Menjadi kebiasaan la bila nak raya, atau sesi persekolahan nak mula, abah akan bawa kami jalan-jalan gi cari pakaian baru. Biasanya ada giliran la. Maklum le.. ahlinye ramai, kete kecik aje. Haha. Kalau hari ni abah bawa separuh, yang lain abah akan bawa lain kali. Jangan risau! Masa aku masih bersekolah rendah, abah bawa volkswagen beetle a.k.a 'keto kuro'.. pastu abah beli kete toyota LE, second hand je. Tak penah la naik kete tak penuh. Tepi luas la sket kan.. Haha.
Nak beli pakaian ngan kasut baru, abah mesti bawa kitorang naik supermarket! Sebab bagi abah barang kat sana berkualiti.. tapi itu la, agak mahal bagi kami sekeluarga. Cuma bagi abah, tak ape la mahal sket, janji pueh hati dan tahan lama.. Abah akan ikut je yang mana kami nak. Kalau kami tunjuk je yang mana-mana, "abah, nak yang ni.. bleh?". Abah tak penah cakap "tabuley.." apetah lagi cakap,"nehi bette!". Sebab abah mane layan industan.. haha.
Bila dah makin besar ni, biasanya adik-adik la yang dapat sepersalinan baru yang lengkap. Kami yang dah penah merasa, biasanya beli baju sehelai, atau seluar sehelai je la. Sebab yang lama masih elok.
Sebab itu jugak la aku suka beli barang mahal-mahal.. supaya pueh hati dan tahan lama! Henset aku beli masa matrik, arini elok-elok je lagi. Masa tu RM570 (dapat elaun matrik). Jam tangan aku beli RM159 masa first year (mula-mula dapat PTPTN), alhamdulillah masih elok. Masuk laut, hutan, air tejon, gunung.. steady je lagi.
Err.. kembali kepada abah - Abah bergaji biasa je, sebagai penjawat awam. Tapi dek kerana punya 2 keluarga dan anak-anaknya ramai sangat, tanggungan abah memang tinggi! Ramai sangat ke anaknye? 22 je.. tak caye?
Belanja dapur, duit sekolah anak-anak, duit minyak kete dan bla bal bla.. jadik, banyak benda yang kami tak merasa masa kecik, yang bagi abah bukan keperluan. First time aku masuk KFC pun masa blajar matrik.. hehe.
Tapi tak kisah pun.. yang penting keperluan pelajaran kami sentiasa abah cukupkan! Kalau minta duit nak bayar buku, abah tak penah kata takde. Kalau pun dia takde duit time tu, dia takkan kata apa-apa. Tapi esoknya sure dia akan bagi! Masa belajar kat matrik dan U, kalau aku call abah malam kata takde duit, malam tu jugak dia bank-in. Waa sayang abah! Itu yang segan nak mintak selalu.. hehehe.
Mungkin di situlah keberkatan bagi usaha dan kepayahan abah, semua anak-anaknya setakat ni berjaya melangkah kaki ke universiti-universiti. Sebut je U mane, sume kitorang ade wakil!! Haha.. UTM, UiTM, UUM, OUM, UIA, UKM, dan lain-lain.
Kata abah, kalau mahu hidup sentiasa murah rezeki dan berkat, setiap hari bangun la awal-awal pagi. Jaga hati ma dan abah, semayang jangan tinggal, Quran jangan lupa.. dan usaha sungguh-sungguh.. insyaAllah hidup kita kan 'smooth' je..
"Abah, you are the greatest father! We are really proud of you!!"
231805.7.2_i

Abah,
kepayahanmu mungkin tak pernah kami mengerti
kepenatanmu mungkin tak pernah kami lalui
kesakitanmu mungkin tak pernah kami rasai
keluhanmu mungkin tak pernah kami dengari
Abah,
keperibadianmu sangat kami kagumi
ketegasanmu sangat kami fahami
kegigihanmu sangat kami hargai
kesabaranmu sangat kami sanjungi
Abah,
Membalas semua pengorbananmu pasti kami tak mampu
Menjadi ayah sehebatmu mungkin kami tak mampu
Tetapi kami akan mencuba apa yang termampu
Supaya abah tahu, kami sangat menyayangimu.

0 comments