![]() |
| [kredit] |
Aku luahkan hasrat kat akh Tariq,
"Akhi, ana rasa nak pindah kawasan la".
Memandangkan aku kini bekerja di bandar yang jaraknya sekitar 30 km daripada Taman Universiti ni, aku mula rasa penat untuk berulang alik setiap hari. Tambahan pulak musim hujan. Aku punya pilihan untuk pindah ke rumah ikhwah yang terletak betul-betul kat tengah bandar jugak. Jadi jarak perjalanan yang hampir 30 minit boleh dikurangkan kepada 10 minit mungkin.
Kemudian akh Tariq kongsikan betapa adanya pro and cons bilamana aku berada di mana-mana antara dua pilihan tersebut. Dia pun cuba membuat aku kembali recall kenapa aku tidak terus pindah ke bandar sejak dulu.
Yup, semata-mata kerana adik-adik architect yang aku sedang bawak. Hanya kerana merekalah aku masih berada di sini. Jadi kalaulah akhirnya aku mengalah dan mahu berpindah ke bandar, tak kemana lah niat tu.
Hmm..
Ye, sekarang aku betul-betul perlukan sesuap kekuatan. Betul terasa fragile dengan beberapa ujian semenjak dua menjak nih. Mungkin hasrat nak bertukar kawasan itu sekadar proxy, padahal cuma ingin melarikan diri daripada masalah.
Dan bilamana akh Tariq meluahkan betapa dia tidak menghalang jika itu kemahuan aku, malah sanggup uruskan peralihan usrah adik-adik architect, membuatkan aku rasa sayu. Dia pun meluahkan betapa dia tetap berharap supaya aku memilih untuk terus kekal di sini. Dia menceritakan akan betapa perlunya keberadaan aku di sini. Allah, saat aku kembali merasa dihargai.
Dihargai. Bukan itu pun yang aku harap. Alfahmu yang aku punya sekarang bukan bertunjang ke arah itu lagi. Tapi sebagai manusia biasa, aku tetap memerlukan penghargaan dalam bentuk sokongan dan bimbingan. Aku akh fragile, bukan akh gile kentang macam usrahmate2 aku yang lain. Itu kelemahan aku.
Jazakallah khair ya akh Tariq. Aku kembali punya semangat!
261122.23.3_i



0 comments