Kawanku beriban-riban

Bila usia makin meningkat, ada sesuatu yang perlu dicari, dan ada sesuatu yang perlu dilepaskan. Ditinggalkan.. Aku pun dah makin tua, hujung minggu ni nak masuk 23 (dan masih bujang ;p)

Erm, makin lama makin banyak perkara (keperluan) yang perlu kita cari. Sama ada nak atau terpaksa. Contoh paling senang ialah henset, kan? Kebetulan henset lama aku baru je rosak, setelah kami bersama selama 5 tahun 10 hari! Lebih kurang 5 tahun jugak.

Tapi aku dapat rasa satu perkara. Lega.. Entah la, mungkin sebab dalam henset baru takde banyak nombor orang lain. Haha. Kalau henset lama, hampir seribu! Yela nombor orang yang sama pun mungkin 2 3 bijik. Tu belum masuk nombor yang dah tak aktif, member yang dah tak ingat, dan macam2. Then baru aku sedar, tak banyak pun nombor yang selalu aku berhubung.

Macam facebook, pun aku dah tinggalkan akaun yang lama. Aku buat yang baru, aku add kawan2 yang memang aku kenal je. Alhamdulillah, pun aku rasa lega. Aku pun tak tahu cane nak explain. Mungkin yang lama crowded sangat, dengan orang (friends) yang kita langsung tak kenal. Bila bukak home, nak baca status diorang, buat ape? Buat pening kepala je. Bukan kenal pun. Last2, perkembangan kawan2 terdekat, aku terlepas pandang.

Kawan walau beribu tapi yang kenal cuma satu.. Haha.

Bos kat tempat aku praktikal skarang penah kata; dalam hidup kita, biasanya akan berlaku perubahan yang besar setiap 5 tahun. Lebih kurang la. Ermm.. Betul gak. Mula dari sekolah menengah selama 5 tahun, lepas tu masuk matrik + universiti pun 5 tahun bagi kebanyakan orang. Pastu mungkin kawin dan start keje. Mungkin lepas 5 tahun baru ekonomi stabil, dah boleh mula kumpul duit dengan baik, atau invest kat rumah baru. Lepas 5 tahun mungkin dah boleh pegi umrah, beli kete kedua, etc..

As our age moves on, we must moves on too. Life must change, to a better living.

0 comments