yang sangat disayangi. Manakala si ibu sejak tadi lagi lemah tak bermaya, cuma mampu melihat dari jauh.
Sebelum menjelang Maghrib, jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Pada sebelah malam, diadakan majlis tahlil dan bacaan Yaasin untuk arwah. Sekali kali si bapa itu menangis – kerana dia tak mampu membacakan Yaasin dengan baik, untuk arwah anaknya sendiri! Barulah dia sedar, dah lama sangat dia tak baca Quran sebelum ini. Seribu satu penyesalan hadir dalam dirinya, yang langsung mengabaikan ibadah, malah terlalu lupa kepada Allah.
Alif memerhatikan segala-galanya – dan matanya jugak berlinangan air mata mengenangkan ‘dirinya’ itu yang begitu jauh meninggalkan cara hidup Muslim yang sebenar. Sehingga tak mampu membacakan surah Yaasin, apatah lagi sembahyangkan jenazah anaknya.
“Ya Allah, ni tak leh jadi!! Kalu macam ni keadaan aku arini, tak mustahil keadaan aku 10 tahun nanti tak ubah macam tu!”, kata Alif dalam hatinya.
Dia yakin bahawa Allah sedang memberi ‘peringatan’ yang sangat jelas kepadanya. Dalam keadaan mula keletihan, Alif pun duduk atas kerusi.. dan tak lama lepas tu, Alif terlelap.
Tetiba Alif dicuit dari belakang. "Weh, Alip.. bangon3!! Ko ni, tido je keje. Kelas dah abes da. Jom blah!", kata membernya. Baru Aliff sedar, dia masih berada dalam kelas. Owh, tadi dia tertidur rupanya. Mungkin lecture kat depan tadi boring sangat kot.
"Eh, tadi kan kelas da abes? Pastu aku keluar, naik kete, jumpa lelaki yang mirip aku.. Lepas tuu.. Eh??", Aliff pelik memikirkan masa yang seolah-olah di'rewind'kan.
Pastu dengan gelabah dia berlari keluar. Sambil2 tu Alif sempat menyeluk poketnya mencari-cari kunci. Tapi yang ada hanyalah kunci motor. Tak puas hati, Aliff menyeluk lagi, kot-kot ada kunci kete BMW!
Lamunan Alif tersentak apabila terdengar laungan azan Zohor. Lagilah dia yakin yang dia seolah-olah melalui masa yang sama buat kali kedua! Tapi kali ni Aliff tak mengabaikan azan itu. Setelah menghidupkan motornya, Alif terus bergegas pegi ke masjid. Ketika itu fikiran dan hatinya masih kusut.
Kebetulan lepas abis solat, Alif ternampak ngan Iman, rumetnya. Lalu cepat-cepat ditariknya tangan Iman, mereka duduk di suatu sudut. Dan Alif menceritakan semua apa yang dia lalui, kat Iman. Iman hanya tekun mendengar. Dalam hatinya tak menyangka begitu Allah sayangkan Alif, sampai diberikan peringat seperti itu.
"So kau da nampak la cane hidup kau 10-15 tahun nanti? SubhanAllah!"
"Man, kalau la kau ade ngan aku sekali masa tu, aku rasa pun nangis dowh.."
"Erm, jadi kau kena bersyukur sangat2, sebab Allah dah bagi petunjuk tu kat kau. Apa kau nak wat pasni?"
"Aku nak berubah! Aku nak jaga balik sembahyang aku, aku nak ganti yang aku tinggal dulu.. Tapi kau kena tolong aku, guide aku, ajar aku.. Suma benda la, boleh tak?"
"Huhu.. insyaAllah, aku akan tolong yang mana aku boleh. Kalau nak, aku boleh bawak kau join usrah aku, lagi best! Nak?"
"Tengkiu Man.. Thanks sangat-sangat sebab selama ni kau banyak tegur aku.. Dan aku tahu kau selalu doakan aku.. Huhu"
Sejak hari itu, Alif makin berubah.. Perlahan-lahan memperbaiki semua kekurangannya - Baiki solat, perbaiki bacaan Qurannya. Hanya kerana satu perkara saja - dia tak mahu menjadi menjadi lelaki yang dia lihat itu!
...............................................
End of story. 231834.10.12_t
[Well, do you think that this story isn't real? But there are lots of people just like Aliff, isn't it? So how to change them? The answer is, DU'A!]



1 comments
dan kalau dengan cara mengutuk, sindir atau mengecop di atas dahi dia sebagai jahil sangat tidak adil..
ReplyDeletesiapa kita nak hukum manusia..
kutuk pom dapat dosa..
doa.. :)
doa semoga dapat hidayah, Allah kuatkan iman untuk beribadah..
nice.. :)