Walau ku bukan puteri yang kau mimpi

Nia baru je berusia 20 tahun. Tup2 tadi ibu cakap Nia akan ditunangkan x lame lagi. Huh? Kenapa tiba2 Ibu? Orang baru jer masok U, takkan dah nak bertunang kot. Terjejas la saham nanti (uhuk2). Ibu memang x main2. Setelah Ibu slow talk baik2 ngan Nia, Nia percaya, betul Nia akan ditunangkan, mungkin cuti semester nanti. Memang suatu kejutan yang Nia x sangka. Sebab bakal tunang Nia tu, Nia kenal sangat. Kami rapat sejak kecil, dan Nia anggap dia seperti abang. Langsung x sangka yang kami akan bertunang!

Sebenarnya dia sepupu Nia. Nia biasa panggil dia abang Nik. skarang dia baru sambung Master dia.. Kalau cuti, dia slalu datang rumah. Tapi sejak Nia pun dah masok U, dah jarang Nia jumpa abang Nik.

Haah, Nia memang suka abang Nik. Macam Nia cakap tadi, Nia anggap dia macam abang. dia baik sangat, suka bergurau.. hehe. Nia dah x ingat berapa kali Nia sujud syukur lepas dapat berita ni. Nia rasa bahagia sangat. Taaapii... Nia tak tahu sama ade abang Nik sendiri yang nakkan Nia, ataupun sebab Mak Ngah (mak abang Nik) yang suruh.. Walaupun ibu Nia cakap itu pilihan abang Nik sendiri. Nia x yakin..

Sebab selama ni abang Nik layan Nia biasa2 je. X mencurigakan pon. Kami pon penah chatting kat fb, borak kosong.. Nia rasa abang Nik pon anggap Nia macam adik sendiri, x lebih daripada tu.. Dalam hati Nia rasa ade something yang x kena. Nia takut kes paksa je..

Lagi lebih kurang sebulan sebelum bertunang, dah ujung2 sem ni. Abang Nik x penah pon SMS apetah lg video call Nia. X kan Nia lak yang mula! Walaupun Nia nak sangat dengar sendiri dari mulut abang Nik..

Suatu hari, Nia terserempak ngan Nisa, adik abang Nik. Kami agak sebaya la. Dia datang kat U Nia sebab ada event.. Jadik masa Nisa free, Nia ajak dia borak2. Nia nak korek rahsia abang Nik! Lepas Nia paksa2 sket, akhirnya Nisa pon setuju nak reveal something..

Jadik, Nisa mendedahkan dia pon tahu pasal pertunangan kami. Tapi Nisa cakap, itu sebenarnya kehendak Mak Ngah dan ibu Nia sendiri! Rupanya betul gerak hati Nia selama ni.. Nisa sambung lagi, sebenarnya, abang Nik dah ada calon sendiri. Tapi disebabkan orang jauh, Mak Ngah x izinkan. Sama ada itu sebagai alasan tanak orang jauh2 atau x, Mak Ngah nak abang Nik ambik Kak Long. Aik???

Kak Long tu kakak Nia! Kak Long muda sket drpd abang Nik. Dan nak abis Degree pon.

Tapi Nisa cakap, abang Nik lak x nak. Kalu Mak Ngah nak jugak abang Nik kawin ngan anak Ibu, abang Nik nak pilih Nia! Kenapa Nia? Pasal tu Nisa cakap dia x tau.. Sedihnye, abang Nik pilih Nia sebab terpaksa...

Lepas kejadian tu, Nia memberanikan diri untuk call abang Nik.. Nia nak tahu perkara sebenar, dan Nia nak bagitau, x perlu pilih Nia kalau terpaksa. Nanti Nia boleh cakap baik2 ngan Ibu.. Tapi, abang Nik x angkat.. Eee geram sangat! Nia mintak alamat emel dia drpd Nisa, Nia tulis emel kat dia panjang2..

Dalam 2 hari, akhirnya abang Nik balas jugak. Yeay.. dan emel tu bertulis;

Waalaikumussalam dik,

Abang Nik sihat alhamdulillah. Minta maaf sebab abang lama senyap pasal pertunangan tu..

Apa yang Nisa bagitau, itulah yang sebetulnya, abang x nafikan. Sebenarnya abang yang benarkan Nisa bagitau semua tu, sebab abang x nak nanti Nia rasa tertipu. Tapi biar abang jelaskan balik.

Memang betul abang dah ada calon sendiri. Sejak masa belajar Degree lagi.. Kami dah 'ikat' perjanjian untuk disatukan bila tiba masanya. Tapi kami bukan kapel atau bercinta. Cuma abang banyak terlibat program dan kami bekerjasama sekali. Dan sampai suatu masa, abang minta dipertemukan dengan dia, melalui sahabat yang dah berkahwin. Kira orang tengah la. Kemudian abang istikharah dan abang yakin, abang minta untuk 'diikat' dengan dia. Bukan bertunang, tapi kira macam booking la.. supaya dia x terima orang lain sebelum abang sedia meminang dia. Dan alhamdulillah dia setuju.

Abang x bagitau mak ayah lagi dah ada calon.. sebab abang ingat, bila dah sedia nak bertunang baru abang bagitau.. Tapi tempoh hari, mak abang tanya pasal calon. Jadi abang terus-terang. Tapi, bila abang cakap orang Selangor, mak x benarkan. Jauh.. Lepas tu baru mak cakap nak satukan abang dengan Kak Long.

Lepas abang nego2, mak still dengan keputusan dia. Abang terpaksa akur. Sebagai anak, abang x leh bantah. Dengan berat hati abang bagitau perkara tu kat 'bakal' zaujah abang. Dia faham situasi abang dan terima seadanya. Abang rasa bersalah sangat2..

Lepas mak sejuk balik, abang cakap kt mak.. kalau anak Mak Long (Ibu Nia), abang lebih prefer Nia. Pastu mak tanya Mak Long, Mak Long stuju.. Ok, abang terus terang, memang abang pilih Nia sebab x nak kawin cepat2. Nia masih belajar, baru masok U. Jadi mak pun x kan paksa kawin dalam masa terdekat.

Abang minta maaf kalau Nia rasa Nia dipergunakan. Tapi, bukan itu maksud abang.. Bila abang pilih Nia, abang x nak kecewakan Nia di kemudian hari. Tapi berilah masa untuk abang betul2 sedia.

Akhir kata,

Mungkin sudah suratan takdir begini
Tercatat engkaulah sebagai permaisuri
Walau bukan seperti yang ku mimpi
Namun ku yakin dengan ketentuan Ilahi

Barangkali ini yang terbaik untuk kita lalui
Walau bukan seperti yang kita hajati
Ku mohon kau menerima sepenuh hati
Dan aku juga ikhlas terima semua ini

Jika engkau kelak menjadi isteri
Sedaya upaya akan ku hargai
Bila tiba masanya suatu hari nanti
Berdoalah agar hati takkan berbelah bagi

Selama kita belum mengikat tali
Biarlah hubungan kita seperti ini
Tak perlu bercinta atau jatuh hati
Kerana belum masanya lagi. 
Akhir kata, Nia x perlu balas surat ini, simpan saja apa yang terbuku dalam hati. Abang minta maaf sekali lagi. Semoga Nia berjaya dalam pelajaran dan sentiasa diberkati..

Wassalam.
.....

Nia nangis bila baca surat tu. X sangka abang Nik sanggup berkorban untuk Mak Long dan Ibu.. Nia jadi serba salah.. Tapi Nia sedar x de ape yang Nia boleh buat, kecuali berdoa.. agar semuanya akan baik2 je. Betol ape abang Nik cakap, mungkin ini yang terbaik untuk kami...

..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
221003.30.12_o

3 comments