Dia takde lesen lagi pun

Well, aku ade sorang member ni. Senior aku actually.

Em, dulu, dia ade sorang member kamceng (bukan aku la). Kamceng giler cam adik-beradik. Coursemate, pastu praktikel pun sekali. Pegi mane-mane pun berdua. Member dia tu ade kete. Dia pulak tak pandai lagi bawak kete, atau motor pun. So, selama bertahun-tahun dia follow member kamceng dia tu la untuk ke mana-mana.

Jadi, pada pandangan aku, bila diorang dah grad nanti dan membawa haluan masing-masing, mesti dia akan rasa lost! Sebab aku lihat dia terlalu bergantung kat member dia yang ade kete tu. Dia sendiri tade lesen ape bagai lagi. So cane nanti life dia?

Solution dia, belajar je la bawak kete dan moto tu, kan? Bunyi cam senang je. Tapi senarnya take time jugak tambah-tambah lagi untuk orang yang dah grad ni - banyak komitmen dan bla3.

Nak dijadikan cerita, dia akhirnya menamatkan zaman bujangnya baru-baru ni. Lepas je abis study. Skarang dah masuk 4 bulan gitu dia kawin.

Dan selepas 4 bulan ni, cuti sem, kami berjumpa semula. Alangkah terkezuttnya aku bila mendapati dia dah boleh bawak kete dan motor ngan baik sekali! Aku pun penah bonceng ngan dia, kira rasa selamat la. Haha. Member-member lain pun terkejut gak. Sebab rasa macam sekejap je, dari tak penah bawak langsung, sekarang dah boleh bawak van!

Mungkin semangat kawin kott.. Haha.

So, bagus la, dan hebat la dia. Aku kagum ngan dia.

2 comments