Aku terpandang akan suatu wajah, yang indah dan tenang untuk dipandang. Lalu aku terasa untuk menegur dia. Tapi apa yang mahu aku bualkan? Aku tiada modal.
Ah, rasanya aku boleh melukiskan wajahnya! Supaya aku dapat menyapa dia, dan aku tunjukkan lukisan itu kepada dia, lalu aku akan dapat berbual dengannya. Pasti nanti dia akan terharu dan gembira! Haha.
Justeru aku mencari sebatang pensel, tapi sayangnya aku tak jumpa. Nak pegi beli, sekarang aku tade duit.
Takleh, aku tetap kena lukiskan wajah itu! Lalu aku sekadar capai sebatang pen. Hanya itu yang aku ada. Tapi sebenarnya aku tak mampu lukis dengan baik menggunakan pen. Dan.. semuanya nampak keras, buruk, rasa cam nak buang je. Malulah kalau dia tengok lukisan aku macam ni!
Arghhh!! Aku takde pilihan lain! Aku cuma ada sebatang pen sekarang, bukan pensel. Masa makin suntuk, nak tak nak aku kena jugak lukis sebaik mungkin, sebelum dia pergi dan aku mungkin takkan jumpa dia lagi.
……………………
Suatu petang kat bilik asrama, aku buka dan aku tatap gambar ibu. Lama jugak. Sayu aku rasa. Ibu da makin tua. Aku dah lama kehilangan abah, masa darjah 4. Tapi alhamdulillah aku masih punya seorang ibu. Dan baru sebulan aku masuk U, berjauhan ngan ibu, aku mula rindukan dia..
Aku anak kedua. Abang aku pulak, sebelum ni tak mampu belajar sampai ke universiti. Sekadar STP je. Sekarang abang cuma berkerja kampong. Ibu penah cakap abang memang tanak sambung belajar dulu, tanak susahkan ibu katanya. Jadi ibu selalu pesan, suruh aku belajar elok-elok, biar dapat sambung belajar kat university dan kejar cita-cita aku.
Erm, cita-cita aku dulu, nak jadi arkitek, sebab aku suka melukis.. Haha.
Zaman sekolah, aku memang minat giler melukis. Conteng buku tu, buku ni, memang rutin harian aku dalam kelas. Buku latihan ngan buku teks orang lain biasanya bersih je. Tapi buku aku, hmm.. penuh ngan kesan vandalism.. haha. Tapi pelajaran aku, not bad gak la. So result SPM pun bole tahan la (haha malu nak tulis)
Lepas SPM, aku dapat matrik Johor. So aku pilih Sains Fizikal. Bila da nak abis matrik, aku wat pilihan 8 kursus yang diingini tu, 4 yang first suma senibina. Tak kisah la U mane, asalkan dapat senibina. Pastu 4 yang lain tu, aku main tulis je. Sampai aku tak ingat ape yang aku tulis.. lol.
Tapi bila keputusan keluar, aku langsung tak dapat senibina! Arghh!!
Mungkin aku tak berjaya sebab interview tak lepas kot. Ataupun CGPA orang lain lagi tinggi dari aku (ngaku je la tak dapat 4 flat!) kot. Huhuhu..
Apa yang aku dapat – kos Sains Komputer kat UTM. Sedih gile. Mane la aku minat sangat bab-bab computer ni. Belajar kos ni, nanti abih esok nak keje ape ntah?? Aku tak tahu langsung pasal kos ni, tak penah dengar pon sebelum nih!
Arghh!! Ape nak buat?? Aku tade pilihan lain. Kalu aku tak pegi, aku gak yang rugi. Nak pilih universiti swasta, memang tak pernah terlintas di hati pun. Yela, aku bukan orang senang. Lagipun sah-sah ibu aku takkan setuju.
Baru sebulan ni, aku dah makin Nampak seperti apakah rupanya kos aku ni. Dan aku makin yakin, bukan benda yang aku suka. Aku tahu, aku tetap akan habiskan tempoh pengajian 3 tahun setengah ni. Aku dah tade pilihan, aku kena minat dan berusaha untuk dapatkan keputusan yang baik – semata-mata untuk ibu. Kerana ini sahaja lah yang akan buatkan ibu bahagia dan bangga.
Ibu tak penah tahu pun aku tak suka kos ni. Sebab aku tak penah bagitau. Yang aku bagitau, aku akan cuba yang terbaik – dan hadiahkan ibu keputusan sebaik mungkin apabila tamat nanti. Dan aku berdoa agar aku takkan terlambat..
…………
EH, ape kaitan ngan citer pensel dan pen?
[231737.6.12_e]



0 comments