Aku belum layak untuk menjadi imam

Bila aku lihat orang yang naik jadi imam tapi bacaannya kurang baik, surah pun yang pendek je, qunutnya pun untuk diri sendiri (ni-ni-ni-ni) dan tersekat-sekat lalu makin pelan dan akhirnya tak kedengaran..; dalam hati terketawakan dia. Ishk dia ni, baca pun tak betul, buat terganggu solat aku je.

Astagfirullah.. Teruknya aku. Bukan nak tegur, tapi tertawakan ade la.

Bila waktu lain, tiba pula giliran seseorang yang lain naik jadi imam, masyaAllah bacaannya baik dan merdu. Ayat yang dibaca bukan sebaris dua tapi satu muka! Lancar malah bertarannum. Lalu dalam hati aku terfikir, alangkah hebat kalau akulah imam itu. Hebatnya di mata para makmum.

Astagfirullah.. Teruknya aku. Bukan kerana ikhlas, tapi kerana mahu nampak hebat!

Yeah, susahnya nak ikhlaskan diri. Lebih-lebih lagi kalau ada makmum wanita. Perasaan ujub mula cuba hadir. Ah! Aku belum layak untuk menjadi imam. Mungkin belum masanya.

0 comments