Tercipta untukku?

Boring. Hari sabtu aku jalan-jalan KB Mall, x tau nak buat ape. Sorang, x tau nak ajak sape. Dalam poket ade 5 ringgit je, memang tade niat la nak beli pape. Yela, praktikel pun blum dapat elaun. Ntah dapat ke x.. Aku cuma boring, tu yang sampai situ.

Masuk kedai komputer, check2 harga benda yang aku plan nak beli (nanti ade duit). Pastu usha2 harga iPad 2 kat situ. Nanti bukak sem depan, dapat je duit biasiswa (moga2, mudah-mudahan, amin.. Takut gak sebab result latest rendah, takut kena potong.. wuwuwu) insyaAllah aku nak angkat satu!

Dekat sejam, aku pun nak blah balik la. Tup tup terserempak ngan kawan lama......

Dia ngan adik dia. Arrr, terus je aku kelu seribu bahasa, kaku tanpa mampu berbuat apa2. Sebab, dia bukan sekadar kawan lama. Tapi lebih spesel dari tu.. wawawa. Dah lama sangat x jumpa dia. X sangka jumpa hari ni.

"Abe Kit ko ni?", tiba2 pertanyaan adik dia, Nia memecahkan suasana yang tadi sepi.

"Ho, abe Kit la ni.. hehe", itu je mampu aku jawab. Ingat nak melawak2, loyak burok sket. Tapi otak tengah beku lagi. Ceh. Dari tadi kakaknya masih membisu, sekadar tersenyum.

Panjang2 aku tarik nafas semula, untuk lontarkan soalan padanya... Tapi, suara aku masih terlekat di tekak, yang keluar hanya hembusan nafas gementar (ayat novel la pulok). Aku pun hanya mampu tersenyum. Respon dia masih seperti tadi, aku pun tak pasti apa ada dalam fikiran dia. Atau dia sengaja nak tengok aku gelabah..?

"Bakpo senyap duo2 ni", Nia sekali lagi menjadi 'moderator' keadaan.

"Hola, jupo gewe lamo, kenalim laluh..", erk, spontan jawapan aku. Tapi jawapan itu disambut dengan gelak kakaknya. Mungkin jawapan aku kelakar padanya, atau jawapan aku terlalu jujur baginya. Hahaha, aku pun tergelak sama.

Yup, dulu zaman sekolah aku adalah 'peminat' dia. Sebab dia kiut, kot. Pastu satu kelas tahu gosip kitorang, ingat kitorang memang kapel. Cikgu2 pun macam merestui (sebab akademik kami boleh tahan), ingat kami memang bercinta. Tapi sebenarnya kami langsung tade pape. Sebab dia x penah respon terhadap perasaan aku. Sampai la habis SPM, masing2 bawa haluan sendiri. Kiranya, bertepuk sebelah tangan la aku ni. Huhuhu.

Bukan x penah beritahu dia directly, itu pun dia x pernah beri jawapan. Adeh. Honestly, sampai sekarang aku x tahu ape perasaan dia terhadap aku. Just kawan biasa ke, ade lebih sket ke, spesel sket ke, pun suka kat aku ke, pun cinta kat aku ke... Aku memang x tahu.

Tapi, mungkin sebab itu jugak aku tak pernah bercinta sampai skarang (tipu? suka ati la kalu tanak caye). Sebab kecewa ngan dia. So aku pun x penah ngorat orang lain (orang lain pun x penah ngorat aku haha). Hinggalah suatu masa aku sedar dan belajar bahawa kapel itu tidak dibolehkan dalam agama. Jadi aku harus berterima kasih pada dia. Kawan biasa bole la..

Tapi akukan tetap anggap dia sangat istimewa.. selamanya. Susah ar nak explain... Kalu nak citer ape sumbangan dia (yang dia mungkin x perasan pun) dalam hidup aku, tulis penuh satu kertas A4 pun x abis aku citer.

Untuk dia, aku tujukan lagu dari kumpulan Ungu - Tercipta Untukku.

[Okeh, stakat tu dulu flashback aku.]

Skarang, dah 6 tahun pun berlalu. Dalam tempoh tu hanya sekali kami penah jumpa. Masa reunion. So, u guys all readers (ayat blogger tegar) bleh faham la cane reaksi aku bila terserempak ngan dia sekarang, kan? Memang terpaku beb!!

"Nok gi mano ni?", tanya Nia mematikan lamunan aku (dan mungkin kakaknya).

"Nok kelik doh la. Puah doh musing dale ni tadi", jawab aku.

"Lorat ko? Mari la minum2 dulu.., nok? Lamo kea x jumpa angah.. Haha", ajak Nia seolah-olah memahami situasi aku ngan kakak dia.

Dalam kepala aku on je. Lagipun bertiga ngan Nia (moderator), x rasa kekok sangat. Yela, cuma borak2 tanya kabar. Citer zaman skolah tu letak tepi, biarkan menjadi kenangan manis untuk diungkit bila sepi.

Tapiiiii, bila teringat dalam poket aku cuma ade 5 ringgit, terus je perasaan cuak menerja kalbu. Kat dalam mall ni, paling2 pun 2-3 ringgit segelas air je. Kalu nak lagi mengerikan, air kat Secret recipe (kat sebelah kitorang je ni) mau 7-8 ringgit segelas! Kalu stail jumpa2 cani, mesti salah sorang akan offer nak blanjer. Tapi takkan la minum ngan ngan pompuan, nak biar diorang bayo?? Warghh!

"Er, x kot.. Ado kerijo skit la Nia.. haha", jawab aku menolak pelawaan dia. Kakak dia sejak tadi memang tak bukak mulut. tensen gak aku. Memang sejak zaman sekolah lagi suka psycho2 camtu.

"Alaa, mari la.. Nia nok blanjo ni. Nia baru buleh elaun. Mari sini meme nok blanjo Angah pun. Meh la ikut, nok tanyo perkembange abe Kit, hehe", Nia x beralah.

"Err, lorat ngoti ni. Nok gi jupo tok ttuo pulok..", aku cuma bergurau.

"Huh?? Nipu...", jawab Nia sambil menoleh pada kakaknya.

Yup, air mukanya agak berubah. Senyuman sudah hilang, wajahnya neutral saja. Yes! Aku saje je nak tengok. Ni turn aku lak psycho dia. Tapii, lama sikit dia kembali tergelak kecil.. ceh!

"Haha, wak lolak jah...," aku memang x reti nak menipu pepanjang..

"Doh x sudi gak xpo la... Nok wat gano", Nia beralah dalam merajuk.

"Alala, bolok oh Nia ngaju.. haha.", aku cuba mengusik.

Jauh dalam hati masih berkira2 nak minum ke x. Satu segan Nia nak bayar. Tapi kalau bukan sekarang bila lagi bleh jumpa? Dan kalu dapat bercakap ngan kakak dia, at least aku dapat lepaskan sesuatu yang selama ni membelenggu. Mungkin dapat clearkan sesuatu. Aku memang dah tak berharap pada dia untuk membalas perasaan aku dulu. Biarlah. Aku tetap selesa anggap dia sebagai kawan biasa. Mungkin dia pun dah ada pasangan. Aku pun dah punya 'pilihan sendiri'. Biarkan kami dengan arah kehidupan masing2.


231302.29.7_m

3 comments