Baru lidah jadi terbiasa

Baru tadi adik perempuan aku yang skarang darjah 6 khatam alQuran, katanya dah kali kedua. Alhamdulillah.

Memang dia la yang paling cepat pandai mengaji. Sejak darjah 1 kot dah masuk Quran besar, dah lancar sangat. Sume berkat ma yang ajarkan tiap2 malam.. adik2 lain pun sama. Sekarang, selamba je dia boleh baca ngan lancar dan baik bacaan dia. Kalu tambah ngan berlagu, insyaAllah lebih best!

Teringat dulu, kalu tak silap masa tingkatan 1 baru aku sendiri dapat khatam wat kali pertama. Dan dalam sejarah adik-beradik, aku la yang paling lewat khatam Quran (macam dapat lesen kete jugak haha). Itupun masa tu masih terkedu-kedu aku baca. Seyes tersekat-sekat!

Tapi kat sekolah, setiap hari khamis akan ada bacaan Yasin dalam kelas. sume orang kena baca. Aku pulak memang tak tau baca. Boleh nak baca sampai abis. Tapi kalu orang lain boleh baca 10 minit, aku 30 minit pun belum tentu boleh abis! Masa tu ada kelas kat surau untuk pelajar yang takleh baca Yasin, tapi aku malu nak join. Last-last, aku gerakkan mulut seolah-olah sedang membaca, aku belek mukasurat bila orang lain belek (walaupun belum habis baca). Aku pun x ingat berapa lama aku wat camtu.

Tapi aku bukan tak usaha. Aku cuba perbaiki bacaan aku. Aku rasa malu sangat sebab aku tahu aku tipu diri sendiri. Aku kena improve. Aku tahu aku kena kerap membaca Quran baru lidah jadi terbiasa.

Tima kasih sangat2 pada classmate aku masa tu, Rajaie. Dalam satu hari kami borak-borak, ada kata-kata dia yang bersahaja, tapi sangat memberi kesan pada aku. Dia kata,

"Wak malu jah besa2 tok reti ngaji (Quran).."

Sejak dari itu aku melebihkan usaha aku, au ngaji sorang2 dalam bilik tiap2 malam lepas maghrib. Aku pastikan aku kena habiskan 3 helai setiap malam. Ada satu ketika sorang abang aku terserempak ngan aku tengah mengaji. Bila dia dengar bacaan aku tersekat-sekat, dia kata,

"Tok lancar lagi kit baco (Quran)?.." Urghhh!! lagi la aku terbakar.

Dan alhamdulillah, mungkin berkat kata-kata keramat kat atas tu, aku tetap luangkan masa untuk baca Quran. Walaupun tade guru yang mengajar, nasib baik aku tahu hukum sikit-sebanyak. Apa yang penting akau cuma perlu selalu baca.

Masih ingat, masa ujian PAFA tingkatan 3, bacaan aku masih lagi sangkut-sangkut. Bila dah meningkat naik ke tingkatan 5, alhamdulillah bacaan aku makin elok dan lancar. Baca surah Yasin dalam kelas pun dah laju! (selalu bersaing ngan member sape dulu habis haha).Dalam tempoh itu rasanya 3-4 kali aku sempat khatam Quran. Sepanjang itulah baru pelan-pelan baiki bacaan, makhraj, dsb.

Alhamdulillah, bila da masuk matrik, masuk U, saaangat penting untuk kita tahu mengaji Quran!

Mengikut pemerhatian aku, ramai orang nak dekat ngan masjid, nak join geng2 masjid. Tapi bila diajak mengaji bersama, mereka jadi malu. Yela, dah tua2 camtu kalu orang tahu kita tak tahu mengaji, mesti malu. Last2 diorang pun menjauhkan diri..

Wahai kawan2, berusahalah selagi ada hayat. Berusahalah walaupun kau sudah berumah tangga, sudah beranak pinak. Kelak kau akan merasa saangat rugi semakin lama kau menjauhkan diri. Sesungguhnya setanlah yang paling gembira jika kau berterusan menjauhkan diri dari menghampiri alQuran.

1 comments