Aku pernah merasa bahagia.. bersama orang yang aku sangat-sangat sayang. Tapi tak lama, kami terpisah.. Aku mula kenal dia ketika kami masih menuntut di universiti. Kami bukan dari fakulti yang sama, malah dia lebih muda daripada aku. Aku kenal dia kerana kami pernah join persatuan yang sama. Pada mulanya tiada apa pun yang istimewa tentang dia. Kami pernah berborak pun rasanya cuma sekali dua.
Pada mata aku, dia biasa saja. Tidaklah secantik mana tapi manis orangnya. Cuma lama-kelamaan, aku mula perasan kelainan dia berbanding yang lain.. Pemakaiannya, cara bertuturnya dan senyumannya, buat aku mula tertarik pada dia. Tapi waktu itu aku tak berbuat apa-apa, mendekatinya atau cuba mengenalinya dengan lebih dekat. Perasaan tertarik itu bernoktah di situ.
Tak lama selepas tu, aku tiba-tiba jatuh sakit. Sangkaku cuma sakit-sakit biasa. Kerana aku pernah mengalaminya sebelum tu dan selalunya aku akan ke klinik universiiti saja. Tapi kali itu aku tergerak untuk buat pemeriksaan kat klinik luar kerana sakit pada waktu itu rasa lain macam.
Dan itulah hari yang mengubah hidup aku, apabila doktor sahkan aku sebenarnya mengidap kanser hati! Waktu itu aku cuma keseorangan, tiada siapa yang temani. Waktu itu aku tersangat buntu, bila doktor cakap kanser itu dah lama dan ia semakin serius. Kata doktor, Mendengar semua itu, aku menjadi lemah dan jatuh pensan.
Hampir 2 jam dalam bilik doktor tu, baru aku tersedar. Mujur doktor tu tak hubungi sesiapa, kerana dia tak punya maklumat tentang aku. Sebolehnya aku tak mahu sesiapa pun tahu, lebih-lebih lagi mak dan ayah..
Hampir 2 minggu aku hanya terkurung dalam bilik. Aku tak ke kelas langsung, aku matikan telefon, aku mandi cuma 3 hari sekali, aku cuma makan biskut bila lapar dan minum air yang memang ada kat bilik.. Paling teruk, aku tinggalkan solat beberapa hari. Fikiran aku kosong, dan aku hanya tidur!
...(bersambung)


2 comments
bile ye nk disambung?
ReplyDeletekanser hati.....
ReplyDeleteKebanyakan kanser mengambil sempena nama bahagian tubuh di mana kanser
tersebut bermula. Kanser hati primer terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi
malignan. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis berlaku
apabila sel-sel kanser yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke
hati. Kanser hati ini juga dikenali sebagai hepatoma