Haji 2013 - Ma dan Abah insyaAllah

Salam Ramadhan kawan-kawan! :) 

Usai beberapa bulan yang lalu, Ma ngan Abah selamat mengerjakan ibadah Umrah. Syukur ya Allah, sekian sejak dulu ku kirim doa padaMu. Hanya itu yang aku mampu.

Daripada gambar-gambar yang Abah amik (kebanyakan gambar Ma sorang2.. Haha) dan daripada cerita mereka berada di sana, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan begitu dipermudahkan. Syukur ya Allah.

Jujurnya selepas itu, aku rasa 'segan' pada Allah untuk terus minta yang 'lebih best' lagi - Iaitu sangat pula mahukan Ma dan Abah dapat tunaikan ibadah Haji. Sedangkan rezeki untuk melakukan Umrah dulu pun datang entah dari mana (yang tak disangka la), inikan pula nak buat Haji yang libatkan quota dan kos lebih tinggi. Lantaran kami ini bukanlah orang senang. Justeru dalam hatiku lebih yakin bahawa kuasa dan kehendak Allah melebihi segala-galanya. Yang penting doa!

Tup-tup tak lama lepas tu, ketika borak-borak dalam fon, Ma citer insyaAllah Abah akan dapat naik Haji pula lepas ni. Dan Ma secara automatik dapat follow Abah.

Ya Allah, that's escalated quickly! Syukur ya Allah.

Frankly speaking, I'm too shocked and soo happy and really thankful at that moment.

"O Allah, permudahkanlah dan murahkanlah bagi Ma dan Abah untuk dapat melakukan ibadah Haji tahun ini dengan penuh kemudahan dan perlindunganMu. Kurniakanlah buat mereka kesihatan yang sebaiknya, pegawai pengiring yang sebaiknya, makanan dan penginapan yang sebaiknya, cuaca di sana yang sebaiknya, kelengkapan dan persiapan yang sebaiknya serta beroleh Haji yang Mabrur ya Allah... Amiin ya Rabb.."

Kawan-kawan, mohon sama2 doakan agar sumenya berjalan lancar dan ibubapaku dapat beroleh tempat untuk menyertai rombongan Haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini.. :)


250244.13.7_t
...................................................................................................................................................................
[Sangat berharap. Ku tuliskan tentang perkara ini semata-mata untuk mohon kawan-kawan juga turut mendoakan agar pengharapan ini dimakbulkan... Hanya ini yang ku mampu.. T.T]

3 comments

  1. insyaAllah kheet.. Hanya itu yang kita mampu kan... Nanti insyaAllah kheet pun dah boleh membantu dari sudut kewangan pula

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..amiin...moga dipermudahkan,..ade jugak akhowat sore insyaAllah g haji jugak lepah raya ni..umor 20 baru..huu moga2 kita pun dipermudahkan gitu jugak..amiin.

    ReplyDelete