Aku seorang coklat je

Siape aku?

Laa, kan da tulis kat tajuk tu.. Aku ni seorang coklat je. Produk tempatan. Tapi bukan sebarangan coklat, bukan sebarangan jenama. Jadi bole agak la betapa bestnya aku, dan betapa cantiknya bentuk badan aku diperbuat. Kira takyah citer ar, memang seangkatan ngan Ferrero Rocher, Toblerone dan sebagainya.

Dipendekkan citer.. betapa bestnye aku, betapa cantiknye aku, aku cuma seorang coklat. Aku dicipta, aku ade tuan. Dialah yang jadikan aku secantik ni, sesedap ni (macam la aku penah rasa diri sendiri). Jadi aku bersyukur sangat sebab tuan aku buat dari awal sampai la ke peringkat pembungkusan, dengan sangat baik!

Sesuai ngan ke-ekslusif-an aku, aku dibungkus dengan sangat cantik - bungkusannya tebal, besar, nampak istimewa. Kat mana-mana je aku dijual, sume orang memerhatikan aku. Diorang nampak kagum dan tertarik untuk membeli aku. Alhamdulillah, diorang kata packaging aku memang sesuai ngan rasa aku - sedap! Berbaloi-baloi walaupun harga agak mahal. Wah, bangganyew rasa hati aku.. hehe.

Suatu hari, aku dibawa ke satu tapak ekspo kat luar negara. Untuk mempromosikan produk tempatan kat sana. Best giler sebab kitorang takyah pakai pasport! Wawawa. Kat sana banyak giler gerai-gerai, jual macam-macam benda. Tapi ikut zoning la. Produk-produk elektonik ade kawasan diorang. Yang jenis makanan, ade kawasan diorang.

Aku yang tergolong dalam kategori produk IKS ni, ditempatkan kat satu kawasan. Pastu yang mane jual coklat, gerai diorang diletakkan sedereeeett! 

Jadi, nampak grand giler la - memanjang gerai coklat. Wah!! Excited giler sebab tu first time aku join 'perhimpunan coklat-coklat' cani. Dapat jumpa ramai kawan baru. Dari Kelantan ade, Ganu ade, Kedah pun dok ada. Tapi kami just borak bisik-bisik je la, takut pengunjung dengar.. haha. Dah la takleh nak bergerak. Nanti lagi la pengunjung terkezut!

Seperti yang kujangka terjadi, ramai kawan-kawan secoklat aku puji - aku cantik. Dan pengunjung pun nampaknya tertarik ngan aku, berbanding yang lain. Wah, bersyukurnye.

Tapi, kusangka panas sampai ke petang. Rupanya hujan di siang hari. Rupanya ade coklat yang tak puas hati ngan aku. Diorang geram sebab diorang tak laku! Owh.. bila aku lihat sekeliling, baru la aku sedar - kami sangat berbeza. Patut la diorang tak puas hati..

Ade coklat yang terdedah camtu je. Jarang nampak orang beli. Ade coklat yang bungkusan dia simple giler. Ade bungkusan yang nipis, kecik pun ade. Yang takleh blah, ade bungkusan yang transparent. Dah bleh nampak cane bentuk coklat tu. So, tak suprise la bagi aku. Sume orang da nampak. Dari segi strategi pemasaran, tak berkesan la wat camtu.

Jadi aku pun ambik peluang borak-borak ngan diorang. Coklat A cakap, dia geram betul ngan tuan dia sebab tak ditutup. Terdedah camtu je. Dia kata, kalau la diikutkan, dia nak sangat dibungkus cantik dan istimewa macam aku. Tapi apakan daya, dia cuma seorang coklat.

Yang lain pun cakap benda yang sama. Diorang benci sangat dibungkus ala kadar camtu. Nanti orang ingat dia coklat murah, tak menarik, tak istimewa. Padahal orang belum pun rasa lagi. Diorang kata, nak sangat dibungkus seistimewa aku. Dilayan seistimewa aku, bagaikan satu penghormatan. Tapi apakan daya, mereka cuma sekadar coklat.

Dalam hati aku, "Ya Allah, bersyukurnya aku diperlakukan sebegini rupa. Diihormati sebaik ini hanya kerana aku dilitupi dengan sangat baik dan istimewa. Dan aku sangat simpati dengan kawan-kawan sejenis aku aku yang kurang bernasib baik. Namun apekan daya, kami cuma sekadar coklat.

Oleh itu, aku ingin berpesan kepada golongan manusia di luar sana. Hargailah diri anda. Kerana anda mampu melitupi tubuh anda, ikut suka anda. Terutamanya wanita, anda boleh memilih untuk pakai tudung yang ala kadar je, yang nipis je, yang kecik ke, yang senang pakai je. Atau pun anda nak pilih tudung labuh sedikit, yang tebal sedikit, dan yang 'ekslusif' sedikit. Istimewakan diri anda! Semuanya ditangan anda. Bukan seperti kami, cuma sekadar coklat..


230935.9.6_o

1 comments