Terowong tadi...

Permulaan semester yang paling mencabar? Ahh..

Entah la. Mungkin tak mencabar mana pun. Cuma mungkin disebabkan banyak benda yang aku jangka, harap.. sangat berharap senarnya, untuk berlaku sem ni. Tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui kenapa itu semua masih belum berlaku.

Terowong yang aku masuki semalam kelihatan bercahaya terang. Aku sangka cahayanya cukup sepanjang terowong ini, cukup untuk aku melaluinya hingga ke hujung. Tapi belum pun sampai di pertengahan jalan, cahayanya mulai suram. Tapi aku tetap harus melaluinya. Walau aku tahu terowong ini lurus saja, aku tetap perlukan cahaya itu.

Permulaan semester yang berkobar-kobar, bersemangat, berperancangan.. Tapi mahu suram. Aku mohon ia takkan terus padam.

Ahh.. Sungguh aku tak mahu bergantung pada orang lain, atau menyusahkan mereka.

2 comments